02/09/2025
Assalamualaikum,
Alhamdulillah selesai sudah Program Sambutan Ambang Merdeka KRT Kg Baru pada 30/8/2025. Terima Kasih kami ucapkan kepada semua Ahli yang hadir. Juga kepada Ustaz Mohd Arif diatas penyampaian Ceramah Merdeka yg Ringkas dan padat, SI Rosnita dan Anggota PDRM Balai Polis Kg Baru. Tidak dilupakan, semua Pegawai dan AJK KRT Kg Baru yang bertungkus lumus berkerja keras untuk menjayakan program pada hari ini.
FAZIT OSMAN BIN MOHAMAD SHERIFF
PENGERUSI KRT KG BARU
09/10/2024
๐ฃ Makluman ๐๐๐ซ
PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2024M/1446H KARIAH MASJID KG BARU
Program Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Bersama KRT & Kariah Masjid Kg Baru yang telah diadakan di Masjid Kg Baru pada 15hb Sept 2024 baru-baru ini. Majlis telah bermula pada jam 6.15 petang dgn bacaan marhaban oleh Kumpulan Marhaban Kariah Masjid Kg Baru dan disambung dengan Ceramah Maulidur Rasul selepas solat Maghrib.
Penceramah jemputan adalah
Al-Fadzil Ustaz Mohd Arif Hj Abdul Wahab, Imam Kariah Masjid Kg Baru.
Program telah berjalan lancar dari awal hingga akhirnya dgn sambutan yang sangat mengalakkan daripada semua anak-anak kariah & ahli KRT dan Masjid Kampung Baru.
Tidak dilupakan lupa ucapan terima kasih kepada semua yg terlibat khusus kepada penceramah jemputan Ustaz Mohd Arif, Kumpulan Marhaban Kg Baru, semua pegawai dan AJK KRT & Kariah Masjid Kg Baru.
Juga kepada semua jemaah, ahli & anak-anak Kariah Masjid Kg Baru. Dan akhir sekali, ucapan berbanyak terima kasih kepada semua penyumbang dari segi wang, bungkusan nasi & juadah. Hanya Allah SWT membalas setimpal dengan apa yang dikeluarkan.
Amin Amin Ya Rabbal Alamiiiin!
09/10/2024
๐ฃ Makluman ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ
PROGRAM SAMBUTAN MERDEKA MALAYSIA MADANI 2024
๐๏ธ 31 OGOS 2024
Program Sambutan Merdeka Malaysia Madani telah diadakan di Balai Giat KRT Kg Baru pada jam 7:30 pagi dgn nyanyian lagu Merdeka beramai-ramai, senamrobik, Fun Run Merdeka, peraduan mewarna & pelbagai booth pameran saringan kesihatan, pameran AADK & taklimat serta penerangan scamer oleh PDRM.
Progtam telah berjalan lancar dari awal hingga akhir dengan sambutan yang sangat mengalakkan daripada semua golongan lapisan penduduk.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat khusus kepada Pegawai Perpaduan Tuan Izwan, Tuan Yazid Pegawai AADK, Dr Ain KOSPEN, PDRM, anggota polis & trafik pengiring Fun Run Merdeka.
Juga kepada semua pegawai & AJK KRT Kg Baru, semua peserta dan penduduk yang merupakan ahli-ahli KRT Kg Baru!
Akhir sekali, ucapan berbanyak terima kasih kpd penyumbang utama yakni Tycoon Motor.
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!*๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ
30/09/2024
๐ฃ IMBAS KEMBALI
Laporan Rondaan SRS KRT Kg Baru, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Tajuk : Rondaan SRS
Tarikh : 17.08.24 (Sabtu)
Masa: 12:00malam-01:30pagi
Tempat: Kawasan Kampung Baru
Kehadiran:
11 Peronda SRS
1 Anggota KRT
2 Anggota Polis
Laporan:
๐ฎRondaan adalah untuk keselamatan & keamanaan kawasan.
30/09/2024
๐ฃ IMBAS KEMBALI
Satu taklimat tentang penggunaan alatan pemeriksaan darah, pemeriksaan kadar gula dalam dalam darah, pengiraan BMI dan memasukkan data saringan did alam sistem myvas mysejahtera telah diadakan di lokaliti KRT KOSPEN Kg Baru.
Tarikh: 26 Ogos 2024 (Isnin)
Masa: 10.00am - 1.00pm
Tempat: Bilik Mesyuarat Masjid Kg Baru
Program telah berjalan baik dan lancar.
30/09/2024
๐ฃ IMBAS KEMBALI
19 Ogos 2024
Program sepetang bersama Pengarah JPNIN di Pejabat JPNIN Kepala Batas. Program berjalan baik dan lancar.
23/04/2024
๐ฃ PROGRAM KENDURI MOREH KRT Kampung Baru
๐๏ธ Malam 27 Ramadan / 6 April 2024
๐ Masjid Kampung Baru
Terima kasih diucapkan kepada penyumbang yakni Dato' Hajjah Haslinda Hashim, Mamu Sultan Ibrahim, dan Kapten Ananda. Juga, penghargaan kepada YB Lim Guan Eng, Adun Air Putih yang menyumbang RM 5000 untuk kegunaan program sepanjang Ramadan. Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada Pengerusi Pegawai & AJK KRT yang terlibat.
23/04/2024
๐ฃ PROGRAM KHATAM TADARUS QURAN HARI NUZUL QURAN
๐๏ธ 17 RAMADAN/28 MAC 2024
๐ MASJID KG BARU
โฐ 6:00 PETANG
Terima kasih kepada Pengerusi KRT, Imam Ust Ahmad Omar, AJK & semua peserta Tadarus Quran KRT Kg Baru yang terlibat.
30/03/2024
๐ฃ PROGRAM GOTONG-ROYONG JOM BERSIH DAN INDAHKAN KARIAH MASJID KAMPUNG BARU
๐๏ธ 9 MAC 2024 (SABTU)
โ๏ธ8.30 pagi
Program ini telah dilaksanakan di awal bulan Mac sempena ketibaan Ramadan Mubarak bagi tahun 1445H ini. Terima kasih kepada semua AJK & Pegawai yang terlibat.
30/03/2024
๐ฃ PROGRAM BERBUKA PUASA (IFTAR) KADUN AIR PUTIH BERSAMA KRT KG BARU
๐๏ธ 24 MAC 2024 (AHAD)
Terima kasih kepada YB Tuan Lim Guan Eng dari Adun Air Putih, YB Sharlina Rashid dari Parlimen Bukit Bendera, Pengerusi KRT Kg Baru dan semua AJK serta pegawai yang terlibat!
30/03/2024
๐ฃ PROGRAM KRT KG BARU BERSAMA AADK TL MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN TAZKIRAH RAMADHAN
๐๏ธ 23 MAC 2024 (SABTU)
Terima kasih kepada Ketua AADK,
Daerah Timur Laut yakni Tuan Mohd Yazid bin Mohd Noor, Pengerusi Kariah Masjid Kg Baru,
semua AJK, dan seluruh pegawai, anggota serta Client AADK yang terlibat!
30/03/2024
๐ฃ PROGRAM SEMPENA HARI POLIS DAN ALU-ALUAN OCS BARU BALAI KG BARU
๐๏ธ 22 MAC 2024 (JUMAAT)
Program Hari Polis dan Majlis Alu-aluan Ketua Balai Polis Kampung Baru (OCS) yang baru iaitu Puan Rosnita telah diadakan.
Terima kasih kepada Tuan SUPT Mohd Khairuddin Bin Jamal, Pegawai Pemerintah Unit 3 PSP Pulau Pinang dan Puan Rosnita, OCS Balai Kg Baru. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK KRT Kg Baru & pegawai yang terlibat!