Sallehuddin Abdullah

Call

Sallehuddin Abdullah Ini adalah halaman rasmi Ahli Dewan Negeri N12 Selinsing, Ustaz Sallehuddin Abdullah

19/09/2026

Kasih Adik Menjaga Kakak

Khamis lalu, kami sempat menyampaikan sebuah katil pesakit kepada Kak Zaitun yang sedang diuji dengan strok.

Kak Zaitun kini dijaga oleh adiknya, Puan Norlia bersama salah seorang anak perempuannya. Melihat kasih sayang dan kesungguhan mereka menjaga Kak Zaitun, terasa begitu besar nilai sebuah keluarga.

Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka dan memberikan kekuatan serta kesihatan buat Kak Zaitun dan keluarganya.

“Ya Allah Sejahterakanlah Rakyat DUN Selinsing”

Terus berkhidmat, demi rakyat ✊🏻Semalam kami menerima emel penghargaan dari seorang warga masyarakat Tionghua yang telah...
18/09/2026

Terus berkhidmat, demi rakyat ✊🏻

Semalam kami menerima emel penghargaan dari seorang warga masyarakat Tionghua yang telah dibantu dalam urusan permohonan berkaitan khairat kematian negeri Perak bagi pihak ahli keluarga beliau.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bantuan pantas dan profesional dari warga kerja Pusat Khidmat DUN Selinsing, terutamanya dalam proses membimbing beliau menyelesaikan urusan borang berkaitan.

Bagi kami, setiap urusan masyarakat, walau sekecil mana pun, ia adalah amanah yang perlu ditunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Penghargaan sebegini menjadi penguat serta pendorong untuk kami terus memperbaiki mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan, semoga dipermudah urusan kita semua ☺️🤲🏻

"Ya Allah sejahterakanlah rakyat DUN Selinsing"



17/09/2026

Alhamdulillah, hari ini kami sekali lagi menyampaikan sumbangan barangan wakaf untuk dimanfaatkan sebaiknya. Pagi tadi kami ke rumah Imam Saad bagi menyerahkan sebuah tangki oksigen untuk kegunaan beliau.

Buat yang sudi mewakafkan barangan seperti ini, bolehlah hubungi kami agar dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Pusat Khidmat Kawasan ADUN Selinsing: 5582 4823 2295 (Maybank)

📞 011-2642 2342

Terima kasih buat semua penderma dan pewakaf. Semoga setiap sumbangan menjadi amal yang terus mengalir manfaatnya. Insya-Allah.

“Ya Allah Sejahterakanlah Rakyat DUN Selinsing”

16/09/2026

Meriah betul pakaian anak-anak kita hari ini! Pagi tadi kami bersama pelajar PUPIS dalam Sambutan Hari Malaysia dan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan.

Bukan anak-anak sahaja yang bersemangat, ibu bapa turut sama menyertai pertandingan yang diadakan. Nampak kesungguhan masing-masing menyiapkan pakaian anak-anak untuk memeriahkan sambutan.

Seronok melihat semangat cintakan Malaysia disemai sejak kecil 🇲🇾

“Ya Allah Sejahterakanlah Rakyat DUN Selinsing”

16 September membawa kita kembali mengimbau detik bersejarah pembentukan Malaysia, penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawa...
16/09/2026

16 September membawa kita kembali mengimbau detik bersejarah pembentukan Malaysia, penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura yang akhirnya membentuk sebuah negara berdaulat bernama Malaysia.

Peristiwa ini bukan sekadar catatan sejarah, tetapi lambang kepada semangat kerjasama, toleransi dan perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara sehingga hari ini.

Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga negara kita terus dipimpin dengan penuh amanah dan diberkati Allah SWT 🤲🏻



14/09/2026

Beginilah kebiasaannya di DUN Selinsing. Barangan wakaf yang sudah tidak lagi digunakan akan dikembalikan kepada kami untuk diagihkan semula kepada mereka yang memerlukan.

Hari ini, kami mengambil semula sebuah katil yang sebelum ini digunakan oleh salah seorang pesakit. Memandangkan katil tersebut sudah tidak lagi sesuai digunakan olehnya, beliau memilih untuk mengembalikannya kepada kami agar manfaatnya dapat disambung kepada pesakit lain yang memerlukan.

Semoga Allah permudahkan urusan pesakit ini dan mengurniakan pahala berterusan buat semua pewakaf. InsyaAllah.

“Ya Allah Sejahterakanlah Rakyat DUN Selinsing”

12/09/2026

Dah lengkap berbusana ni terasa nak turun bersilat sekali bersama anak-anak silat Daerah Kerian. 😄

Pagi tadi kami sempat menghadiri Karnival Seni Silat Masjid-Masjid Bagan Serai yang berlangsung di Masjid Al-Amin, Selinsing.

Alhamdulillah, pelbagai pertubuhan silat utama dari sekitar Kerian turut hadir memperagakan seni dan buah silat masing-masing. Suasana cukup meriah dengan pelbagai persembahan yang mengangkat seni warisan bangsa.

Semoga usaha seperti ini terus menyemarakkan minat anak-anak muda terhadap seni silat dan memastikan warisan ini terus hidup untuk generasi akan datang.

“Ya Allah Sejahterakanlah Rakyat DUN Selinsing”

Sokong makanan sunnah, sokong sahabat, sokong ekonomi ummah! 🌿🤝Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke Majlis Kesyukuran d...
11/09/2026

Sokong makanan sunnah, sokong sahabat, sokong ekonomi ummah! 🌿🤝

Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena pembukaan kedai baharu sahabat karib saya, Al-Fadhil Ustaz Mohamad Azman bin Chat bersama isteri di Olive House Bagan Serai.

Saya doakan semoga Allah SWT memberkati perniagaan ini, meluaskan rezeki dan menjadikannya usaha yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Di Olive House Bagan Serai, boleh dapatkan Minyak Zaitun, Cuka Tin dan pelbagai lagi pilihan makanan sunnah.

Marilah kita membudayakan makanan sunnah dalam kehidupan seharian sebagai salah satu ikhtiar menjaga kesihatan dan kebaikan diri. Tentunya dengan pengambilan yang sederhana dan seimbang.

Jangan hanya bercakap tentang ekonomi ummah — kita mulakan dengan menyokong perniagaan sahabat kita sendiri. ❤️

Jom singgah Olive House Bagan Serai!
Jom sokong makanan sunnah!
Jom bantu kembangkan ekonomi ummah!

Semoga terus maju dan diberkati Allah SWT. 🤲

بارك الله في تجارتكم



10/09/2026

Bersesak untuk ubat di hospital kerajaan adakah sama seperti di hospital swasta?

Dengarkan kupasan jawapan Exco

“Ya Allah Sejahterakanlah Rakyat DUN Selinsing”



إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونMalam tadi kami menerima khabar pulangnya ke rahmatullah, maklong Saniah bint...
10/09/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Malam tadi kami menerima khabar pulangnya ke rahmatullah, maklong Saniah binti Mat Desa.

Disebabkan esok paginya perlu kembali ke Ipoh untuk sesi sidang DUN, kami ziarah malam tadi di rumah allahyarhamah, di Kampung Tebuk Haji Dollah.

Semoga dipermudah urusan pengurusannya, insya-Allah solat jenazah di Surau Al-Khairiah Sama Gagah jam 11:00 pagi sebentar lagi dan akan dikebumi di tanah perkuburan Islam Lubuk Buntar.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا 🤲🏻

Al-Fatihah.



Address

1st Floor, No 2A, Lintang Baiduri, Taman Serai Baiduri
Bagan Serai
34300

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

+601126422342

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sallehuddin Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share