21/11/2024
Jom Semua Warga Melaka ‼️‼️
📢📢📢HEBAHAN‼️‼️‼️
Jom sertai Jalan Untuk Sihat Sempena 2 Tahun Kerajaan Madani
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara ini secara PERCUMA...
Klik segera pautan pendaftaran 👇🏻👇🏻👇🏻
https://forms.gle/17qNzBTaCasZtLSd6
Pelbagai hadiah cabutan bertuah turut disediakan 🎊
"MADANI di Hati, Rakyat Disantuni"
"Mana Lagi...??? Melake lerrr..."
30/12/2023
KOMBES MELAKA VENUE PILIHAN MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN MELAKA TCHOUKBALL OPEN 2023.
AYER KEROH , 30 DISEMBER 2023 - Telah berlangsung Kejohanan Melaka Tchoukball Open 2023 anjuran Persatuan Tchoukball Negeri Melaka.
Melalui kejohanan ini, sebanyak 2 kategori telah dipertandingkan iaitu Terbuka Wanita & Terbuka Lelaki. Selain daripada wakil kelab di Malaysia, kejohanan ini turut menarik minat peserta dari Negara Hong Kong, Singapura dan Macau. Sebanyak 15 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang akan berlangsung selama 3 hari.
Majlis Perasmian Pembukaan telah disampaikan oleh YB. Kerk Chee Yee ; Adun Ayer Keroh merangkap Timbalan Speaker Dun Melaka. Turut hadir, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ; Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh dan Presiden Melaka Tchoukball Association ; Tuan Chin Sin Sui.