Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan

Share

Selamat Datang Ke Laman Rasmi Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan. Wadah Perkongsian Maklumat dan Perkembangan Terkini.

"SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA"

26/05/2026

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H/2026 🌙

PPPTNS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Hayatilah erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam kehidupan seharian demi membentuk masyarakat yang lebih prihatin dan bersatu hati.

Semoga segala ibadah korban dan amalan yang dilaksanakan diterima serta diberkati Allah SWT.

✨ Salam Aidiladha daripada PPPTNS ✨

PPPTNS
“SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA”



🟡🔴⚫️
🇲🇾

Photos from Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan's post 24/05/2026

✨TAKLIMAT KHAS ASAS PENGUATKUASAAN PPPTNS✨

PORT DICKSON, 24 MEI - Alhamdulillah, program PPPTNS bersama Yayasan Negeri Sembilan (YNS) serta Rejimen 508 Askar Wataniah, Kem Jalan Rasah telah berjaya dilaksanakan hari ini dengan lancar.

Program ini telah dihadiri oleh ahli PPPTNS bersama peserta dari YNS serta Lt. Kol Mohd Adli Izmir bin Ramli selaku Pegawai dari Rejimen 508 Askar Wataniah.

Pelaksanaan program ini diharap dapat terus mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara semua pihak demi pembangunan komuniti dan kesejahteraan Negeri Sembilan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

PPPTNS
“SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA”




🟡🔴⚫️
🇲🇾

Photos from Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan's post 14/05/2026

📸 SELEKSI GAMBAR MAJLIS APC 2025 📸

Sekitar suasana sepanjang Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 yang berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.

Tahniah sekali lagi kepada semua penerima APC 2025 atas pencapaian dan dedikasi yang telah ditunjukkan. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi buat seluruh warga kerja untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung.

PPPTNS
“SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA”



🟡🔴⚫️
🇲🇾

14/05/2026

✨ TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025✨

PPPTNS merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 atas pengiktirafan yang diberikan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab.

Tahniah diucapkan kepada:

🔹 Safian Abdul Ghani – Tampin
🔹 Ahmad Shukri Suhadi – PTGNS
🔹 Mohd Fuad Razali – Jempol
🔹 Nurul Izzati Rizan – Seremban
🔹 Norafizah Mohamed – Kuala Pilah
🔹 Siti Rohana Mohamad – Jelebu
🔹 Mohd Aizzal Musa – Port Dickson
🔹 Mohamad Azdhar Abd Aziz – Port Dickson

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, berintegriti dan cemerlang demi organisasi serta masyarakat.

PPPTNS
“SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA”



🟡🔴⚫️
🇲🇾

Photos from Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan's post 29/04/2026

KUNJUNGAN HORMAT PPPTNS🤝🏻

Kunjungan hormat telah diadakan oleh PPPTNS bersama Yayasan Negeri Sembilan (YNS) ke Rejimen 508 Askar Wataniah, Kem Jalan Rasah.

Kunjungan ini telah dihadiri oleh Encik Mazlan Ahmad selaku Pengerusi PPPTNS, Encik Nazirul Mubin Abdul Nasir mewakili YNS, serta Lt. Kol Mohd Adli Izmir bin Ramli dari pihak Rejimen 508 Askar Wataniah.

Pertemuan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan strategik antara agensi serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai aspek, khususnya dalam pembangunan masyarakat dan khidmat kepada negeri.

Semoga jalinan yang terhasil ini terus diperkukuhkan demi manfaat bersama.

PPPTNS
“SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA”



#508
🟡🔴⚫️
🇲🇾

Photos from Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan's post 23/04/2026

SELEKSI FOTO AGM PPPTNS KALI KE-7 📸

Sekitar suasana Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan (AGM) PPPTNS 2026 yang berlangsung dengan penuh tertib, semangat dan kebersamaan.

Turut memeriahkan majlis, penyampaian sumbangan penghargaan kepada barisan AJK atas jasa dan komitmen mereka, serta Penghargaan Kecemerlangan Akademik (SPM) sebagai tanda sokongan kepada kejayaan anak-anak ahli.

Tidak ketinggalan, sesi cabutan bertuah yang menambah kemeriahan dan menceriakan suasana sepanjang majlis berlangsung.

Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan menjayakan AGM kali ini. Semoga momen yang dirakam ini menjadi kenangan dan bukti komitmen kita bersama dalam memperkukuh organisasi.

PPPTNS
SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA ✨




🟡🔴⚫️
🇲🇾

23/04/2026

📢TAHNIAH! BARISAN KEPIMPINAN BAHARU PPPTNS!🎉

Tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa PPPTNS Sesi 2026–2029 yang telah dipilih dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan (AGM) hari ini.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh integriti, komitmen dan semangat kebersamaan demi memartabatkan organisasi serta menjaga kebajikan semua ahli.

Selamat menjalankan tugas kepada semua yang dilantik. Semoga segala perancangan dipermudahkan dan setiap usaha diberkati.

PPPTNS
SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA ✨




🟡🔴⚫️
🇲🇾

23/04/2026

📢MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPPTNS KALI KE-7📢

Alhamdulillah, hari ini berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PPPTNS Kali Ke-7 serta Sambutan Aidilfitri 1447H/2026.

Semoga segala urusan pada hari ini dipermudahkan, diperlancar dan berjalan dengan penuh keberkatan. Moga setiap perbincangan membawa kebaikan, menguatkan silaturahim, dan menyatukan kita semua ke arah organisasi yang lebih baik.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga semuanya berjalan lancar hingga ke penghujungnya. 🤲

PPPTNS
“SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA”



🟡🔴⚫️
🇲🇾

13/04/2026

Foto kenang-kenangan mesyuarat akhir menjelang AGM PPPTNS oleh barisan AJK PPPTNS sedia ada Sesi 2024-2026. Tidak sempurna namun berjaya membingkai muafakat untuk kemajuan SONS seluruhnya.

13/04/2026

PENGUMUMAN CALON-CALON BAGI PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PPPTNS SESI 2026-2028.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua calon yang layak dan telah dipilih untuk memikul tanggungjawab dan berkhidmat kepada organisasi.

Kepada SONS, inilah masanya untuk kita membuat pilihan. Pilihlah dengan bijak dan bukan sekadar ikut arus atau pengaruh, tetapi berdasarkan kemampuan, komitmen dan integriti calon.

Undi anda adalah amanah. Pilihan anda menentukan hala tuju organisasi kita.

Bersama kita jayakan pemilihan ini demi PPPTNS yang lebih kukuh dan sejahtera.

PPPTNS
“SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA”




🟡🔴⚫️
🇲🇾

Want your business to be the top-listed Government Service in Ampangan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Wisma KOPSO
Ampangan
70400