Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Website

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi Laman Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP)

04/10/2026

HIGHLIGHT || 03 OKTOBER 2026 (Sabtu)
Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap Rokok (BeBAs) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026🚭
πŸ“ R&R Hentian Barat, Muadzam Shah, Rompin, Persatuan Sukarelawan Kesihatan Komuniti MyChampion Negeri Pahang

Makan dengan selamat, bernafas dengan bersih.

04/10/2026

Video dari PKD Bera

SAMBUTAN WORLD HAND HYGIENE DAY 2026 PROGRAM KESIHATAN AWAM PERINGKAT ZON TIMURKOTA BHARU, 4 Oktober 2026 – Sambutan Wor...
04/10/2026

SAMBUTAN WORLD HAND HYGIENE DAY 2026 PROGRAM KESIHATAN AWAM PERINGKAT ZON TIMUR

KOTA BHARU, 4 Oktober 2026 – Sambutan World Hand Hygiene Day 2026 Program Kesihatan Awam Peringkat Zon Timur telah berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis sambutan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Norsiah binti Ali, Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada wakil Negeri Pahang atas pencapaian membanggakan dalam pertandingan yang telah diadakan:

πŸ† Pertandingan Video TikTok
Tempat Ketiga Bersama
β€’ Pejabat Kesihatan Daerah Bera
β€’ Pejabat Kesihatan Daerah Lipis

πŸ† Pertandingan Booth
Naib Johan
β€’ Pejabat Kesihatan Daerah Raub

Tempat Ketiga
β€’ Pejabat Kesihatan Daerah Rompin

Turut hadir memberikan sokongan kepada kontinjen Negeri Pahang ialah YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan bin Haji Sharif, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang dan Dr. Mohd Rahim bin Sulong, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), bersama-sama kontinjen daripada Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh Negeri Pahang.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen, kreativiti dan semangat berpasukan warga kesihatan Negeri Pahang dalam memperkukuh amalan kebersihan tangan serta membudayakan pencegahan dan kawalan jangkitan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!






Jabatan Kesihatan Negeri Pahang berbangga dengan kejayaan En Mohd Zaidey bin Mohd Noor, Pegawai Pemulihan Perubatan Fisi...
04/10/2026

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang berbangga dengan kejayaan En Mohd Zaidey bin Mohd Noor, Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi Klinik Kesihatan Indera Mahkota, Kuantan kerana telah berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori 10 peserta terpantas mencapai 200 ribu langkah sempena Allied Health Run 2026.

Tahniah!!!πŸ†πŸ’œπŸ’

🍽️ Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap Rokok (BeBAs) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026πŸš­πŸ“ R&R Hentian Barat, Mua...
03/10/2026

🍽️ Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap Rokok (BeBAs) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026🚭

πŸ“ R&R Hentian Barat, Muadzam Shah, Rompin, Pahang
πŸ“… 3 Oktober 2026 (Sabtu)

Makan dengan selamat, bernafas dengan bersih. 🍽️🚭

Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap Rokok (BeBAs) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026 telah berlangsung di R&R Hentian Barat, Muadzam Shah, Rompin dan disempurnakan oleh YB Dato’ Ir. Razali bin Kassim, DIMP., Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.

Turut hadir Yang Berusaha Dr. Mohd Rahim bin Sulong, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang (Kesihatan Awam), yang mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Pahang; Yang Berusaha Encik Mahindera bin Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang (Keselamatan dan Kualiti Makanan); serta Yang Berusaha Tuan Haji Amran bin Mohamad Sadali, Ketua Cawangan Majlis Daerah Rompin, yang mewakili Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin.

Antara pengisian program ialah walkabout dan advokasi bersama pengusaha premis makanan, penyempurnaan tandatangan papan tanda BeBAs, tampalan pelekat saluran aduan merokok di kawasan larangan serta advokasi berhenti merokok.

Sebanyak 7 premis makanan turut menerima Sijil Pengiktirafan Premis Bersih dan Selamat (BeSS). Tahniah dan syabas! πŸŽ‰

Sesi Town Hall dan Libat Urus turut diadakan sebagai platform dua hala untuk mendengar pandangan, cadangan, cabaran dan keperluan pengusaha serta komuniti. Antara maklum balas yang diterima ialah cadangan agar permohonan BeSS turut boleh dibuat secara manual, selain melalui sistem FoSIM.

Sebagai tindakan susulan, JKN Pahang mencadangkan untuk diadakan Hari Bersama Pelanggan bagi membantu pengusaha membuat permohonan BeSS.

Memastikan premis makanan sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada asap rokok bukan sekadar tanggungjawab ketika pemeriksaan atau program berlangsung. Ia perlu menjadi amalan dan budaya setiap hari.

πŸ‘¨β€πŸ³ Pengusaha – jadikan kebersihan, keselamatan makanan dan pematuhan larangan merokok sebagai sebahagian daripada pengurusan harian premis.

πŸ‘₯ Pelanggan – bersama-sama memainkan peranan dengan memilih premis yang bersih, selamat dan bebas asap rokok. Jika terdapat ketidakpatuhan, laporkan melalui portal JomLapor atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

🌱 Premis yang bersih dan bebas asap rokok bukan sahaja melindungi kesihatan, malah mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan selamat untuk semua.

Bersih. Selamat. Bebas Asap Rokok. Demi Kesihatan Bersama. πŸ’š

Bagi yang ingin berhenti merokok, bantuan percuma disediakan melalui Klinik Berhenti Merokok di klinik kesihatan KKM.

Kesihatan awam ialah tanggungjawab bersama. JKN Pahang merakamkan penghargaan kepada semua jabatan, agensi, Majlis Daerah Rompin, rakan strategik, pengusaha premis makanan dan komuniti yang bersama-sama menjayakan usaha ini.

🌿 Makan dengan selamat, bernafas dengan bersih.

TAHNIAH & PENGHARGAAN MTAQ KKM 2026Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Suhaili binti Mohd dari Hospital Jerantut at...
03/10/2026

TAHNIAH & PENGHARGAAN MTAQ KKM 2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Suhaili binti Mohd dari Hospital Jerantut atas kejayaan meraih Tempat Ketiga Qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (MTAQ KKM) Kali Ke-35, 1448H/2026M.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan diri dan keluarga, malah turut mengharumkan nama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang di persada MTAQ KKM 2026.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah dengan penuh istiqamah dan kecemerlangan dalam mengangkat syiar Al-Quran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dititipkan kepada seluruh ahli jawatankuasa, rakan strategik, penaja serta petugas kesihatan yang telah mencurahkan tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan MTAQ KKM Kali Ke-35.

Sesungguhnya, di sebalik sebuah kejayaan, ada sebuah pasukan yang bekerja bersama, saling menyokong dan melengkapi antara satu sama lain. Setiap sumbangan, sekecil mana pun, menjadi sebahagian daripada cerita indah MTAQ KKM 2026 di bumi Pahang.

Tahniah kepada semua pemenang Qari dan Qariah, serta seluruh kontinjen yang telah memberikan yang terbaik.

Semoga Kalam Ilahi terus disemarakkan, tradisi terus diwarisi dan ukhuwah yang terjalin terus mekar dalam keberkatan.

Pergi ke taman memetik melati,
Harum mewangi di pagi hari;
Terima kasih setulus hati,
Jasa dan bakti kekal di hati.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.Rancangan Doktor Di Radio Pahang FM akan ke udara seperti biasa pada 06 Oktober ...
02/10/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Rancangan Doktor Di Radio Pahang FM akan ke udara seperti biasa pada 06 Oktober 2026 (Selasa) jam 10.15 pagi hingga 11 pagi.

Jom jom jom dengarkan Pahang FM dan dapatkan ilmu serta tips melalui topik : Komuniti Minda Sihat Sejahtera

Bersama tetamu:
Cik Nabilah binti Nyan KB;PA
Pegawai Psikologi (Kaunseling),
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit ,
Bahagian Kesihatan Awam,
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Di saluran PAHANGfm:
Kuantan : 104.1MHz
Gambang: 95.5 MHz
Jerantut : 92.7 MHz
Pahang Barat: 107.5 MHz
Rompin: 91.9 MHz
C. Highlands: 100.3 MHz
Maran: 92.0 MHz

Atau secara atas talian





KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESIHATAN NEGERI PAHANG KE SENA SPECIALIST BENTONG2 Oktober 2026 (Jumaat)"Memperkasa penyampai...
02/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESIHATAN NEGERI PAHANG KE SENA SPECIALIST BENTONG

2 Oktober 2026 (Jumaat)

"Memperkasa penyampaian perkhidmatan kesihatan, demi kesejahteraan rakyat"

YBrs. Dr Saiful Azlan bin Haji Sharif, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang telah mengadakan kunjungan hormat ke Sena Specialist Bentong bagi meninjau dengan lebih dekat penyampaian perkhidmatan kesihatan serta keadaan persekitaran fasiliti.

Kunjungan ini bukan sekadar melihat fasiliti, tetapi menjadi wadah untuk mendengar, menilai dan mengenal pasti ruang penambahbaikan agar perkhidmatan kesihatan sentiasa berada pada tahap yang optimum, berkualiti dan berkesan.

Turut hadir bersama Timbalan Kesihatan Negeri Pahang, Pengarah Hospital Bentong serta pegawai-pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Bentong yang sentiasa komited memperkukuh kerjasama dan memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan terus dipertingkatkan.

Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dan pengukuhan kualiti perkhidmatan kesihatan, selari dengan aspirasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Pahang.





LAWATAN FASILITI KESIHATAN BERSAMA PENGARAH KESIHATAN NEGERI PAHANG"Pemantauan secara berterusan di setiap fasiliti kesi...
01/10/2026

LAWATAN FASILITI KESIHATAN BERSAMA PENGARAH KESIHATAN NEGERI PAHANG

"Pemantauan secara berterusan di setiap fasiliti kesihatan penting bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan sentiasa berkualiti, selamat dan memenuhi keperluan masyarakat."

1 Oktober 2026 | Khamis

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang meneruskan lawatan ke Klinik Desa Janda Baik dan Hospital Bentong bagi meninjau dengan lebih dekat keadaan fasiliti, perkhidmatan serta operasi yang dilaksanakan.

Lawatan ini turut menjadi platform untuk mendapatkan gambaran secara langsung mengenai keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh warga kerja di fasiliti, di samping memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat terus diperkukuhkan.

Komitmen dan kerjasama seluruh warga kerja menjadi asas penting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dapat terus diberikan kepada masyarakat.




Address

Jalan IM4
Bandar Indera Mahkota
25582

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share