03/10/2026
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐: ๐๐๐/๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Bachok , 02 Oktober 2026, jam 5.30 petang hingga 9.00 malam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Bachok telah melaksanakan Op Motosikal (PG: 778/26) di Jalan Mahligai (Jalan Persekutuan), Bachok dengan kekuatan seramai 02 PKP dan 08 PRP.
Sepanjang operasi, sebanyak 80 orang individu dan 73 buah motosikal telah diperiksa. Hasil pemeriksaan, sebanyak 54 keping saman PDRM K257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, antaranya tidak memakai topi keledar, lesen memandu tiada, LKM tamat tempoh, tiada cermin sisi, kesalahan brek serta kesalahan berkaitan motosikal yang lain.
Operasi ini dilaksanakan bagi meningkatkan pematuhan pengguna jalan raya terhadap undang-undang dan peraturan lalu lintas serta memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya. PDRM Bachok menyeru agar setiap penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan, memastikan motosikal berada dalam keadaan baik dan mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.