Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan

Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan, Government Organization, Wisma Persekutuan Aras 2,, Ayer Keroh.

Photos from Biro Pengaduan Awam (Public Complaints Bureau)'s post 15/11/2024
15/11/2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐒𝐈𝐃𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐉𝐀𝐀𝐅𝐀𝐑

Dengan penuh rasa hormat dan rendah dirinya, kami ingin mengucapkan Selamat Bersara kepada YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri.

Selama tempoh perkhidmatan YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah di BPA, segala dedikasi, ketokohan, dan kepimpinan yang dipamerkan telah membawa perubahan besar serta menjadi sumber inspirasi kepada ramai. Jasamu dalam membina organisasi dan membentuk generasi pelapis yang lebih cemerlang adalah sumbangan yang tidak ternilai.

Persaraan bukanlah penutup tetapi permulaan kepada perjalanan baru. Kami doakan YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan, dan kesejahteraan bersama keluarga tercinta. Semoga di masa hadapan akan terus membawa kejayaan lepada YBhg. Datuk Seri dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sekali lagi, ribuan terima kasih atas segala jasa dan bakti. Nama YBhg. Datuk Seri akan sentiasa terpahat dalam hati kami.

Salam hormat dan ucapan tulus ikhlas daripada kami semua, Warga Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.


Photos from Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan's post 15/11/2024

𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐘𝐀 (𝐌𝐏𝐇𝐓𝐉) 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟒 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 - 𝟏5 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒 - JUMAAT) 𝐃𝐈 𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐂𝐊𝐒𝐎𝐍, 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍

BPA Melaka/Negeri Sembilan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Pengurusan Aduan Awam MPHTJ Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya pada 14 November 2024 hingga 15 November 2024 di Port Dickson, Negeri Sembilan.Ceramah telah disampaikan oleh Puan Joanna Jayaprakash, Pengarah BPA Melaka/Negeri Sembilan.





Photos from Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan's post 04/10/2024

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈

Lawatan tapak bersepadu Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka/Negeri Sembilan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Penghulu DUN Kesidang dan wakil pemaju telah diadakan pada 4 Oktober 2024 (Jumaat) di Taman Balai Panjang Murni, Melaka. Lawatan tapak bersepadu ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JPS Negeri Melaka, PDTMT, MBMB, Penghulu dan pemaju bagi membincangkan cadangan penyelesaian aduan.







*Facebook*
https://www.facebook.com/profile.php?id=100095397794027

*Instagram*
https://www.instagram.com/

Jom Follow, Like dan Share

Photos from Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan's post 03/10/2024

𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀 (𝐏𝐓𝐌) 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐑𝐀𝐍𝐓𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐌𝐀𝐐𝐈𝐒) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

BPA Melaka/Negeri Sembilan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Pengurusan Aduan bagi Kursus Program Transformasi Minda (PTM) Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Tahun 2024 di The Grand Beach Resort, Port Dickson pada 3 Oktober 2024. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Joanna Jayaprakash, Pengarah BPA Melaka/Negeri Sembilan.





Photos from Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan's post 14/08/2024

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗕𝗜𝗥𝗢 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 (𝗕𝗣𝗔) 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔/𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗨𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗬𝗔 (𝗠𝗣𝗛𝗧𝗝), 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗦𝗜𝗡 (𝗠𝗣𝗝), 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 (𝗝𝗔𝗦), 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝐍𝐆𝗞𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 (𝗝𝗣𝗝) 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀, 𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 (𝗦𝗨𝗞) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔

Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka/Negeri Sembilan telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) berkaitan aduan-aduan yang melibatkan MPHTJ, MPJ, JAS, JPJ dan SUK Negeri Melaka pada 14 Ogos 2024 (Rabu). Sesi ini dipengerusikan oleh Puan Joanna A/P Jayaprakah, Pengarah BPA Melaka/Negeri Sembilan yang ertempat di Bilik Mesyuarat BPA Melaka/Negeri Sembilan. Sesi ini membincangkan kaedah terbaik yang boleh digunapakai bagi menguruskan dan menyelesaikan aduan dalam siasatan.





Photos from Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan's post 31/07/2024

𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠/𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗕𝗜𝗥𝗢 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 (𝗕𝗣𝗔) 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔/𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡

BPA Melaka/Negeri Sembilan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bagi Seminar Pengurusan Aduan Awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan bertujuan menambah baik pengurusan aduan awam di Jabatan dan agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Seminar ini bertempat di Hotel Arena Premier Boutique, Seremban pada 31 Julai 2024 (Rabu). Seramai 80 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Joanna Jayaprakash, Pengarah BPA Melaka/Negeri Sembilan.
Perkongsian berkaitan program/aktiviti ini boleh diakses melalui pautan laman media BPA Melaka/Negeri Sembilan seperti berikut:





Photos from Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan's post 19/07/2024

SESI LIBAT URUS BIRO PENGADUAN AWAM (BPA) MELAKA/NEGERI SEMBILAN BERSAMA JABATAN KERJA RAYA (JKR) NEGERI SEMBILAN, MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN (MBS) DAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEREMBAN (PDTS)

Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka/Negeri Sembilan telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) berkaitan aduan-aduan yang melibatkan JKR, MBS dan PDTS pada 19 Julai 2024 (Jumaat). Sesi ini dipengerusikan oleh Puan Joanna A/P Jayaprakah, Pengarah BPA Melaka/Negeri Sembilan yang bertempat di Bilik Mesyuarat BPA Melaka/Negeri Sembilan.Sesi ini membincangkan kaedah terbaik yang boleh digunapakai bagi menguruskan dan menyelesaikan aduan dalam siasatan.







Jom Follow, Like dan Share

Photos from Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun's post 24/06/2024
Photos from YNS Event Management's post 24/06/2024
Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Wisma Persekutuan Aras 2,
Ayer Keroh
75450