23/10/2012
KURSUS PENGURUSAN ASET HIDUP
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset, KDN, Government Organization, Jalan Puteri Resort 1, Ayer Keroh 75450 Air Keruh, Ayer Keroh.
23/10/2012
KURSUS PENGURUSAN ASET HIDUP
MAKLUMAN DAN PERINGATAN : KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI KDN SEMASA CUTI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012 :
1. Aset-aset meliputi peralatan dan bahan-bahan penting diperiksa dan dipastikan diberikan perlindungan keselamatan sepenuhnya.
2. Semua dokumen rasmi dan rahsia disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan bersesuaian dengan tahap keselamatan dokumen.
3. Semua pegawai dan kakitangan diberikan peringatan supaya memastikan lampu, suis elektrik, peralatan komputer, mesin penyalin, mesin pencetak, mesin pengimbas dan lain-lain mesin atau peralatan elektrik dan elektronik yang tidak digunakan dipadamkan serta paip air ditutup bagi mengelakkan kebakaran, kemusnahan atau pembaziran.
4. Bahagian-bahagian juga diingatkan supaya mengunci pintu-pintu ke laluan kecemasan bagi mengelakkan sebarang pencerobohan dan kecurian di Bahagian masing-masing.
13/08/2012
13/08/2012
info dari bahagian KP kepada semua :)
Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya Zaharuddin.net
Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada Warga Bahagian KP dan Warga KDN...
INFO : PENDAFTARAN ASET TAK ALIH KE DALAM SISTEM MYSPATA PERINGKAT DAFTAR ASET KHUSUS (DAK)
Bengkel Pendaftaran Aset Tak Alih Ke Dalam Sistem MYSPATA Peringkat Daftar Aset Khusus (DAK) telah dilaksanakan ke semua Jabatan dan Agensi KDN kecuali PDRM. Bengkel MYSPATA secara intensif untuk PDRM akan diadakan sebanyak 11 Siri seperti berikut:
i) Zon Negeri Sembilan dan Melaka ~ (10/7/2012 – 12/7/2012)
ii) Zon Sabah, Tawau ~ (17/7/2012 – 19/7/2012)
iii) Zon Perak ~ (24/7/2012 – 26/7/2012)
iv) Zon Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ~ (31/7/2012 – 2/8/2012)
v) Zon Sarawak, Kuching ~ (7/8/2012 – 9/8/2012)
vi) Zon Pahang ~ (28/8/2012 – 30/8/2012)
vii) Zon Sarawak, Miri ~ (4/9/2012 – 6/9/2012)
viii) Zon Johor ~ ( 11/9/2012 – 13/9/2012)
ix) Zon Kelantan dan Terengganu ~ (18/9/2012 – 20/9/2012)
x) Zon Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur ~ (25/9/2012 – 27/9/2012)
xi) Zon Sabah, Kota Kinabalu ~ (2/10/2012 – 4/10/2012)
Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku urusetia peringkat kebangsaan telah melanjutkan tempoh pendaftaran DAK ke dalam Sistem MYSPATA sehingga bulan November 2012.
INFO : MS ISO 9001:2008
Audit Pemantauan (Surveillence Audit) Stage 5 oleh LRQA telah diadakan melibatkan Pejabat Cawangan seperti berikut:
i) 20 & 21 Jun 2012 ~ Pejabat Cawangan KF & PQ Kelantan & Pahang.
ii) 4 - 6 Julai 2012 ~ Pejabat Cawangan KF & PQ Johor, Terengganu dan Ibu Pejabat Putrajaya.
INFO : PELUPUSAN ASET KEMENTERIAN
Akan dijalankan sebanyak 3 kali bagi tahun 2012, iaitu :
i) April 2012
ii) Julai 2012
iii) Oktober 2012
Sehubungan itu, semua Bahagian diminta menyenaraikan aset yang ingin dilupuskan melalui Borang KEW.PA-17 dan dikemukakan kepada Bahagian KP (Seksyen Pengurusan Aset & Logistik) untuk tindakan lanjut.
11/07/2012
~ 3 Julai 2012 di Bilik Mesyuarat Mars 2, Hotel Prime City, Kluang, Johor