Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim

Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim

Share

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ayer Hitam #TheGreaterKedah #SayangiKedahSejahtera

26/05/2026

Aidiladha mengajar kita bahawa nilai sebuah pengorbanan bukan pada besar atau kecilnya, tetapi pada sejauh mana keikhlasan kita kepada Allah SWT.

Kadang-kadang yang paling berat untuk dikorbankan bukan harta, tetapi ego, masa, penat lelah dan hati yang terluka. Namun di situlah hadirnya rahmat dan kasih sayang Allah buat hamba-Nya yang sabar.

Semoga Aidiladha kali ini membawa kita kembali bermuhasabah…
tentang diri yang sering alpa,
tentang hati yang masih banyak kekurangan,
dan tentang hidup yang terlalu singkat untuk tidak saling memaafkan.

Semoga setiap pengorbanan kita diterima Allah SWT, diampunkan dosa-dosa lalu serta dikurniakan ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M
Maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada
YB Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim
ADUN Ayer Hitam




Photos from Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim's post 25/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pelajar SPM 2025 DUN Ayer Hitam yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

Petang tadi, satu Majlis Apresiasi SPM 2025 telah diadakan pada jam 3.00 petang bertempat di Pejabat PKWR DUN Ayer Hitam dengan kehadiran seramai 30 orang pelajar cemerlang yang berjaya memperoleh 8A dan ke atas.

Dalam majlis tersebut, YB Cikgu Haji Azhar Ibrahim telah menyampaikan sendiri sumbangan berbentuk wang tunai sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada para pelajar atas usaha serta kejayaan yang membanggakan.

Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan. Teruskan melangkah maju, kejarlah cita-cita setinggi mungkin dan jadilah anak-anak yang sentiasa membanggakan ibu ayah, agama, bangsa dan masyarakat.







25/05/2026

MAJLIS PENYERAHAN LEMBU
SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA
TAHUN 2026/1447H

25 MEI 2026, ISNIN | 9.00 PAGI | DEWAN SERI MELUR,
KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR KEDAH

Photos from Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim's post 21/05/2026

“Kadang-kadang kita melihat ada jalan yang mengalami kerosakan kecil tetapi diturap sepenuhnya. Dalam masa yang sama, terdapat jalan yang lebih kritikal hanya diturap sebahagian, malah ada yang masih belum diturap langsung.”

Demikian antara perkara yang dibangkitkan oleh YB Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim, ADUN Ayer Hitam ketika kunjungan ke Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Kedah bagi daerah Kubang Pasu dan Padang Terap di Jitra selepas Zohor tadi.

Menurut YB, antara jalan yang memerlukan perhatian segera ialah Jalan Kampung Pida 7 Ayer Hitam dan Jalan Kampung Pida Tok Tambak yang sering menjadi rungutan penduduk setempat.

“Justeru, pihak MARRIS dan ICU perlu mencari kaedah penyelarasan yang lebih berkesan supaya jalan-jalan yang benar-benar memerlukan perhatian segera dapat diberikan keutamaan untuk dilaksanakan,” jelas beliau.

Kunjungan tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai PKWR DUN Ayer Hitam dan disambut mesra oleh Puan Mazlyana Ramli, Pegawai Pembangunan Zon bersama kakitangan ICU yang hadir iaitu Puan Rosdiana Binti Mohd Radzi, Penolong Pegawai Pembangunan Zon, serta Encik Asyrani Bin Abd Rahman dan Encik Mohd Faiz Bin Sooud selaku Penolong Jurutera.

Pelbagai isu rakyat telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut antaranya berkaitan jalan ladang, pemasangan lampu solar, baik pulih rumah asnaf serta beberapa isu berkaitan masjid. Antara yang dibawa ialah keperluan baik pulih dan perhatian terhadap Masjid Babussalam, Pida 3 Tunjang serta Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Gurindam.

Selain itu, pihak PKWR DUN Ayer Hitam turut menyerahkan maklumat melibatkan 14 buah rumah asnaf di dalam DUN Ayer Hitam yang memerlukan perhatian dan tindakan segera daripada pihak berkaitan.

Perbincangan berlangsung dalam suasana yang mesra dan penuh keterbukaan dengan setiap isu yang dibangkitkan diberikan perhatian serta maklum balas yang baik daripada pihak ICU.

Semoga segala hasil perbincangan dan kerjasama ini dapat dipermudahkan serta memberi manfaat terbaik kepada rakyat khususnya di kawasan DUN Ayer Hitam.







16/05/2026

Selamat Hari Guru
16 Mei 2026

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa.

Sesungguhnya guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, bahkan membentuk akhlak, mencorak masa depan dan menjadi cahaya kepada generasi akan datang.

Semoga seluruh guru sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan serta keberkatan dalam setiap langkah mendidik.

Ikhlas daripada
YB Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim
ADUN Ayer Hitam

Photos from Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim's post 14/05/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung majlis penyampaian sumbangan khairat kematian (i-KAFALAH) kepada 62 orang penerima melibatkan beberapa baki tuntutan bagi bulan Disember, Januari dan Februari di pejabat PKWR DUN Ayer Hitam, pagi ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh YB Cikgu Haji Azhar Ibrahim, ADUN Ayer Hitam sebagai tanda keprihatinan dan komitmen berterusan dalam menyantuni kebajikan masyarakat.

Takziah diucapkan kepada seluruh waris penerima. Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan mempermudahkan segala urusan ahli keluarga yang terlibat.


-KAFALAH


Photos from Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim's post 13/05/2026

Petang ini, YB bersama pegawai-pegawainya telah turun menyantuni 4 buah rumah mangsa ribut di Kg Pida 3, Kg Matang Bongor, Kg Kemboja dan Kg Matang Paku.

Sedikit sumbangan turut disampaikan ketika ziarah bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa terlibat.

Semoga semua mangsa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini, serta dipermudahkan segala urusan baik pulih rumah yang terjejas.




12/05/2026

Terima kasih YB Kak Ton!

Photos from Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim's post 12/05/2026

Pagi ini, YB Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim, ADUN Ayer Hitam telah bersama-sama dengan YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah binti Saad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam Lawatan Turun Padang Jawatankuasa Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT).

Program lawatan dimulakan di DUN Kota Siputeh sebelum diteruskan ke DUN Ayer Hitam dan DUN Jitra bagi menyampaikan sumbangan serta menziarahi penerima BSPT.

Di DUN Kota Siputeh, rombongan memulakan ziarah ke kediaman Puan Eshah binti Omar di Kuala Sanglang. Beliau yang berusia 70 tahun kini sedang berjuang melawan kanser paru-paru tahap 4 dan memerlukan penggunaan lampin pakai buang secara harian. Seterusnya, rombongan menyantuni Encik Muhammad Syamer Akhmar bin Rosli Shahimi di Lubuk Gokcek. Beliau merupakan seorang OKU terlantar akibat kemalangan jalan raya yang memerlukan penjagaan rapi serta bantuan susu khas dan lampin pakai buang secara berterusan.

Sementara itu di DUN Ayer Hitam, rombongan menziarahi Puan Che Rohani binti Mustafa di Kampung Matang Bonglai. Beliau sedang cekal menjaga ibunya, Puan Halimah @ Bedah binti Jusoh (84 tahun) yang uzur dan terlantar akibat strok. Turut disantuni ialah Puan Adibah binti Saad di Matang Paku yang merupakan pesakit buah pinggang tahap akhir dan kini sedang menjalani rawatan dialisis secara rutin di Hospital Jitra.

Semoga bantuan yang disalurkan melalui skim BSPT dan JKM ini dapat meringankan beban kos perubatan serta kelangsungan hidup para penerima dan keluarga, di samping menjadi tanda keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan masyarakat yang memerlukan.

Turut hadir, YB Ashraf Mustaqim, ADUN Kota Siputeh, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), wakil Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), wakil Pejabat Daerah Kubang Pasu serta wakil PERKESO.








Photos from Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim's post 07/01/2026

Mesyuarat bulanan pertama tahun 2026

Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Hitam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam
Ayer Hitam
06150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00