Akademi Perundangan Negara - APN

Call Website Contact the organization

Akademi Perundangan Negara - APN Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Perundangan Negara - APN, Government Organization, Lot 5, Persiaran Universiti, Seksyen 15, bandar baru bangi.

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia dan APN tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

BENGKEL KECUAIAN PERUBATAN: LITERASI DAN KOMPETENSIAkademi Perundangan Negara (APN) menerusi Program Litigasi telah meng...
23/10/2026

BENGKEL KECUAIAN PERUBATAN: LITERASI DAN KOMPETENSI

Akademi Perundangan Negara (APN) menerusi Program Litigasi telah menganjurkan Bengkel Kecuaian Perubatan: Literasi dan Kompetensi pada 20 hingga 22 Oktober 2026 (Selasa hingga Khamis), bertempat di Akademi Perundangan Negara, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Bengkel yang berlangsung selama tiga (3) hari, dari pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang, telah disertai oleh seramai dua puluh enam (26) orang pegawai perundangan dan kehakiman daripada pelbagai jabatan dan agensi termasuklah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Peguam Negara (AGC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam mengendalikan kes kecuaian perubatan, di samping memperkukuhkan keupayaan mereka menangani pelbagai isu yang berbangkit dalam kes-kes kecuaian perubatan.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah mendapat perkongsian ilmu dan pengalaman daripada barisan penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, iaitu:
1. Yang Arif Puan Elaine Yap Chin Gaik, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur;
2. Tuan Mohd Ashraf bin Abd Hamid, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara;
3. Dr. Rafaie bin Amin, Ketua Kepakaran Obstetrik dan Ginekologi Kebangsaan, Hospital Umum Sarawak;
4. Dr. Akmal Hafizah binti Zamli, Pakar Perunding Perubatan Rehabilitasi, Hospital Sungai Buloh; dan
5. Datuk Darryl S.C Goon dan Puan Raja Eileen Soraya binti Raja Aman; daripada Tetuan Raja, Darryl & Loh.

Pihak APN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penceramah atas perkongsian ilmu dan pengalaman, serta kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang bengkel ini berlangsung. Semoga penganjuran bengkel ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta dan menyumbang kepada peningkatan kompetensi pegawai perundangan dan kehakiman dalam mengendalikan kes kecuaian perubatan, dan seterusnya memperkukuhkan amalan perundangan di Malaysia.

Penghargaan juga diucapkan kepada:
• Puan Nor Hasniah binti Ab Razak – Pengarah Program Litigasi;
• Puan Zainab binti Ismail – Penyelaras Bengkel; dan
• Cik Nurul Izzah binti Zainal Abidin – Urus Setia Bengkel

KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (U...
22/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) KE AKADEMI PERUNDANGAN NEGARA

Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Bangunan Pengurusan APN

20 Oktober 2026

Akademi Perundangan Negara (APN) telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Eksekutif Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 20 Oktober 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Bangunan Pengurusan, APN.

Delegasi UIAM telah diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Ida Madieha Abdul Ghani Azmi, Dekan Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, bersama YBhg. Prof. Dr. Majdah Haji Zawawi, Timbalan Dekan (Akademik dan Pengantarabangsaan), YBhg. Prof. Dr. Noriah Ramli, Pengarah Pusat Undang-Undang Harun M. Hashim serta Dr. Zati Ilham Abdul Manaf, Ketua Jabatan Undang-Undang Sivil.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ketua Pengarah APN, YBrs. Puan Rozina binti Ayob bersama Timbalan Ketua Pengarah APN, YBrs. Tuan Jailani bin Rahman serta barisan Pengarah Bahagian Latihan dan Pengarah Bahagian Maklumat APN. Pertemuan ini menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan membincangkan potensi kerjasama strategik, khususnya dalam bidang latihan, pembangunan kompetensi serta perkongsian kepakaran dan ilmu perundangan. Perbincangan turut membuka ruang kepada penerokaan peluang kerjasama yang dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua institusi.

Semoga kunjungan hormat ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara APN dan UIAM, sekali gus menyumbang kepada usaha memperkukuh pembangunan profesionalisme serta kecemerlangan dalam bidang perundangan.

KURSUS KEFAHAMAN KEWAJIPAN STATUTORI DAN KUASA STATUTORIAkademi Perundangan Negara (APN) telah menganjurkan Kursus Kefah...
21/10/2026

KURSUS KEFAHAMAN KEWAJIPAN STATUTORI DAN KUASA STATUTORI

Akademi Perundangan Negara (APN) telah menganjurkan Kursus Kefahaman Kewajipan Statutori dan Kuasa Statutori pada 14 hingga 15 Oktober 2026 secara dalam talian, bersiaran dari Bilik Sindiket 2, Aras 4, Bangunan Pengurusan, APN, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Kursus ini disertai oleh 31 orang peserta daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan. Walaupun dilaksanakan secara dalam talian, sesi soal jawab, perkongsian pandangan dan perbincangan bersama penceramah berlangsung secara aktif.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai konsep kewajipan statutori dan kuasa statutori, undang-undang berkaitan serta meningkatkan kemahiran peserta mendapatkan maklumat tentang kes-kes terkini.

Pengisian kursus merangkumi konsep dan kerangka undang-undang berkaitan kewajipan serta kuasa statutori, isu salah laku dalam jawatan awam di bawah Akta Prosiding Kerajaan 1956 dan ganti rugi akibat pelanggaran tanggungjawab statutori. Peserta turut didedahkan kepada aspek semakan kehakiman, termasuk remedi mandamus, certiorari dan injunksi, proses mahkamah serta trend pengawardaan ganti rugi. Kajian kes dan perbincangan kumpulan turut diadakan bagi memperkukuh pemahaman peserta.

Ceramah sepanjang kursus ini telah disampaikan oleh:
1. Puan Anis Najwa binti Nazari dari Unit Tort dan Kewajipan Statutori, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara
2. Puan Siti Syakimah binti Ibrahim dari Unit Tort dan Kewajipan Statutori, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara
3. Puan Safiyyah binti Omar dari Unit Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara
4. Tuan Hirman bin Ab Raub, Timbalan Pendaftar, Bahagian Kuasa-Kuasa Khas 1, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
5. Yang Arif Nor Hisham bin Ismail, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam.

APN turut merakamkan penghargaan kepada Tuan Mazlan bin Yahya, Pengarah Program Penasihat, Puan Ely Nazihah binti Ahmad Yunus, Penyelaras Kursus, dan Puan Hamizah binti Mat, Urus Setia Kursus, atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan kursus.

Secara keseluruhannya, kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta serta membantu mereka mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam pelaksanaan tugas masing-masing.

Kursus Tafsiran dan Pembacaan StatutAkademi Perundangan Negara (APN) menerusi Program Penasihat telah menganjurkan Kursu...
21/10/2026

Kursus Tafsiran dan Pembacaan Statut

Akademi Perundangan Negara (APN) menerusi Program Penasihat telah menganjurkan Kursus Tafsiran dan Pembacaan Statut pada 6 hingga 8 Oktober 2026 (Selasa-Khamis) secara dalam talian melalui platform Google Meet bersiaran dari Mahkamah Moot Teknologi APN, Bangunan Pengurusan, Akademi Perundangan Negara, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari dari jam pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang ini disertai seramai tiga puluh enam (36) orang peserta yang terdiri daripada pegawai perundangan, pegawai dari Badan Berkanun dan lain-lain jabatan kerajaan.

Antaranya agensi yang terlibat termasuk Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Peguam Negara (AGC), Kementerian Kewangan Malaysia (M*F), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Pejabat Penasihat Undang-Undang lain-lain Kementerian dan Negeri. Penyertaan daripada Badan Berkanun termasuk lah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Objektif Kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pemahaman berkenaan pembacaan dan tafsiran statut dan meningkatkan keupayaan dan kemahiran peserta dalam mentafsir serta memahami operasi perundangan.

Pihak APN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta dan barisan penceramah yang telah memberikan komitmen, sokongan dan kerjasama yang padu dalam menjayakan Kursus ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua agensi yang terlibat atas sumbangan dan penyertaan yang amat bermakna.

Semoga penganjuran Kursus ini memberi manfaat serta dapat memperkukuh kefahaman dan amalan dalam bidang perundangan di Malaysia.

Penghargaan juga diucapkan kepada:
• Tuan Mazlan bin Yahya – Pengarah Program Penasihat;
• Puan Nurhidayah binti Mohtar – Penyelaras Kursus; dan
• Nurul Izzah binti Zainal Abidin – Urus Setia Kursus.

Program Penasihat
Akademi Perundangan Negara
Bandar Baru Bangi
Selangor.

BENGKEL STRATEGI PENGURUSAN STRES DAN KETAHANAN MENTAL: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 DAN KANUN KESEKSAA...
16/10/2026

BENGKEL STRATEGI PENGURUSAN STRES DAN KETAHANAN MENTAL: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 DAN KANUN KESEKSAAN

Akademi Perundangan Negara (APN), melalui Program Pembangunan Kerjaya dan Pentadbiran (PKP), telah menganjurkan Bengkel Strategi Pengurusan Stres dan Ketahanan Mental: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Kanun Keseksaan pada 13 hingga 15 Oktober 2026 secara bersemuka di APN.

Bengkel selama tiga hari ini disertai oleh 23 orang peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan. Penganjuran bengkel bertujuan membantu peserta mengenal pasti tekanan, petanda dan puncanya, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kesan tekanan terhadap fizikal dan emosi serta mengaplikasikan pelbagai pendekatan terapi bagi menangani tekanan secara lebih berkesan.

Sepanjang bengkel, peserta didedahkan kepada pengisian interaktif dan pembelajaran berasaskan pengalaman yang merangkumi The Nature of Stress, Personality Test, Pre-Stress Test, Physical Therapy, Art Therapy, Dance Therapy, Mind Therapy dan Post-Stress Test. Pendekatan ini memberi ruang kepada peserta memahami pengurusan stres melalui penerangan, pengalaman dan penglibatan aktif dalam aktiviti individu dan berkumpulan.

Maklum balas peserta juga amat menggalakkan, dengan skor penilaian yang tinggi, sekali gus mencerminkan penerimaan positif terhadap pengisian dan pelaksanaan bengkel.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Tuan Sabaramnaidu a/l Sathiarivoo selaku penceramah serta Encik Md Aszulhilmy bin Ahmad Nahrawi, Encik Mohd Fairuz bin Abdul Jabar dan Puan Norlaili binti Mohamed Yusuf daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor selaku fasilitator atas perkongsian ilmu, kepakaran dan komitmen.

Penghargaan turut dirakamkan kepada YBrs. Puan Ketua Pengarah APN dan YBrs. Tuan Timbalan Ketua Pengarah APN atas sokongan berterusan terhadap pelaksanaan program pembangunan kompetensi.

Bengkel ini diselaraskan oleh Puan Siti Fariza Edzua binti Jamaludin, Pengarah Program Pembangunan Kerjaya dan Pentadbiran, dengan kerjasama Cik Siti Amirah binti Suhaimi selaku urus setia Bengkel, serta sokongan pasukan teknikal dan pengurusan APN dalam memastikan pelaksanaan bengkel berjalan lancar dan teratur.

Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, positif dan reflektif. Diharapkan ilmu, pengalaman dan pendekatan yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pengurusan diri dan persekitaran kerja, seterusnya menyokong kesejahteraan, profesionalisme dan produktiviti dalam perkhidmatan awam.




KURSUS PEMANTAPAN PENTADBIRAN: TEKNIK PENYEDIAAN GARIS PANDUAN DAN SOP (DALAM TALIAN) Akademi Perundangan Negara (APN), ...
12/10/2026

KURSUS PEMANTAPAN PENTADBIRAN: TEKNIK PENYEDIAAN GARIS PANDUAN DAN SOP (DALAM TALIAN)

Akademi Perundangan Negara (APN), melalui Program Pembangunan Kerjaya dan Pentadbiran (PKP), telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pentadbiran: Teknik Penyediaan Garis Panduan dan SOP yang telah dijalankan dengan jayanya pada 28 hingga 30 September 2026 secara dalam talian.

Kursus ini telah dihadiri seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Peguam Negara (AGC), Mahkamah, Kementerian, Agensi Kerajaan dan tiga Universiti Awam iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM).

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman peserta tentang perbezaan, fungsi dan kepentingan Garis Panduan (GP) dan Tatacara Operasi Standard (SOP), menganalisis keperluan penyediaannya, menghasilkan draf yang jelas dan praktikal serta mengaplikasikan prinsip kawalan, pemantauan, semakan dan penambahbaikan berterusan bagi memastikan GP dan SOP kekal relevan, berkesan serta mematuhi peraturan dan dasar yang berkuat kuasa.

Jutaan terima kasih ditujukan kepada penceramah Encik Mohd Khairul Azmi bin Khairuddin daripada Unit Korporat dan Antarabangsa, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), atas perkongsian ilmu dan kesudian untuk menyampaikan ceramah bagi kursus ini.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas kepada peserta berhubung penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan GP dan SOP yang berkesan. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas harian bagi meningkatkan kecekapan kerja, memperkukuh tadbir urus serta memastikan setiap proses kerja dilaksanakan secara teratur, sistematik dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.

Terima Kasih juga diucapkan kepada Pengarah Program PKP, Puan Siti Fariza Edzua binti Jamaludin atas nasihat dan bimbingan untuk pelaksanaan kursus ini . Kursus ini adalah dibawah penyelarasan Puan Zainab binti Ismail dengan Kerjasama dari Puan Siti Nurul Aishah selaku urus setia kursus.

SEMINAR KESELAMATAN MARITIM: MENANGANI PENCEMARAN LAUT DI MALAYSIA PADA 7 HINGGA 8 OKTOBER 2026 (SECARA DALAM TALIAN)Aka...
12/10/2026

SEMINAR KESELAMATAN MARITIM: MENANGANI PENCEMARAN LAUT DI MALAYSIA PADA 7 HINGGA 8 OKTOBER 2026 (SECARA DALAM TALIAN)

Akademi Perundangan Negara telah melaksanakan Seminar Keselamatan Maritim: Menangani Pencemaran Laut di Malaysia secara dalam talian pada 7 hingga 8 Oktober 2026. Seminar ini telah dihadiri seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Lembaga Pelabuhan Klang, dan agensi penguatkuasaan daripada pelbagai kementerian dan jabatan.

Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai keselamatan pelayaran serta kepentingan memelihara perairan Malaysia. Seminar ini turut memberi pendedahan tentang tumpahan minyak sebagai salah satu punca pencemaran laut, kaedah menangani pencemaran yang berpunca daripada kapal serta pemahaman mengenai prinsip dan peruntukan dalam konvensyen maritim yang berkaitan.

Sesi ceramah telah dikendalikan oleh barisan penceramah yang berpengalaman seperti yang berikut:
(a) Puan Hafizah binti Hamdzah dari Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara;
(b) Tuan Mohd Ardi bin Mat Nawi dari Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia;
(c) Tuan Mohd Tarmizi bin Osman dari Bahagian Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar, Jabatan Laut Malaysia;
(d) Tuan Mohammad Saifullah bin Yusoff dari Bahagian Keselamatan Pelayaran dan Komunikasi Maritim, Jabatan Laut Malaysia;
(e) Tuan Mohd Noor Haidzir bin Mohd Fauzi dari Unit Pengurusan Bencana, Jabatan Laut Malaysia; dan
(f) Tuan Muhammad Hazmi bin Zul dari Seksyen Kontingensi
Tumpahan Minyak, Jabatan Alam Sekitar.

Seminar ini telah dilaksanakan secara langsung melalui platform dalam talian. Sepanjang sesi berlangsung, penceramah telah menggunakan pelbagai kaedah penyampaian termasuk slaid pembentangan dan tayangan video serta sesi soal jawab bagi memastikan penyampaian maklumat yang lebih berkesan. Secara keseluruhannya, Seminar ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan agar seminar ini dapat memperkukuh pengetahuan dan kompetensi peserta dalam bidang keselamatan maritim, di samping menyokong usaha mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang serta pemeliharaan kelestarian ekosistem marin negara.

Sehubungan itu, APN ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penceramah dan peserta yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan Seminar ini. Diharapkan agar kerjasama dan penyertaan yang baik ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

KURSUS SEMAKAN KEHAKIMAN: ISU DAN CABARAN SEMASAAkademi Perundangan Negara (APN) telah menganjurkan Kursus Semakan Kehak...
09/10/2026

KURSUS SEMAKAN KEHAKIMAN: ISU DAN CABARAN SEMASA

Akademi Perundangan Negara (APN) telah menganjurkan Kursus Semakan Kehakiman: Isu dan Cabaran Semasa pada 6 hingga 7 Oktober 2026 secara dalam talian melalui platform Google Meet, yang bersiaran dari Bilik Sindiket 1 (Konti) pada hari pertama dan di Mahkamah Moot Teknologi pada hari kedua di Bangunan Pengurusan, APN.

Walaupun berlangsung secara maya, seramai 48 orang peserta daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan telah menyertai kursus ini, dengan sesi soal jawab dan perbincangan dua hala yang berlangsung secara aktif bersama para penceramah.

Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman kepada peserta mengenai konsep, undang-undang prosedur dan substantif berkaitan semakan kehakiman, di samping mendedahkan peserta kepada perkembangan terbaru kes-kes semakan kehakiman serta implikasinya terhadap sistem perundangan dan pentadbiran negara.

Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai aspek semakan kehakiman, termasuk bidang kuasa, locus standi dan prosedur, alasan-alasan semakan kehakiman serta penyediaan keterangan. Peserta turut diberikan pendedahan berkaitan semakan kehakiman pada peringkat kebenaran dan peringkat substantif. Seiring dengan perkembangan semasa, peserta turut didedahkan kepada trend kehakiman dalam tindakan pentadbiran, kuasa budi bicara, pemeriksaan oleh badan kehakiman serta kawalan kehakiman ke atas perundangan.

Kursus ini telah disampaikan oleh Yang Arif Dato' Azizan bin Md. Arshad, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Puan Nur Idayu binti Amir, Peguam Kanan Persekutuan, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara.

Secara keseluruhannya, para penceramah yang berpengalaman telah memberikan pengisian yang menarik dan bermanfaat, selaras dengan objektif kursus dalam meningkatkan kefahaman serta pengetahuan peserta berkaitan semakan kehakiman dan perkembangan semasa dalam bidang tersebut.

APN ingin merakamkan penghargaan kepada Tuan Khairunnizam bin Muhamad Ideres, Pengarah Program Kehakiman, Puan Ely Nazihah binti Ahmad Yunus, Penyelaras Kursus, dan Puan Nor Fazlina binti Md Radzi, Urus Setia Kursus, atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan kursus ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Diharapkan pengetahuan dan pendedahan yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam melaksanakan tugas masing-masing, khususnya dalam memahami isu-isu berkaitan semakan kehakiman.

Tajuk: Kursus Kuasa Pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan PersekutuanMedium: Secara dalam TalianTarikh: 30 Septem...
09/10/2026

Tajuk: Kursus Kuasa Pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan
Medium: Secara dalam Talian
Tarikh: 30 September 2026 – 1 Oktober 2026

Kursus Kuasa Pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan merupakan kursus berjadual di bawah Program Penasihat dan telah dijalankan dengan jayanya secara dalam talian melalui pautan Google Meet dari 30 September 2026 – 1 Oktober 2026. Kursus ini telah dihadiri seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Peguam Negara (AGC), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Penjara Malaysia, Mahkamah, dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Objektif Kursus ini ialah untuk memberi kefahaman berkenaan Kuasa Pengampunan Diraja di bawah Perlembagaan Persekutuan dan memberi pendedahan berkenaan prosedur Pengampunan Diraja di Malaysia.

Jutaan terima kasih ditujukan untuk barisan penceramah yang terdiri daripada YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Ab Aziz (UIAM), Tuan Rosli bin Payiman (Jabatan Penjara Malaysia), Puan Nor Hafiza binti Kamardin (Unit Lembaga Pengampunan, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara) dan Tuan Mohamad Hanafi bin Basri (Penasihat Undang-Undang, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang).

Di kesempatan ini, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Mazlan bin Yahya, Pengarah Program Penasihat, Puan Siti Nur Farhana binti Nor Azani, Urus Setia Kursus, Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan serta pihak-pihak lain di Akademi Perundangan Negara (APN) yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kursus ini.

Semoga Kursus ini dapat memperkaya ilmu pengetahuan serta meningkatkan kompetensi para peserta agar dapat diaplikasikan secara lebih berkesan dalam pelaksanaan tugas harian.




BENGKEL PENYELARASAN JADUAL LATIHAN PERUNDANGAN DAN PENGURUSAN PROGRAM APN MENGGUNAKAN AI, GOOGLE WORKSPACE DAN PLATFORM...
08/10/2026

BENGKEL PENYELARASAN JADUAL LATIHAN PERUNDANGAN DAN PENGURUSAN PROGRAM APN MENGGUNAKAN AI, GOOGLE WORKSPACE DAN PLATFORM DIGITAL

Akademi Perundangan Negara (APN), melalui Program Pembangunan Kerjaya dan Pentadbiran (PKP), telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Jadual Latihan Perundangan dan Pengurusan Program APN Menggunakan AI, Google Workspace dan Platform Digital pada 1 hingga 2 Oktober 2026 bertempat di Bangi Resort Hotel, Selangor. Bengkel selama dua hari ini merupakan salah satu Kursus Jangka Pendek Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2026 yang telah disertai oleh seramai 41 orang pegawai dan kakitangan APN.

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan kompetensi penjawat awam melalui pelaksanaan kursus jangka pendek yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi agensi dan jabatan di bawah JPM. Penganjurannya bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran warga APN dalam memanfaatkan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan penyelarasan latihan perundangan dan pengurusan program.

Penganjuran bengkel ini turut mencerminkan komitmen pihak pengurusan tertinggi APN, khususnya YBrs. Puan Ketua Pengarah dan YBrs. Tuan Timbalan Ketua Pengarah, dalam menyokong pembangunan kompetensi warga APN serta usaha memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan teknologi dan pendekatan kerja yang lebih inovatif.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah mengikuti sesi pembelajaran interaktif dan latihan amali mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), Google Workspace dan platform digital sebagai alat sokongan dalam pelaksanaan tugasan harian. Antara aspek yang diberikan penekanan termasuk penyelarasan jadual kursus tahunan secara bersepadu bagi mengelakkan pertindihan tarikh, pengagihan tugas penyelaras dan urus setia secara lebih sistematik, penyediaan perancangan awal kursus serta pengurusan komunikasi, hebahan dan promosi program latihan.

Bengkel ini turut memberi tumpuan kepada penggunaan AI dan Google Workspace bagi membantu penyediaan dan penyelarasan data, jadual, dokumen, draf e-mel, bahan hebahan serta pemantauan tindakan. Penggunaan teknologi tersebut berperanan sebagai pelengkap kepada proses kerja sedia ada, manakala ICMAS kekal sebagai sistem rasmi APN bagi pengurusan rekod dan hebahan kursus.

Melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal dan perbincangan berkumpulan, peserta berpeluang meneroka kaedah kerja yang lebih terancang, cekap dan sistematik. Bengkel ini juga menyediakan ruang kepada pegawai dan kakitangan APN untuk berkongsi pandangan, mengenal pasti cabaran dalam penyelarasan program serta meneroka penyelesaian digital yang bersesuaian dengan keperluan organisasi.

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya dilaksanakan dengan pengisian yang relevan dan berorientasikan aplikasi praktikal. Penganjurannya diharapkan dapat meningkatkan keupayaan warga APN untuk memanfaatkan teknologi AI dan platform digital secara berkesan, beretika dan selamat, di samping memperkukuh penyelarasan, kerjasama antara program dan kecekapan pengurusan latihan perundangan di APN.

APN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Puan Ketua Pengarah dan YBrs. Tuan Timbalan Ketua Pengarah atas sokongan terhadap penganjuran bengkel ini, serta kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang bengkel berlangsung.

Penganjuran bengkel ini telah diterajui dan diselaraskan oleh Puan Siti Fariza Edzua binti Jamaludin, Pengarah Program Pembangunan Kerjaya dan Pentadbiran (PKP), dengan kerjasama erat serta komitmen berpasukan daripada pegawai dan kakitangan Program PKP, khususnya Puan Zainab binti Ismail selaku urus setia.





Address

Lot 5, Persiaran Universiti, Seksyen 15
Bandar Baru Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389243400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Perundangan Negara - APN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Akademi Perundangan Negara - APN:

Shortcuts

Share