Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Share

Beriltizam Menjadi Institusi M***i Yang Berwibawa Dalam Memartabatkan Syariat Islam.

14/05/2026

𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛..!!

Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Negeri Sembilan Tahun 2025.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan.


***in9

14/05/2026

~ 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗛𝗜𝗞𝗠𝗔𝗛 ~

,مَن كثُر كَلامُه كثُر سقَطُه ,ومَن كثُر سقَطُه كثُرَتْ ذُنوبُه ومَن كثُرَتْ ذُنوبُه فالنارُ أَولى به

"𝗦𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮, 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮,
𝗗𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮, 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗼𝘀𝗮𝗻𝘆𝗮,
𝗗𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗱𝗼𝘀𝗮𝗻𝘆𝗮, 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗴𝗶𝗻𝘆𝗮.”

(Umar al-Khattab)
___________
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://m***ins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabm***ins


***in9

12/05/2026

Apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini sudah pun disebut oleh Rasulullah ﷺ sejak lebih 1400 tahun lalu.

📖 40 Hadith Perihal Zaman Kini menghimpunkan 41 hadith sahih berkaitan fitnah, ujian dan tanda-tanda akhir zaman yang semakin jelas berlaku pada masa kini. Turut disertakan penjelasan status hadith serta faedah penting untuk renungan dan panduan umat Islam.

Antara yang dibincangkan:
✔️ Hadith berkaitan keadaan akhir zaman
✔️ Panduan menghadapi fitnah & ujian
✔️ Tanda-tanda zaman kini menurut sunnah
✔️ Penjelasan status hadith (sahih/hasan/daif)
✔️ Kupasan ringkas dan mudah difahami

💰 Harga: RM15 sahaja

📍 Dapatkan di:
Pustaka Hikmah
Aras 3, Menara MAINS,
Atau
Layari:
https://pustakahikmah.ns.gov.my/

Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://m***ins.gov.my/

Linkt.ree : https://linktr.ee/jabm***ins

***ins ***ins

12/05/2026

𝗦𝗨𝗔𝗠𝗜 𝗡𝗨𝗦𝗬𝗨𝗭

Jika 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗸 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗴𝗶𝗹𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗵𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗳𝗸𝗮𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘂, 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗸𝗮𝘀𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶, isteri hendaklah memperingatkan suaminya terhadap haknya yang mesti ditunaikan seperti, isteri memperingatkannya dengan firman Allah Taala:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

𝘋𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘨𝘢𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 (𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪-𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪) 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘪𝘵𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘪𝘬. 𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘮𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘣𝘦𝘯𝘤𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 (𝘥𝘪𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘶𝘳𝘶-𝘣𝘶𝘳𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢), 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘯𝘤𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶, 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘩𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘯𝘤𝘪 𝘪𝘵𝘶 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘫𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 (𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘮𝘶).
(An-Nisa': 19)

Isteri juga hendaklah mengingatkan suaminya dengan sabda Rasulullah SAW:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي

𝙎𝙚𝙗𝙖𝙞𝙠-𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙞𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙝𝙡𝙞 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖𝙣𝙮𝙖, 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙙𝙞 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙝𝙡𝙞 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖𝙠𝙪.¹

اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا

𝘛𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘴𝘢𝘯𝘢𝘯𝘬𝘶 𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘶𝘮 𝘸𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢 (𝘵𝘦𝘳𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘱𝘢𝘳𝘢 𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪).²

Isteri juga hendaklah memberi amaran kepada suami mengenai akibat buruk kezalimannya. Jika peringatan tersebut berkesan, itulah yang terbaik. Jika tidak berkesan, masalah tersebut hendaklah dibawa kepada pemerintah (qadi) untuk dia (isteri) mendapatkan haknya. Ini kerana qadi dilantik untuk mengembalikan hak kepada empunya hak dan isteri yang tidak mampu mendapatkan haknya secara sendirian.

Qadi mesti mewajibkan suami memberikan hak giliran bermalam, menunaikan segala hak isteri dan tidak berlaku zalim terhadap isteri.

Jika suami berkelakuan buruk dan menyakitkan isteri dengan memukulnya atau mencela isteri tanpa sebab, qadi hendaklah melarangnya daripada berkelakuan sedemikian. Jika suami melakukannya kembali, isteri boleh menuntut agar qadi menjatuhkan hukuman ta'zir terhadap suaminya. Qadi hendaklah menjatuhkan hukuman ta'zir dalam bentuk yang boleh menyedarkan suami.

Jika perselisihan berpanjangan, qadi boleh melantik dua orang perantara sebagaimana yang telah kami sebutkan sebelum ini³ untuk menyelesaikannya. Atau menceraikan mereka berdua jika jalan penyelesaian menjadi buntu. Firman Allah Taala:

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ

𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘦𝘮𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘪𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 (𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘮𝘣𝘶𝘭) 𝘯𝘶𝘴𝘺𝘶𝘻 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪𝘯𝘺𝘢, 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘪𝘯𝘺𝘢, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 (𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪) 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘥𝘢𝘮𝘢𝘪𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘶𝘢 (𝘴𝘦𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘪𝘬). 𝘗𝘦𝘳𝘥𝘢𝘮𝘢𝘪𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘢𝘪𝘬 (𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘤𝘦𝘳𝘢𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘪).

(An-Nisa': 128)

_____________________________

¹ Riwayat Tirmidzi dalam kitab al-Manakib, bab Kelebihan Isteri-isteri Nabi SAW, no. 3892, daripada Sayyidatina Aisyah r.ha..
² Riwayat Bukhari dalam Kitab Nikah, Bab Wasiat Tentang Kaum Wanita, no. 4890; dan Riwayat Muslim dalam Kitab Penyusuan, Bab Wasiat Tentang Kaum Wanita, no. 1468, daripada Abu Hurairah r.a.
³ Jika perselisihan suami isteri tidak dapat diselesaikan oleh mereka berdua, dan mereka meminta pertolongan orang lain, perkara ini hendaklah dibawa kepada pemerintah (hakim). Pemerintah mestilah melantik dua orang pengantara muslim, adil dan tahu cara menyelesaikannya. Disunatkan seorang daripadanya adalah daripada keluarga suami dan seorang lagi daripada keluarga perempuan.

Kedua-dua pengantara (orang tengah) ini hendaklah bertindak sebagai wakil suami isteri tersebut. Kedua-dua perantara disyaratkan mendapat persetujuan suami isteri sebagai wakil masing-masing. Kedua-dua perantara ini akan berusaha mencari jalan perdamaian untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Mereka hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.

Sekiranya berjaya, itulah sebaik-baiknya. Sekiranya gagal, suami hendaklah mewakilkan kepada pengantaranya untuk menceraikan isterinya dan menerima bayaran khulu’ daripada isterinya. Isteri juga hendaklah mewakilkan kepada pengantaranya untuk menyerahkan bayaran khulu’ jika dia seorang yang waras, dan menerima perceraian tersebut.

Kedua-dua pengantara hendaklah menceraikan pasangan suami isteri tersebut jika mereka berdua berpendapat itulah jalan penyelesaiannya. Jika mereka berselisih pendapat dan tidak dapat mencapai kata sepakat, pemerintah (hakim) hendaklah melantik dua orang pengantara lain sehingga mereka boleh mencapai kata sepakat.

Jika kedua-dua suami isteri tidak bersetuju dengan kedua-dua pengantara tersebut dan tidak ada apa-apa perkembangan terhadap masalah mereka, pemerintah hendaklah menghukum suami atau isteri yang berlaku zalim, dan mendapatkan hak untuk suami atau isteri yang dizalimi. Hukuman yang dijatuhkan hendaklah berdasarkan keterangan dua orang perantara yang dilantik.

(Manhaj Fiqh Asy- Syafi'i Jilid 4)

______________________
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://m***ins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabm***ins

***in9

Photos from Jabatan M***i Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan's post 11/05/2026

Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan (JMKNNS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Norly dan Encik Abu Hanif atas segala khidmat bakti, komitmen serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama warga JMKNNS.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, kedua-duanya telah banyak menyumbang tenaga, idea dan komitmen dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme. Sikap prihatin serta komitmen tinggi yang ditunjukkan turut memberi impak besar kepada organisasi dan meninggalkan kenangan yang amat bermakna dalam kalangan seluruh warga JMKNNS.

Bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan, Majlis Perpisahan Puan Norly dan Encik Abu Hanif telah diadakan pada Jumaat, 8 Mei 2026 bertempat di Dewan Sheikh Tahir, Sayap Utara JMKNNS.

Majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penghargaan sebagai simbolik tanda terima kasih atas segala sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di JMKNNS.

Seluruh warga JMKNNS turut mendoakan agar segala ilmu, jasa dan kebaikan yang ditinggalkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta berharap agar Puan Norly dan Encik Abu Hanif sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus mencapai kejayaan serta kecemerlangan dalam perjalanan kehidupan seterusnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://m***ins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabm***ins


***in9

08/05/2026

𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗧𝗔𝗝𝗔𝗕 𝗗𝗢'𝗔

𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀 𝗿𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗶𝗯𝗻 𝗛𝗮𝗻𝗯𝗮𝗹, 𝗔𝗯𝘂 𝗗𝗮𝘄𝘂𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗧𝗶𝗿𝗺𝗶𝗱𝘇𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗻𝗮𝗱 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝘀𝗮𝗻:

روى أحمد، وأبو داود، والترمزي بسند حسن، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :

ثَلاَثٌ دَعَوَاتٌ مُسْتَجَابَاتٌ، لاَ شَكَّ فِيهِنَّ، دَعْوَةُ الوَالِدِ، وَدَعْوَةُ المَسَافِرِ، وَدَعْوَةُ المَظْلُومِ.

“𝐴𝑑𝑎 𝑡𝑖𝑔𝑎 𝑗𝑒𝑛𝑖𝑠 𝑑𝑜𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑘𝑎𝑏𝑢𝑙𝑘𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑔𝑢𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑑𝑎𝑛𝑦𝑎; 𝑑𝑜𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑢𝑎 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑎𝑛𝑎𝑘𝑛𝑦𝑎, 𝑑𝑜𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑚𝑢𝑠𝑎𝑓𝑖𝑟 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑜𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑧𝑎𝑙𝑖𝑚𝑖 .”

𝗛𝗥 𝗮𝗹-𝗧𝗶𝗿𝗺𝗶𝗱𝘇𝗶 𝗡𝗼 : 𝟭𝟴𝟮𝟴
___________
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://m***ins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabm***ins


***in9

Photos from Jabatan M***i Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan's post 07/05/2026

Majlis Pelancaran Logo Baharu JMKNNS yang berlangsung pada 16 April 2026 bukan sekadar memperkenalkan identiti visual, tetapi turut menzahirkan komitmen berterusan dalam memperkukuh imej jabatan serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Dalam suasana penuh kemeriahan bersempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri, majlis ini menjadi medan penyatuan antara warga jabatan m***i dan tetamu jemputan. Logo baharu yang diperkenalkan membawa simbolik yang mendalam melambangkan nilai keharmonian, kepercayaan dan kestabilan, di samping mencerminkan hala tuju serta peranan jabatan yang lebih jelas dan progresif.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Sahibus Samahah Dato’ M***i Kerajaan Negeri Sembilan serta para pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi, menambahkan lagi makna kebersamaan dalam meraikan transformasi ini.

-------------------------------------------------------------------------
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://m***ins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabm***ins

***in9

06/05/2026

𝐅𝐀𝐓𝐖𝐀 : 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK
(NEGERI SEMBILAN) 1991
(Enakmen No. 1 Tahun 1991)
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW
(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991
(Enactment No.1 of 1991)

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀𝐇𝐔𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐓𝐖𝐀
𝐍𝐎𝐓𝐈𝐅𝐈𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐅𝐀𝐓𝐖𝐀

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka M***i Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the M***i of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.

𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋/ 𝐒𝐂𝐇𝐄𝐃𝐔𝐋𝐄

1. Hukum menunaikan ibadah haji sambil bekerja seperti doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan, petugas Lembaga Urusan Haji dan lain-lain adalah 𝐒𝐀𝐇 selagi ia menepati rukun dan wajib haji. Hal ini 𝐝𝐢𝐪𝐢𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐬𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐣𝐢 sebagaimana firman Allah s.w.t. :
Yang bermaksud : [“𝘛𝘪𝘥𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩, 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘭𝘪𝘮𝘱𝘢𝘩 𝘬𝘶𝘳𝘯𝘪𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘛𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶 (𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘪𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘳𝘫𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘫𝘪”]
(Al-Baqarah : 198)

Berdasarkan ayat di atas mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah pada musim haji dengan berniaga dan melakukan usaha-usaha halal yang lain adalah tidak berdosa.
Menurut Ibnu 'Abbas r.a sebab turun ayat ini ialah berdasarkan hadis yang bermaksud :

“𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘳𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘶𝘭𝘢𝘢𝘯 𝘪𝘣𝘢𝘥𝘢𝘵 𝘩𝘢𝘫𝘪 𝘥𝘪𝘧𝘢𝘳𝘥𝘩𝘶𝘬𝘢𝘯- 𝘥𝘪𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮-𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘭 𝘣𝘦𝘭𝘪 𝘥𝘪 𝘔𝘪𝘯𝘢. “𝘈𝘳𝘢𝘧𝘢𝘩 𝘥𝘪 𝘱𝘢𝘴𝘢𝘳 𝘋𝘻𝘶 𝘢𝘭-𝘔𝘢𝘫𝘢𝘻 (𝘬𝘢𝘸𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘮𝘱𝘪𝘳𝘢𝘯 ‘𝘈𝘳𝘢𝘧𝘢𝘩) 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘶𝘴𝘪𝘮 𝘩𝘢𝘫𝘪, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘬𝘩𝘶𝘢𝘵𝘪𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘭 𝘣𝘦𝘭𝘪 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘪𝘩𝘳𝘢𝘮. 𝘓𝘢𝘭𝘶 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘳𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘪𝘯𝘪”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Oleh sebab itu, mereka yang menunaikan haji disamping melakukan perniagaan, haji mereka adalah sah, tidak rosak dan tidak perlu mereka mengulanginya. Hal ini berdasarkan ayat 198 Surah al-Baqarah tersebut. Mereka tidak dihalang melakukan perniagaan dengan syarat mereka berniat untuk mengerjakan haji sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud :

“𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘮𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘯𝘪𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘯𝘪𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢”
[Muttafaq ‘Alaih]

Dibuat 26 Mac 2002
Made 26 March 2002
(JMKNNS 209(01)914/1]

M***i Kerajaan Negeri Sembilan

05/05/2026

Allah SWT telah berfirman dalam Surau At-Taubah, Ayat 36 :

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًۭا فِى كِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۭ ۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا۟ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةًۭ كَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۭ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ ٣٦

Maksudnya : '' Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.''

-------------------------------------------------------------------------
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://m***ins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabm***ins
***ins ***ins

05/05/2026

Tahniah M***i Negeri Terengganu yang Baharu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Setinggi-tinggi Tahniah kepada Sahibus Samahah Profesor Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar atas pelantikan sebagai Dato' M***i Negeri Terengganu yang baharu berkuat kuasa 4 Mei 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk dalam memikul amanah yang besar ini. Mudah-mudahan institusi kefatwaan terus berperanan memandu umat dengan hikmah, kesederhanaan dan ketegasan berlandaskan syarak.

Ikhlas daripada,
M***i Kerajaan Negeri Sembilan
dan seluruh warga kerja
Jabatan M***i Negeri Sembilan


***ins
***iterengganu
***i

04/05/2026

Apakah hukum memberi hadiah daripada yuran peserta? Adakah perbuatan ini dikira sebagai judi, ustaz?

Jawapan:
Hukum mengadakan pertandingan adalah harus. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya hendaklah mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya unsur perjudian iaitu apabila setiap peserta berada dalam keadaan sama ada memperoleh keuntungan atau menanggung kerugian. Disebutkan dalam kitab Hasyiah Bujairimi Ala Khatib ( 4/186 ):

(وَالْمَيْسِرُ) هُوَ ‌لَعِبُ الْقِمَارِ وَهُوَ كُلُّ ‌لَعِبٍ ‌تَرَدَّدَ بَيْنَ الْغُنْمِ وَالْغُرْمِ

Terjemahan: Al-Maisir ialah permainan judi iaitu setiap permainan yang berlegar antara untung (mendapat keuntungan) dan rugi (menanggung kerugian).

Oleh itu, pemberian hadiah daripada yuran peserta merupakan sebahagian daripada unsur perjudian kerana melibatkan keadaan untung dan rugi dalam kalangan setiap peserta. Disebutkan perkara ini dalam Kifayatul al Akhyar (muka surat 537):

وَإِن أخرجه المتسابقان على أَن من سبق مِنْهُمَا أَخذ الْجَمِيع لم يجز

Terjemahan: “Jika kedua-dua peserta mengeluarkan (harta) dengan syarat bahawa sesiapa yang mendahului antara mereka akan mengambil semuanya maka tidak harus.”

Disebutkan juga dengan lebih jelas dalam kitab Tahzib fi Fiqh al Imam al Syafie (79/8):

أن يكون المال منهما، فيقول أحدهما لصاحبه: إن سبقتني فلك علي كذا، وإن سبقتك فلي عليك كذا- فهذا لا يجوز؛ لأن كل واحد متردد بين الغرم والغنم

Terjemahan:Bahawa harta itu datang daripada kedua-dua peserta lalu salah seorang berkata kepada rakannya: ‘Jika aku mendahuluimu maka engkau wajib membayar aku sekian; dan jika engkau mendahuluiku maka aku wajib membayar engkau sekian.’ Maka ini tidak dibenarkan kerana setiap seorang berada dalam keadaan sama ada menanggung kerugian atau mendapat keuntungan.”

Disebutkan juga perkara ini juga dalam kitab Raudhah al Tholibin (10/354):

أَنْ يُخْرِجَهُ الْمُتَسَابِقَانِ، فَيَقُولُ كُلُّ وَاحِدٍ: إِنْ سَبَقْتُكَ، فَلِيَ عَلَيْكَ كَذَا، وَإِنْ سَبَقْتَنِي، فَلَكَ عَلَيَّ كَذَا، فَهَذَا لَا يَجُوزُ، لِأَنَّهُ صُورَةُ قِمَارٍ

Terjemahan:“Apabila kedua-dua peserta mengeluarkan harta, lalu setiap seorang berkata: ‘Jika aku mendahuluimu maka bagiku atasmu sekian dan jika engkau mendahuluiku maka bagimu atasku sekian,’ maka ini tidak dibenarkan kerana ia merupakan bentuk judi.”

Kesimpulan:
Pihak penganjur atau pengurus pertandingan hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara ini dengan mematuhi segala syarat dan garis panduan yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya unsur perjudian dalam pertandingan tersebut. Dicadangkan kepada pihak penganjur atau pengurus pertandingan mencari penaja untuk menaja hadiah pemenang.Yuran peserta boleh digunakan bagi tujuan sewaan padang, peralatan dan sebagainya namun tidak boleh dijadikan sebagai sumber hadiah pertandingan.
___________
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://m***ins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabm***ins


***in9

Want your business to be the top-listed Government Service in Ampangan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

https://t.me/JabatanMuftiNegeriSembilan

Address

Aras 15, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga
Ampangan
70100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00