Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka

Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka, Government Official, Aras 2, 3, 4 & 5, Blok Bentara, Kompleks Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh.

Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka adalah sebuah jabatan yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Kewangan Negeri Melaka dan menyediakan Akaun Tahunan Negeri

Photos from Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka's post 07/05/2026

πŸ“’ KURSUS GENERATIVE AI BAGI REKABENTUK GRAFIK POSTER DAN SLIDE PEMBENTANGAN MENGGUNAKAN CANVA AI TAHUN 2026 πŸ“’

Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM) dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) telah menganjurkan Kursus Generative AI Bagi Rekabentuk Grafik Poster dan Slide Pembentangan Menggunakan Canva AI pada 6 hingga 7 Mei 2026 bertempat di Makmal Komputer Tun Fatimah, UTC Melaka.

Kursus ini telah disertai oleh kakitangan JKPNM bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI), khususnya Canva AI.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk:
βœ… Meningkatkan kemahiran menghasilkan poster dan slide pembentangan yang lebih kreatif dan profesional
βœ… Memperkasakan penggunaan teknologi AI dalam urusan rasmi jabatan
βœ… Menghasilkan bahan komunikasi visual yang lebih efektif, cepat dan berkualiti tinggi
βœ… Menyokong transformasi digital serta peningkatan produktiviti warga kerja JKPNM

Semoga penganjuran kursus seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta dalam memperkukuh kompetensi digital selaras dengan perkembangan teknologi semasa.








Photos from Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka's post 05/05/2026

Sesi Kick-Off Bajet Tahun 2027 Negeri Melaka

πŸ“… 05.05.2026 (Selasa)
πŸ“ Bilik Mesy. Tun Seri Nara Diraja

Sesi Kick-Off Bajet Tahun 2027 Negeri Melaka telah dilaksanakan sebagai langkah awal dalam merangka perancangan kewangan yang strategik, mampan dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri yang berterusan.








30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026

β€œPekerja Madani Kesuma Bangsa”

Sempena 1 Mei 2026, marilah kita bersama-sama menghargai segala usaha, dedikasi dan pengorbanan seluruh warga kerja yang menjadi tunjang kemajuan organisasi dan pembangunan negeri.

Semoga semangat kerja berpasukan, integriti dan profesionalisme terus diperkukuhkan dalam melaksanakan amanah demi kesejahteraan rakyat dan kecemerlangan perkhidmatan awam.

Ikhlas daripada
YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh
Pegawai Kewangan Negeri
serta
Warga JKPNM








Photos from Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka's post 27/04/2026

Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan JKPNM Dan Pemilihan Jawatankuasa bagi Tahun 2026-2028

πŸ“… 23.4.2026 (Khamis)
πŸ“ Auditorium, Seri Negeri

Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan JKPNM serta Pemilihan Jawatankuasa bagi sesi 2026–2028 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Kelab En.Nazri bin Saring serta Jawatankuasa sesi terdahulu atas segala sumbangan dan komitmen yang telah diberikan.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa baharu yang dilantik bagi sesi 2026–2028. Semoga terus cemerlang dalam menjalankan amanah yang diberikan.








Photos from Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka's post 16/04/2026

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2026, Melaka Sayang Rakyat telah berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni πŸŽ‰

Anjuran YB Penasihat Undang-Undang Negeri & YB Pegawai Kewangan Negeri pada:
πŸ“… 11 April 2026 (Sabtu)
πŸ•— 8.00 malam – 10.00 malam
πŸ“ No. 11, Rumah Tamu, Peringgit

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir serta bersama-sama memeriahkan majlis ini. Kehadiran anda semua amat bermakna dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan.

Semoga sambutan ini menjadi kenangan indah dan terus menyemai nilai kebersamaan dalam komuniti kita.








Photos from Melaka Hari Ini's post 09/04/2026
Photos from Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka's post 06/04/2026

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Blok Bentara Tahun 2026

πŸ“… Tarikh : 2 April 2026 (Khamis)
πŸ“Œ Tema : Raya Klasik








31/03/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh atas genap 3 tahun pentadbiran sebagai Ketua Menteri Melaka.

Sepanjang tempoh kepimpinan ini, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan dalam memperkukuh pembangunan ekonomi, memperkasakan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan kecekapan tadbir urus negeri. Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan menjadi pemangkin kepada kemajuan berterusan negeri Melaka.

Semoga kepimpinan yang berwibawa ini terus diberkati dan dipermudah dalam menerajui negeri ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang, seiring aspirasi pembangunan mampan dan kemakmuran bersama.

Ikhlas daripada,
YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh
Pegawai Kewangan Negeri
serta Warga JKPNM

Ab Rauf Yusoh
Kerajaan Negeri Melaka








Photos from Kerajaan Negeri Melaka's post 27/03/2026
25/03/2026

Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 , 28 Mac 2026 (Sabtu), MITC Ayer Keroh, MelakaπŸŒ™βœ¨

Ayuh warga Melaka! Sertai kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat 2026 yang dibawakan khas untuk anda.

Nikmati keunikan sambutan dalam suasana muhibbah yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat. Bukan itu sahaja, deretan menu tradisi Melaka yang menanti anda, ketupat, aneka rendang, sate, hinggalah juadah muhibbah yang pasti membangkitkan selera! πŸ₯˜πŸ₯’πŸ›

🎀Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan memukau daripada bintang sensasi, Dayang Nurfaizah dan Yaser Fikri yang akan menghiburkan anda sepanjang majlis berlangsung!
πŸ“ Lokasi: Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh
πŸ“… Tarikh: 28 Mac 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10:00 Pagi – 4:00 Petang

Semua dijemput hadir. Jom beraya, makan-makan, dan bersama menghayati tradisi aidilfitri Melaka Sayang Rakyat, istimewa di Melaka! ❀️

Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Aras 2, 3, 4 & 5, Blok Bentara, Kompleks Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
Ayer Keroh
75450