16/02/2025
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ก๐ ๐ ๐จ๐ฅ๐๐-๐ ๐จ๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Alhamdulillah, esok adalah hari yang dinanti-nantikan.PASTI Arau, mengalu-alukan kehadiran semua murid, guru dan ibu bapa ke sesi persekolahan tahun 2025.
๐ ๐ฝ๐ช๐๐ฉ ๐๐๐๐ -๐๐๐๐ ๐ข๐ช๐ง๐๐ ๐๐ผ๐๐๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐ช๐จ๐๐ 4, 5 ๐๐๐ฃ 6 ๐ฉ๐๐๐ช๐ฃ
Selamat datang ke dunia pembelajaran yang penuh ceria dan bermakna! Hari pertama mungkin ada yang rasa teruja, gembira, atau sedikit gementar, tetapi jangan risau! Guru-guru PASTI semuanya penyayang dan sedia membantu.
Di PASTI, adik-adik akan belajar 5M: Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz & Mengamal. Bukan sekadar belajar ABC dan 123, tetapi juga mengenal ayat-ayat suci Al-Quran, doa harian, kisah Nabi, adab serta akhlak mulia. Setiap hari di PASTI akan menjadi peluang untuk menjadi anak yang lebih baik, lebih pintar dan lebih soleh.
Untuk murid 6 tahun, ini adalah tahun terakhir sebelum melangkah ke sekolah rendah. Jadilah contoh terbaik kepada adik-adik yang lebih kecil dengan berdisiplin dan rajin belajar.
๐ฉโ๐ซ ๐ฝ๐ช๐๐ฉ ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ช๐ง๐ช ๐๐ผ๐๐๐
Terima kasih atas kesungguhan dan dedikasi mendidik anak-anak ini dengan penuh kasih sayang. Teruskan usaha dalam membentuk generasi celik Al-Quran yang berilmu dan berakhlak mulia.
๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆ ๐ฝ๐ช๐๐ฉ ๐๐๐ช ๐๐๐ฅ๐
Terima kasih kerana memilih PASTI sebagai tempat pendidikan awal anak-anak. PASTI bukan sekadar tempat belajar akademik, tetapi juga pusat membentuk sahsiah anak-anak menjadi insan yang beradab, berilmu, dan beriman. Sokongan ibu bapa sangat penting dalam perjalanan pendidikan anak-anak ini.
๐ PASTI Arau komited untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi akademik dan akhlak. Mari kita mulakan sesi baru ini dengan penuh semangat dan doa agar keberkatan sentiasa mengiringi perjalanan anak-anak kita.
๐๐๐๐ผ๐๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐ผ๐๐ ๐พ๐๐๐๐ ๐ผ๐-๐๐๐๐ผ๐.
09/01/2025
9 Januari 2025
Khamis
Alhamdulillah, sambutan ihtifal PASTI Utan Kandis kali pertama pada pagi tadi.
Majlis ucapan perasmian telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Arau, Cikgu Saiful Akmal.
Hadir bersama Pengerusi MPKK Kg Utan Kandis.
30/10/2024
30 Oktober 2024
Rabu
Telah berlangsung mesyuarat Jawatankuasa PASTI BILAL Utan Kandia kali ke-3.
Mesyuarat diadakan bertujuan memantau perjalanan PASTI Bilal bagi suku tahun ke-3 sesi 2024 ini.
30/09/2024
Penuh semangat anak-anak PASTI Bilal menanti ketibaan pelumba pelumba Le Tour de Langkawi di perkarangan PASTI pagi tadi
30/09/2024
Anak-anak PASTI Bilal Utan Kandis turut hadir ke program Fun Run PASTi Kawasan Arau di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar kelmarin.
04/05/2024
3 Mei 2024
Sabtu
Suasana sambutan hari raya PASTI BILAL Hutan Kandis
12/03/2024
Selasa, 13 Mac 2024
Aktiviti hari ke-2 anak-anak PASTI BILAL Hutan Kandis.
Anak-anak mesra dan cepat belajar sesuatu kerana itulah acuan yang baik membentuk peribadi anak menjadi insan yang baik.
Anak-anak bagaikan kain putih. Ibu-bapa dan pendidikan mereka akan mencorak kain putih itu.
11/03/2024
11 Mac 2024, Isnin
Sekitar majlis taklimat perjalanan dan pendaftaran murid-murid PASTI BILAL pada pagi ini.
Alhamdulillah, seronok murid- murid ceria untuk memulakan pembelajaran di pasti.
Semoga anak-anak PASTI BILAL berjaya dunia akhirat
11/03/2024
Isnin, 11 Mac 2024
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT PASTI BILAL Hutan Kandis telah dirasmikan oleh YDP PAS Arau, Tuan Solahuddin bin Azmi.
Sebagai maklumat, seramai 30 orang murid-murid telah mendaftar bagi sesi pembelajaran sesi 2024.
Semoga anak-anak PASTI Bilal Hutan Kandis diberi kejayaan dalam pendidikan dan mudah menerima ilmu.
09/03/2024
โ๏ธ๐โ๏ธ๐โ๏ธ๐โ๏ธ๐
*JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN DAN PEMBUKAAN PASTI BILAL KG UTAN KANDIS*
Assalamualaikum Wbt.
Tuan Puan Ibubapa/Waris/Penjaga Murid Pasti Bilal sekalian,
Perkara:*Majlis Pelancaran dan pembukaan PASTI Bilal bagi Sesi 2024/2025*
Tarikh :*09 Mac 2024*
Hari :*Sabtu*
Masa :*4.00pg-6.00ptg*
Tempat:*Pasti Bilal,Kg Utan Kandis*
*Tentatif Majlis*
4.00 ptg - Ibu bapa/waris hadir
4.30 ptg - Solat asar berjemaah
5.00 ptg - Ucapan Aluan pengerusi Majlis
5.10 ptg - Ucapan Yb Dun Guar Sanji
5.20 ptg - Ucapan Wakil
5.30 ptg- Ucapan Perasmian Ydp Pas kawasan Arau
5.40 ptg- Gimik pelancaran majlis
๐ธDijemput semua murid-murid Dan ibubapa/waris/penjaga Pasti Bilal hadir bersama bagi menjayakan dan memeriahkan majlis ini.
๐ธ Ibubapa/waris/penjaga digalakkan membawa sedikit juadah untuk dijadikan potluck jamuan majlis ini.
๐ธ(Etika Pemakaian :- Smart Casual + menutup aurat + santai)
๐ธKerjasama dan sokongan dan bantuan daripada Tuan Puan /Ibubapa/waris amatlah dihargai dan menjadi inspirasi pihak pengurusan.
Harap maklum, sekian, Terima kasih๐ค๐ป๐๐ป
*Pengurusan Pasti Bilal*