14/05/2026
๐ฅ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐! ๐ฅ
๐ฅ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐! ๐ฅ
๐ฅ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐! ๐ฅ
Jom meriahkan Semarak Belia Peringkat Daerah 2026 โ Negeri Melaka! ๐๐
๐ JASIN | ALOR GAJAH | MELAKA TENGAH
๐ 15 Mei 2026 (Jumaat)
โฐ 8.00 pagi โ 12.00 tengah hari
Banyak aktiviti best menanti! ๐จ๐ค๐
Confirm happening & penuh vibe belia!
๐ Jangan lepaskan peluang! Ajak kawan-kawan sekali ๐ฅ
KBSMalaysia belia.my JBSNegara
Taufiq Johari Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
VP Shanmugam
Zailani Siran
Majlis Gabungan Belia Melaka
14/05/2026
๐ฅ ๐๐ฎ๐๐ถ๐ป ๐๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ! ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ @๐๐๐ก ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐๐ป ๐๐ฟ๐ฒ๐ฎ๐๐ถ๐๐ถ๐๐ถ, ๐ง๐ฒ๐ธ๐ป๐ผ๐น๐ผ๐ด๐ถ & ๐๐ถ๐๐ฎ ๐๐ป๐ฎ๐ธ ๐ ๐๐ฑ๐ฎ
JASIN, 14 Mei 2026 โ Bahang Program Semarak Belia Negeri Melaka 2026 kian terasa apabila persiapan akhir kini berada di fasa kemuncak di SMK Seri Mahkota, Jasin.
Pelbagai pengisian menarik dan berimpak tinggi telah disusun bagi menyemarakkan semangat Hari Belia Negara, merangkumi elemen kreatif, digital serta warisan budaya. Antara tarikan utama termasuk Pertandingan Poster AI dan Cabaran TikTok yang telah pun berlangsung lebih awal di peringkat sekolah, menonjolkan bakat serta idea segar generasi muda masa kini.
Program ini turut dimeriahkan dengan Pameran Interaktif Rakan Muda, Persembahan Gamelan yang mengangkat seni tradisi, serta laungan penuh semangat melalui Ikrar Belia Malaysia sebagai simbol komitmen anak muda terhadap negara.
Tidak ketinggalan, segmen Sukan Elektronik (eSports) yang menampilkan permainan PS5 dan Simulator Perlumbaan dijangka menjadi tumpuan utama, sejajar dengan minat belia masa kini terhadap dunia digital. Turut dibuka ialah kaunter Pendaftaran Ahli Belia dan Sukan Elektronik bagi memperluas penyertaan golongan muda dalam ekosistem pembangunan belia.
Dalam masa yang sama, gelombang Semarak Belia turut dirasai di seluruh negeri apabila Daerah Melaka Tengah mengadakan program di SMK Seri Tanjung, manakala Daerah Alor Gajah berlangsung di SMK Datoโ Haji Taib Karim.
Penganjuran ini membuktikan bahawa belia Melaka bukan sahaja aktif, malah bersedia menjadi penggerak utama masa depan negara selaras dengan tema Menggerak Belia.
14/05/2026
๐ฅ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ!๐ฅ
Belia bukan sekadar masa depan โ
belia adalah penggerak hari ini!
Dengan semangat, idea dan keberanian,
kita bangkit mencorak perubahan,
mengangkat suara, membina negara.
Menggerak Belia, Menggegarkan Dunia! ๐
13/05/2026
PERTANDINGAN INOVASI DAN DIGITAL SEMPENA SEMARAK BELIA @ HBN MELAKA TENGAH 2026
TANGGA BATU, 13 Mei 2026 โ Telah berlangsung program โDigital Escape Room Innovation Challengeโ (Kategori Individu) dan
DIGITAL INNOVATION HACKATHON ESCAPE CHALLENGE" ( Kategori Kumpulan) sempena Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Melaka Tengah 2026 bertempat di Bengkel ICT, SMK Seri Tanjung, Melaka.
Pertandingan yang mendapat penyertaan seramai 120 orang peserta. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat serta kreativiti belia dalam bidang teknologi digital, inovasi dan penyelesaian masalah secara interaktif serta kreatif.
Melalui konsep โescape roomโ berasaskan digital, para peserta diuji dengan pelbagai cabaran dan tugasan yang memerlukan kemahiran berfikir secara kritis, kerjasama serta penggunaan teknologi maklumat dalam menyelesaikan misi yang diberikan dalam tempoh tertentu.
13/05/2026
HSN2026 Melaka : Lebih Epik, Lebih Meriah, Lebih Padu!
Ayer Keroh, 13 Mei 2026 โ Semangat kesukanan dan kerjasama strategik terus diperkukuhkan apabila berlangsungnya Perbincangan Penyelarasan Aktiviti sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2026 yang diadakan hari ini di Ayer Keroh.
Perbincangan dipengerusikan oleh oleh YBrs. Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama wakil 17 persatuan belia dan sukan Melaka bagi memperkemaskan perancangan Hari Sukan Negara Melaka 2026 agar lebih tersusun, inklusif dan berimpak kepada rakyat.
Hari Sukan Negara bukan sekadar acara sukan tetapi platform menyatukan rakyat melalui gaya hidup aktif, sihat dan penuh semangat kebersamaan. Nantikan pengumuman rasmi pelbagai aktiviti menarik sempena Hari Sukan Negara Melaka 2026 tidak lama lagi!
HSNMelaka2026
RakanMuda
13/05/2026
โจ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ถ ๐ฃ๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐๐น๐ฎ๐ต๐ถ: ๐ญ๐ถ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ต ๐ ๐ฎ๐ธ๐ป๐ฎ ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ถ ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐น ๐๐๐๐๐ณ๐๐ฟ๐ฟ๐ฎ๐ต๐บ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ ๐ง๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต ๐ฆ๐๐ฐ๐ถ
JASIN, 12 Mei 2026 โ Dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah, satu ziarah khas telah diadakan bagi meraikan kakitangan yang bakal menunaikan ibadah haji sebagai tetamu Allah SWT. Program ziarah tersebut diketuai oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, bertempat di Perumahan Awam Simpang Kerayong, Jasin.
Ziarah ini diadakan sebagai tanda sokongan, penghargaan dan doa restu daripada warga jabatan kepada bakal jemaah haji agar segala urusan dipermudahkan serta dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci.
Puan Rozana binti Ahmat, Ketua Pembantu Tadbir Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, serta bonda tercinta dijadualkan berlepas ke Tanah Suci pada 13 Mei 2026 bagi menunaikan rukun Islam kelima. Pemergian beliau sebagai Duyufurrahman merupakan satu nikmat dan panggilan istimewa daripada Allah SWT yang amat didambakan oleh setiap Muslim.
Semoga perjalanan ibadah haji ini dipermudahkan, dikurniakan keselamatan serta memperoleh haji yang mabrur, seterusnya kembali ke tanah air dengan penuh keberkatan dan keampunan.
12/05/2026
Ayuhhh kita turun meriahkan Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di Sendayan, Negeri Sembilan.
12/05/2026
๐ฅ 2๏ธโฃ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐! ๐ฅ
Jom meriahkan Semarak Belia Peringkat Daerah 2026 โ Negeri Melaka! ๐๐
๐ JASIN | ALOR GAJAH | MELAKA TENGAH
๐ 15 Mei 2026 (Jumaat)
โฐ 8.00 pagi โ 12.00 tengah hari
Banyak aktiviti best menanti! ๐จ๐ค๐
Confirm happening & penuh vibe belia!
๐ Jangan lepaskan peluang! Ajak kawan-kawan sekali ๐ฅ
KBSMalaysia belia.my JBSNegara
Taufiq Johari Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
VP Shanmugam
Zailani Siran
Majlis Gabungan Belia Melaka