Penyelaras Keadilan N31 DUN Kahang

Penyelaras Keadilan N31 DUN Kahang

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penyelaras Keadilan N31 DUN Kahang, Political organisation, Ayer Hitam.

Photos from Anwar Ibrahim's post 14/01/2025

Kerajaan MADANI akan mula menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM2,100 setahun kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar menerusi MyKad bermula esok.

Alhamdulillah, pertambahan hasil negara kesan reformasi kewangan dan kerja keras Kerajaan memungkinkan kadar bantuan SARA ditingkatkan daripada RM1,200 setahun pada tahun lalu kepada RM2,100 tahun ini.

Penambahbaikan kepada SARA ini adalah sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap
tertinggi dalam sejarah, iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.

Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras bagi membolehkan lebih banyak hasil negara dikongsikan kepada mereka yang memerlukan, selaras nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras dalam MADANI.


13/12/2024

Tidak Mengejutkan Ramai yang Ingin Sertai KEADILAN.

Fuziah Salleh: Tidak mengejutkan ramai khususnya nama besar mahu menyertai KEADILAN sekarang kerana ia adalah sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan presiden parti adalah Perdana Menteri.

Namun, parti ini bukan tempat untuk seseorang meraih keuntungan untuk dirinya sendiri.


13/12/2024

KENYATAAN BERSAMA BERKENAAN DAKWAAN TUN DR MAHATHIR BERKAIT ISU PULAU BATU PUTEH

Kami ingin merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terkait syor daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan usaha semakan dan tafsiran telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 23 Mei 2018 yang turut dihadiri oleh kami selaku anggota kabinet.

Ingin kami tegaskan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran telah pun dibuat pada 21 Mei 2018 oleh Tun Dr Mahathir sendiri secara bertulis kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan juga turut dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018 sebelum mesyuarat Kabinet pertama diadakan.

Selang dua hari kemudian, setelah keputusan dibuat, barulah Tun Dr Mahathir memaklumkan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet.

Ingin kami tekankan di sini, ianya hanyalah "pemakluman" di bawah agenda "Hal-hal lain" dan bukannya perbincangan untuk menentukan keputusan. Oleh yang demikian, tidak wujud isu sama ada sesiapa membantah atau menyokong kerana ruang untuk membuat keputusan telah pun hilang apabila ia telah dibuat secara bertulis oleh Tun Dr Mahathir.

Sebagai negarawan, kami berpandangan Tun Dr Mahathir sepatutnya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas keputusan ini dan bukannya memilih untuk meletakkan di bahu mereka yang tidak terlibat.

Kami yakin dan percaya anggota Jemaah Menteri yang hadir dalam Mesyuarat Kabinet pada 23 Mei 2018 boleh mengesahkan perkara ini.

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
Loke Siew F**k

07/12/2024

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رٰجِعونَ

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Dengan penuh rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa bonda kepada YB Dr. Fuziah Salleh, Puan Maimunah Binti Saleh telah kembali ke rahmatullah di Johor Bahru.

Kami memohon kepada semua agar mendoakan agar roh Almarhumah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.

AL FATIHAH

18/11/2024



SENARAI SEMAK PERALATAN ASAS KECEMASAN DALAM BEG READY TO GO

Info terkini berkaitan senarai perkara atau benda penting yang dicadangkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang perlu anda sediakan di dalam Beg Ready To Go @ Beg Peralatan Asas Kecemasan anda.

Persiapan Beg Ready To Go seperti "sediakan payung sebelum hujan" yang mana ia dapat membantu kita khususnya Rakyat Malaysia dalam menghadapi sebarang bencana. Beg ini boleh disediakan sendiri di rumah bagi kawasan yang berisiko menghadapi banjir. Persiapan awal itu sangat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Untuk makluman, beg ini hanya perlu diletakkan di bahagian yang mudah dicapai sahaja. Apabila berlaku sebarang bencana, anda boleh mengambil terus 1 beg ini sahaja yang mempunyai semua keperluan anda dan menyelamatkan diri serta ahli keluarga dari bahaya dengan mudah.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Jabatan Perdana Menteri









**

Photos from KPDN JOHOR's post 18/10/2024

Program Jualan Rahmah Madani Indoor di kawasan sekitar korang tau...🧡🔥 infografik min share kat bawah. 🫡

27/08/2024

*Makluman | Masalah Teknikal Aplikasi ADIL di Apple Store (i-phone)*

Aplikasi ADIL di Apple Store sedang mengalami sedikit masalah teknikal; pasukan teknikal kita telah mengambil maklum akan isu ini dan telah berhubung dengan pihak Apple Store. Masalah ini mungkin akan menganggu pengguna i-phone untuk log-in aplikasi ADIL serta bermasalah untuk membuat proses pendaftaran anggota di peranti i-phone.

Sementara dalam proses pemulihan ini, pengguna iphone boleh membuat pendaftaran melalui laman sesawang https://member.keadilanrakyat.org (_web browser_)

Kaedah pendaftaran di laman adalah lebih kurang sama, namun pastikan gambar yang wajib dimuatnaik ditangkap dan disimpan dalam peranti terbabit.

Gambar wajib adalah:
1. Gambar profile
2. ⁠Gambar IC (muka hadapan)
3. ⁠Gambar selfie bersama IC

Sebagai panduan pendaftaran anda boleh rujuk di sini https://keadilanrakyat.org/sertai-kami/panduan-lengkap-permohonan-pendaftaran-keanggotaan-keadilan/

Segala kesulitan amat dikesali. Terima Kasih di atas keprihatinan anda semua.

-ADIL-

19/08/2024

Budaya Politik '3R' ancaman terhadap perpaduan Malaysia



"Rakyat harus menjauhi parti dan pemimpin politik yang sentiasa menggunakan sentimen perkauman dan menaburkan bahang-bahang agama demi kelangsungan politik sempit mereka," tegasnya. Budaya politik yang jijik ini perlu ditolak dan dikeji oleh semua lapisan masyarakat.

Beliau turut menekankan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan berbilang kaum serta agama, dengan ciri-ciri budaya tersendiri yang merangkumi tradisi, adat, dan nilai-nilai murni. Namun begitu, masih terdapat parti politik dan pemimpin yang berniat jahat dengan mengapi-apikan isu-isu yang berkaitan dengan kaum, agama, dan Institusi DiRaja, atau lebih dikenali sebagai isu 3R (Race, Religion, and Royalty).

Yuneswaran menyeru rakyat untuk menolak segala bentuk perkauman dan ekstremisme bagi mengekalkan identiti sebagai keluarga besar Malaysia. Beliau menutup kenyataan dengan mengingatkan bahawa, "Orang yang menghina kaum, agama, budaya, dan Institusi DiRaja adalah musuh negara."

16/08/2024

Jom warga Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ke Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru, Johor bagi memeriahkan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan.

Pelbagai inisiatif, aktiviti, perkhidmatan dan pengisian menarik disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri terus kepada rakyat. Saksikan juga laporan pencapaian Setahun Ekonomi MADANI di reruai yang disediakan.

Jangan lepaskan peluang ke program ini pada 15 hingga 17 Ogos 2024 (Khamis-Sabtu), bermula pukul 9.00 pagi.

Layari www.malaysiamadani.gov.my untuk maklumat lanjut.





JOM LIKE DAN SHARE

Photos from Penyelaras Keadilan N31 DUN Kahang's post 06/08/2024

5 Ogos 2024 / Kg Sri Lukut

Petang ini saya bersama Ketua Keadilan Cabang Kluang telah sempat menziarahi keluarga seorang wanita warga emas yang meninggal dunia pada 3 Ogos lalu.

Warga emas berusia 60an tahun iaitu Allahyarhamah Misirah Solimin dipercayai telah diserang gajah ketika menoreh di Jalan Felcra Batu 29 Kahang pada jam 7.30 pagi. Allahyarhamah mengalami patah tulang rusuk kiri dan kanan, pendarahan dalam dada, koyakan pada jantung, patah tulang belakang dan pendarahan dalam perut akibat hati yang koyak.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mangsa.

Selaku Mantan Penyelaras Keadilan bagi Dun Kahang, saya serahkan bakul makanan dan sedikit sumbangan kepada suami mangsa.

Haryati Abu Nasir
Ketua Wanita Cabang Kluang
Timb Bendahari Wanita Pusat

02/08/2024

Innalillahi wa inna ilahi rojiun.
Mendapat khabar duka pemergian Dato Sharifah Azizah Syed Zain Adun Mahkota (Johor) sebentar tadi, semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah.

Salam takziah dari kami, Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor.

Al-fatihah.


Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Hitam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Ayer Hitam