31 MEI 2025 | KANDANG, MELAKA — Dalam semangat kebersamaan dan kasih sayang sesama insan, satu program penuh bermakna bertajuk Ziarah Kasih telah diadakan di kawasan Kandang, Ayer Molek. Program ini menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang dalam usaha menzahirkan keprihatinan terhadap warga emas, ibu tunggal, serta golongan yang memerlukan.
Kunjungan dari rumah ke rumah oleh Ketua Srikandi Bahagian Hang Tuah Jaya dan para sukarelawan Srikandi BERSATU Bahagaian Hang Tuah Jaya ini bukan sahaja membawa sumbangan barangan keperluan harian, malah yang lebih penting – membawa senyuman, doa dan rasa dihargai kepada mereka yang diziarahi.
Bagi Mak Nab, yang telah menetap di Kandang lebih 20 tahun, lawatan ini amat menyentuh hati.
> “Bukan nilai barangan yang penting, tapi rasa disayangi dan tidak dilupakan. Saya amat terharu,” katanya sambil mengesat air mata.
Program ini turut menampilkan kehadiran Pn SK Roseniza Muamad atau lebih mesra dipanggil Kak Rose yang tidak kekok menyingsing lengan bersama penduduk, membuktikan bahawa kepimpinan yang baik bermula dengan keprihatinan terhadap rakyat di akar umbi.
Ziarah Kasih bukan sekadar program kebajikan – ia adalah cerminan nilai murni yang menjadi nadi kepada masyarakat Ayer Molek. Di sebalik kesederhanaan, terserlah semangat muafakat yang mengikat penduduk di kawasan ini.
Sebagai salah satu kampung bersejarah di Melaka, Kandang terus membuktikan bahawa kekuatan sebenar sesuatu komuniti terletak pada semangat tolong-menolong dan kasih sayang sesama manusia.
Ayer Molek di hatiku – kerana kasih yang ditabur, sentiasa berputik.
Srikandi Bahagian Hang Tuah Jaya
Official page for Srikandi Bahagian Hang Tuah Jaya
𝗭𝗶𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗣𝗮𝘆𝗮 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺: 𝗔𝘆𝗲𝗿 𝗠𝗼𝗹𝗲𝗸 𝗗𝗶 𝗛𝗮𝘁𝗶𝗸𝘂
2 JUN 2025 | AYER MOLEK, MELAKA — Program Ziarah Kasih yang berlangsung di Kampung Paya Redan pagi tadi ini terus menyemai benih keprihatinan dan kasih sayang dalam kalangan komuniti setempat. Program ini bertujuan bagi menyantuni golongan memerlukan, warga emas, dan pesakit terlantar yang memerlukan sokongan moral dan bantuan kebajikan.
Penerima ziarah kali ini ialah Encik Mohamad Azzaman bin Baharom, seorang penduduk tempatan yang kini terlantar akibat asma kronik. Dalam kunjungan itu, beliau menerima sumbangan keperluan asas iaitu kit makanan, susu dan lampin pakai buang dewasa, serta sokongan emosi daripada para sukarelawan Srikandi BERSATU Bahagian Hang Tuah Jaya.
> “Saya sangat bersyukur dan terharu dengan kunjungan ini. Ia memberi saya semangat untuk terus bertahan,” ujar Ibu kepada Encik Azzaman dengan nada sebak.
Lawatan ini membuka mata tentang cabaran yang dihadapi oleh pesakit kronik yang terlantar di rumah, terutamanya dalam suasana ekonomi yang mencabar. Turut hadir dalam ziarah ini ialah Pn Roseniza Muamad ( SK Roseniza Muamad ) selaku Ketua Srikandi Bahagian Hang Tuah Jaya merangkap Ketua Srikandi BERSATU Negeri Melaka yang tidak jemu mendengar keluhan dan keperluan komuniti di Ayer Molek
Program ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan, tetapi membina jambatan hati antara masyarakat – menzahirkan bahawa Ayer Molek adalah satu komuniti yang tidak membiarkan sesiapa terpinggir.
Dengan semangat gotong-royong, belas ihsan, dan rasa tanggungjawab sosial, Ziarah Kasih menjadi lambang bahawa Paya Dalam – dan seluruh Ayer Molek – masih kaya dengan nilai kemanusiaan yang luhur.
Ayer Molek di hatiku – di mana kasih disantuni, penderitaan dikongsi, dan harapan disuburkan.
01/02/2025
𝙈𝙖𝙟𝙡𝙞𝙨 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙨𝙢𝙞𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙨𝙖𝙩 𝙆𝙝𝙞𝙙𝙢𝙖𝙩 𝙎𝙧𝙞𝙠𝙖𝙣𝙙𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙠𝙖
Ayer Molek | 31 Jan 2025 - Pusat Khidmat Srikandi Malaysia yang pertama dilancarkan bertujuan untuk memperkukuhkan jaringan perkhidmatan dan sokongan kepada wanita khususnya di dun Ayer Molek di negeri ini. Majlis perasmian yang diadakan di Taman Tambak Paya Harmoni Ayer Molek itu disempurnakan oleh 𝙔𝘽 𝙏𝙖𝙣 𝙎𝙧𝙞 𝘿𝙖𝙩𝙤’ 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝙈𝙪𝙝𝙮𝙞𝙙𝙙𝙞𝙣 𝘽𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝙈𝙤𝙝𝙙 𝙔𝙖𝙨𝙨𝙞𝙣 𝙋𝙧𝙚𝙨𝙞𝙙𝙚𝙣 𝙋𝙖𝙧𝙩𝙞 𝙋𝙧𝙞𝙗𝙪𝙢𝙞 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙏𝙐 yang turut disertai oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗔𝘇𝗺𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶
𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨, 𝙔𝘽 𝘿𝙖𝙩𝙪𝙠 𝙒𝙞𝙧𝙖 𝙃𝙖𝙟𝙖𝙝 𝙈𝙖𝙨 𝙀𝙧𝙢𝙞𝙚𝙮𝙖𝙩𝙞 𝙎𝙖𝙢𝙨𝙪𝙙𝙞𝙣 𝙆𝙚𝙩𝙪𝙖 𝙎𝙧𝙞𝙠𝙖𝙣𝙙𝙞 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙏𝙐 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖, 𝗧𝘂𝗻 𝗙𝗮𝗶𝘀𝗮𝗹 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗔𝘇𝗶𝘇 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮, 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗡𝗼𝗹𝗲𝗲 𝗔𝘀𝗵𝗶𝗹𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗺𝗲𝗱 𝗥𝗮𝗱𝘇𝗶 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗦𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮, 𝗬𝗕 𝗧𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗣𝗿𝗼𝗳 𝗗𝗿. 𝗥𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗧𝗮𝗺𝗯𝘆 𝗖𝗵𝗶𝗸, 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗕𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮, 𝗘𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝘇𝗿𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗛𝗷 𝗠𝗱 𝗜𝗱𝗿𝗶𝘀, 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗕𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗛𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗮𝗵 𝗝𝗮𝘆𝗮, 𝗣𝗻 𝗥𝗼𝘀𝗲𝗻𝗶𝘇𝗮 𝗠𝘂𝗮𝗺𝗮𝗱, 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗦𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻𝗱𝗶 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗦𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻𝗱𝗶 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗮𝗵 𝗝𝗮𝘆𝗮 pimpinan-pimpinan Srikandi Bersatu dan wakil-wakil masyarakat setempat.
Selain itu, Srikandi Bersatu Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran Pelan
Tindakan Strategik Srikandi (PTSS) 2025- 2027 sebuah inisiatif menyeluruh yangdirangka bagi memperkasa wanita Malaysia dalam bidang politik, ekonomi,
keselamatan, Kesihatan, serta pendidikan dan latihan.
Majlis tersebut dihadiri oleh lebih 500 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Srikandi, masyarakat setempat, serta individu-individu yang menyokong perjuangan Srikandi Bersatu Malaysia.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Di jemput semua warga Negeri Melaka ke Majlis Perasmian Pusat Khidmat Srikandi BERSATU Malaysia (Negeri Melaka) yang akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Yasin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
📅 Tarikh: 31 Januari 2025 (Jumaat)
🕗 Masa: 8.00 Malam
📍 Lokasi: Taman Tambak Paya Harmoni, Melaka
Majlis ini bertujuan memperkenalkan Pusat Khidmat Srikandi sebagai platform membantu masyarakat serta memperkasakan peranan wanita dalam pembangunan negara.
Kehadiran semua warga Negeri Melaka amat dialu-alukan.
Mana lagi ! Melaka ler!
Terima kasih atas sokongan anda!
29/01/2025
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Di jemput semua warga Negeri Melaka ke Majlis Perasmian Pusat Khidmat Srikandi BERSATU Malaysia (Negeri Melaka) yang akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Yasin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
📅 Tarikh: 31 Januari 2025 (Jumaat)
🕗 Masa: 8.00 Malam
📍 Lokasi: Taman Tambak Paya Harmoni, Ayer Molek Melaka
Majlis ini bertujuan memperkenalkan Pusat Khidmat Srikandi sebagai platform membantu masyarakat serta memperkasakan peranan wanita dalam pembangunan negara.
Kehadiran semua warga Negeri Melaka amat dialu-alukan.
Mana lagi ! Melaka ler!
Terima kasih atas sokongan anda!
16/11/2024
𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗦𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻𝗱𝗶 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗮𝗵 𝗝𝗮𝘆𝗮 𝗕𝗶𝗹 𝟭./𝟮𝟬𝟮𝟰 & 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗪𝗮𝘁𝗶𝗸𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻.
𝟏𝟓 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 | Mesyuarat Jawatankuasa Srikandi BERSATU Bahagian Hang Tuah Jaya Bil 1./2024 & Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Srikandi Bahagaian HTJ yang baharu telah diadakan pada 15 November 2024. Watikah pelantikan telah diserahkan kepada 5 Srikandi yang telah dilantik bermula November 2024.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Pn Roseniza Muamad yang merupakan Ketua Srikandi Bahagian Hang Tuah Jaya dan dihadiri 11 orang ahli jawatankuasa Srikandi Bahagian HTJ. Dalam ucapan beliau, YBrs. KSB telah mengingatkan srikandi agar tetap teguh dan terus mengekalkan semangat perjuangan yang tinggi. Beliau yakin dengan sokongan, semangat perjuangan yang tinggi dari dari ahli jawatankuasa srikandi yang baru akan dapat memperkasakan lagi srikandi BERSATU Bahagian Hang Tuah Jaya. Selamat maju jaya.
26/10/2024
Selamat bersidang kepada semua perwakilan Srikandi BERSATU Bahagian Bahagian dari seluruh negeri di Malaysia.
Semoga semua perwakilan Sayap Srikandi Malaysia bijak memilih demi memperkuatkan Sayap Srikandi Bersatu Malaysia.
Salam Sayang KSN Melaka
Roseniza Muamad
0 0 0 0 4 0 2 5
28/04/2024
𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝙎𝘼𝙈𝘽𝙐𝙏𝘼𝙉 𝙃𝘼𝙍𝙄 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝘼𝙄𝘿𝙄𝙇𝙁𝙄𝙏𝙍𝙄 𝘽𝘼𝙃𝘼𝙂𝙄𝘼𝙉 𝙃𝘼𝙉𝙂 𝙏𝙐𝘼𝙃 𝙅𝘼𝙔𝘼
28 Apr 2024 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Hang Tuah Jaya telah berlangsung di Perkarangan Pejabat BERSATU Bahagian Hang Tuah Jaya di Kota Fesyen MITC Ayer Keroh.
Kemeriahan Syawal yang dirai pada hari ini diserikan dengan mengenakan pakaian raya, pelbagai juadah makanan yang menghidangkan lauk Aidilfitri juga disediakan bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan hidangan tradisi yang istimewa.
09/01/2024
Semoga berjaya kepada pelajar2 yg bakal menduduki Peperiksaan SPM..Restu mak, ayah & guru2 selalu mengiringi perjuangan kalian
SEMOGA BERJAYA‼️
14/12/2023
09.12.2023 | Sabtu - Seramai 12 keluarga dikalangan ahli- ahli cawangan bahagian HTJ menerima kit makanan dalam Program Jom Jenguk Dapur Srikandi Hang Tuah Jaya.
Program Jom Jenguk Dapur Srikandi Hang Tuah Jaya merupakan inisiatif Ketua Srikandi Bahagian Hang Tuah Jaya merangkap Ketua Srikandi Negeri Melaka Pn Roseniza Muamad untuk membantu meringankan beban bagi meneruskan kelangsungan hidup dikalangan ahli² cawangan yang akan dilaksanakan pada setiap minggu.
Selain itu, sebanyak 3 tablet, 3 laptop, dan 1 handphone turut disumbangkan kepada keluarga yang mempunyai anak bersekolah dan menuntut di pengajian tinggi. Niat dan focus Ketua Srikandi Bahagian kali ini ditumpukan kepada ahli² Srikandi yang terdekat terlebih dahulu.
Sekalung ucapan Terima Kasih dan syabas kepada Ketua Cawangan dan Ketua Srikandi Cawangan Kg Bukit Katil, Bukit Nibong dan Kg Musai kerana komited turut serta dalam program ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
1-1 Jalan KF 1 Kota Fesyen MITC
Ayer Keroh
75450
