Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka

Share

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka ditubuhkan pada tahun 1958, selepas negara ini mencapai kemerdekaan.

-VISI-
Peneraju pengurusan pentadbiran tanah yang cekap dan dinamik.

-MISI-
Mentadbir hal ehwal tanah bagi memenuhi kehendak pelanggan menerusi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta modal insan yang berintegriti. Lokasi bangunan terletak di bangunan Stadhuys di Bandar Hilir Melaka. Pada masa itu Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka dikenali dengan nama Pejabat Tanah dan Gal

14/05/2026

ROAD TO GO-LIVE :
.
.
SISTEM e-TANAH 2.0 NEGERI MELAKA
Ciri terbaharu yang bakal menemui anda pada JUN 2026 ini adalah:
“PORTAL AWAM e-TANAH”

Urusan bayaran kini lebih mudah 💳
Dengan e-Bayaran, anda boleh membuat pembayaran berkaitan urusan tanah secara dalam talian dengan lebih cepat, selamat dan tanpa perlu ke kaunter.
Bila-bila masa, di mana sahaja — semuanya di hujung jari anda.
Sistem e-Tanah 2.0 — memudahkan setiap transaksi anda dengan lebih efisien.

13/05/2026

🌟 Tahniah & Syabas 🌟

Warga Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada:

Pn. Nor Hidayah Binti Nor Azmi
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1
Seksyen Pendaftaran Hakmilik

atas pengiktirafan sebagai Pekerja Cemerlang Bulanan April 2026🏆
Komitmen, dedikasi dan semangat kerja yang ditunjukkan menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berintegriti.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.





12/05/2026

ROAD TO GO-LIVE :
.
.
SISTEM e-TANAH 2.0 NEGERI MELAKA
Ciri terbaharu yang bakal menemui anda pada JUN 2026 ini adalah:
“PORTAL AWAM e-TANAH”

Cari maklumat tanah dengan lebih pantas 🔍
Melalui fungsi e-Carian, semakan maklumat hak milik kini boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter.
Lebih telus, lebih mudah dan menjimatkan masa — semuanya di hujung jari anda.
Sistem e-Tanah 2.0 — akses maklumat tanah dengan lebih cekap dan efisien.


12/05/2026

PERHATIAN!!!

PEMAKLUMAN CUT-OFF eTANAH 1.0

Pejabat Daerah dan Tanah Jasin

06/05/2026

ROAD TO GO-LIVE :
.
.
SISTEM e-TANAH 2.0 NEGERI MELAKA
Ciri terbaharu yang bakal menemui anda pada JUN 2026 ini adalah:
“PORTAL AWAM e-TANAH”

Kini, pelanggan boleh membuat permohonan dalam talian untuk pelbagai urusan tanah dengan lebih mudah dan pantas — tanpa perlu ke kaunter.
Semua di satu platform, lebih tersusun, lebih efisien dan boleh diakses pada bila-bila masa.
Sistem e-Tanah 2.0 — memodenkan perkhidmatan tanah ke arah Melaka Negeri Digital.

06/05/2026

ROAD TO GO-LIVE :
.
.
SISTEM e-TANAH 2.0 NEGERI MELAKA
Ciri terbaharu yang bakal menemui anda pada JUN 2026 ini adalah:
“PORTAL AWAM e-TANAH”

Mulakan dengan satu langkah mudah — daftar akaun anda ✨
Pendaftaran pengguna Portal Awam e-Tanah membuka akses kepada pelbagai urusan seperti permohonan dan pembayaran secara dalam talian, semuanya dalam satu platform.
Cepat, selamat dan lebih tersusun untuk pengalaman perkhidmatan yang lebih lancar.
Sistem e-Tanah 2.0 — permudahkan urusan anda dari awal hingga selesai.

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja.
Bersama kita terus memperkukuh budaya kerja cemerlang, berintegriti dan berdaya saing



Photos from Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka's post 28/04/2026

JAWATAN KOSONG SEGERA!!

28/04/2026

ROAD TO GO-LIVE :

SISTEM e-TANAH 2.0 NEGERI MELAKA

Tak berapa mahir menggunakan sistem dalam talian? Atau perlukan bantuan untuk urusan tanah?
Jangan risau… Kaunter SPOC kan ada!
Kaunter Single Point of Contact (SPOC) diwujudkan untuk memudahkan urusan anda secara bersemuka dengan lebih cepat dan teratur.
Lebih senang, lebih jelas, dan lebih mesra pelanggan 👍
Sistem e-Tanah 2.0 — memudahkan urusan anda, secara digital mahupun di kaunter.

24/04/2026

ROAD TO GO-LIVE:


SISTEM e-TANAH 2.0 NEGERI MELAKA
Ciri terbaharu yang akan menemui anda pada JUN 2026 ini adalah:
“PORTAL AWAM e-TANAH”

Pelbagai urusan yang boleh dibuat walau dimana jua anda berada dan pada bila-bila masa sahaja.

Sistem e-Tanah 2.0 pemangkin Melaka Negeri Digital.

.0

Photos from Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka's post 17/04/2026

AUDIT BAGI PERSEDIAAN PENARAFAN SYSTEM STAR RATING (SSR)

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah melaksanakan pengauditan di Pentadbiran Tanah Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin bagi persediaan audit System Star Rating (SSR) pada 13 hingga 15 April 2026. Seramai 8 orang pegawai telah hadir bagi pengauditan tersebut yang diketuai oleh YBhg. Datuk Anis binti Ali Hassan, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan). Dokumen-dokumen yang disemak adalah Permohonan Tanah Kerajaan (PTK), Tukar Syarat, Pengambilan di Bawah Seksyen 3(1)(a), 3(1)(b) dan 3(1)(c) dan Permit Bahan Batuan meliputi proses kerja bermula pada Januari 2024 hingga Disember 2025 termasuk fail-fail tertunggak bagi tahun 2023 dan ke bawah. Audit ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti ketidakpatuhan atau kelemahan untuk diperbaiki sebelum pengauditan sebenar dilakukan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 1-2 Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00