Cabang PKR Ayer Hitam Official

Cabang PKR Ayer Hitam Official

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cabang PKR Ayer Hitam Official, Political organisation, Ayer Hitam.

01/04/2026

Notis jemputan kepada semua ahli PKR khususnya cabang PKR Ayer Hitam untuk hadir ke konvensyen Keadilan Johor 2026 05 04 2026 bertempat di Cathay Restaurant Eco Spring No.1Jalan Ecoflora 7/7, 81100, Johor Bahru. Johor

01/04/2026

Notis jemputan kepada semua ahli parti PKR Cabang Ayer Hitam..
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang 2026
Bertempat di pejabat parti seperti yang tertera.
Diharapkan agar semua ahli parti dapat hadir.

Photos from BERNAMA's post 01/01/2026
01/01/2026
01/01/2026

Hari terakhir 2025 dimanfaatkan bagi menyelaras persiapan menuju tahun baharu dalam memastikan perancangan negara digerakkan secara tersusun, berpaksikan tatakelola yang baik serta kesejahteraan rakyat.

Semoga tahun mendatang membuka lembaran kemajuan yang lebih bermakna untuk negara.



01/01/2026

Kita melangkah ke tahun baharu dengan semangat kebersamaan yang utuh dan tekad yang jitu untuk terus memperkukuh perpaduan, memaknai reformasi secara berterusan, serta memastikan kemakmuran negara dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

Kerajaan MADANI akan terus bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan, beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera.

Marilah kita bergerak sederap, menyatukan langkah dan tekad, untuk menjayakan Malaysia MADANI yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan demi mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan kemakmuran yang inklusif untuk rakyat keseluruhannya.

Semoga tahun 2026 ini menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat kita seluruh rakyat Malaysia. Saya dan Azizah mendoakan agar negara tercinta ini terus kekal aman, harmoni dan makmur.

ANWAR IBRAHIM




25/12/2025

Selamat menyambut hari Natal diucapkan kepada seluruh penganut Kristian.

Daripada seluruh saf pimpinan Cabang PKR Ayer Hitam

Rosman Tahir dan saf pimpinan.

Photos from Sinar Harian's post 27/11/2025
Perjanjian ART: Tengku Zafrul cabar Tun Mahathir 27/11/2025

Perjanjian ART: Tengku Zafrul cabar Tun Mahathir Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengemukakan klausa khusus dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–AS yang didakwa memberikan status bumiputera kepada syarikat-syarikat AS.

Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Hitam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Ayer Hitam