MINDA UKM

Call Website Contact the organization

MINDA UKM MINDA-UKM berfungsi selaku institut pemikir dan penggerak polisi awam di Malaysia.

17 SEPT - Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM) sekali lagi bertandang ke Johor bagi memimpin ...
17/09/2026

17 SEPT - Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM) sekali lagi bertandang ke Johor bagi memimpin Sesi Focus Group Discussion (FGD) Penyediaan Laporan Ekonomi Negeri Johor 2025/2026 di Iskandar Puteri. Delegasi MINDA-UKM diketuai oleh Timbalan Pengarah, YBrs. Dr. Anuar Ahmad. Sesi kolaborasi strategik bersama Kerajaan Negeri Johor melalui BPEN Johor ini merangkumi perbincangan tiga sektor utama: Sektor Perkhidmatan Awam, Sektor Pemimpin Masyarakat dan Tempatan, serta Sektor Pembangunan Modal Insan dan Generasi Muda Belia.

Sesi libat urus ini menjadi platform penting dalam mengumpul input akar umbi, merangka cadangan penyelesaian, serta menambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan dan pengupayaan belia. Usaha berterusan ini memfokuskan sokongan penuh kepada enam Teras Strategik Maju Johor 2030 demi memacu kesejahteraan sosioekonomi Bangsa Johor yang lebih inklusif dan berdaya saing.

Selamat menyambut Hari Malaysia 2026 ! Hari Malaysia adalah momentum strategik untuk kita menyatukan kebersamaan, memper...
15/09/2026

Selamat menyambut Hari Malaysia 2026 !

Hari Malaysia adalah momentum strategik untuk kita menyatukan kebersamaan, memperkukuh inklusiviti serta melangkah sejalan demi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI. Ayuh kita memperkukuh langkah, bergerak seiring untuk bersama membangunkan negara demi kemajuan serta kesejahteraan hakiki seluruh rakyat.

Meskipun keputusan Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025 merekodkan lonjakan dalam pencapaian Sains dan Bacaan, p...
12/09/2026

Meskipun keputusan Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025 merekodkan lonjakan dalam pencapaian Sains dan Bacaan, penurunan kecekapan Matematik secara berterusan memberi isyarat bahawa sistem pendidikan negara kini berada di ambang krisis serius yang memerlukan perhatian mendesak. Adakah pencapaian Matematik pelajar Malaysia bakal terus merudum ke tahap terendah menjelang 2035 jika tiada intervensi drastik dilakukan? Kelemahan yang berlarutan ini berisiko melumpuhkan daya saing negara, sekali gus merencatkan pembangunan bakat kaliber tinggi dan penawaran tenaga kerja mahir dalam sektor teknologi serta industri masa depan.

Jom bersama dalam siaran langsung Dialog MINDA bertajuk "PISA 2025: Mengapa Pencapaian Matematik Semakin Merudum?", di mana Dr. Mohamad Nazri Abdul Halif dari Jabatan Sains Matematik, Fakulti Komputeran Cerdas (FKC) UniMAP bersama Perunding Pendidikan dan Naib Presiden Rakan Elit Murid Intelek Terengganu (REMiT) Tn. Amirul Faiz bakal mengupas realiti data unjuran trend tersebut seterusnya mendepani tindakan strategik yang perlu diambil oleh perangka dasar, sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Diskusi eksklusif ini akan dikendalikan oleh Timbalan Pengarah MINDA-UKM, Dr. Anuar Ahmad secara siaran langsung di Facebook MINDA UKM pada 14 September 2026, jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.

10/09/2026

Usaha memartabatkan ekonomi Bumiputera tidak lagi boleh terperangkap dengan sasaran angka pemilikan kuota semata-mata, sebaliknya menuntut lonjakan keupayaan tulen yang berstruktur menerusi kerangka 3P: Penyertaan berteraskan ilmu dan kemahiran tinggi, Pemilikan menerusi keusahawanan perniagaan dan Penguasaan yang mendominasi rantaian nilai sektor ekonomi secara mendalam. Tanpa pelaksanaan 3P secara holistik, kejayaan yang dibina sekadar bersifat sementara dan terus bergantung kepada bantuan luar.

09/09/2026

Sampai bila kita mahu membiarkan pemerkasaan Bumiputera sekadar menjadi retorik yang hangat apabila ada konvensyen, tetapi sunyi tanpa pemantauan dan pelaksanaan sebenar? Hakikatnya, ikhtiar ini bukan lagi soal kuota atau tahap pendidikan asas, sebaliknya menuntut penguasaan tuntas dalam sektor bernilai tinggi seperti AI, teknologi hijau dan ekonomi baharu kerana tanpa tindakan berterusan dan data yang tepat, kita hanya akan terus membincangkan masalah yang sama tanpa pernah menggenggam kemajuan.

9 SEPT - Pendidikan prasekolah merupakan komponen kritikal dalam pembangunan asas modal insan dan persediaan psikososial...
09/09/2026

9 SEPT - Pendidikan prasekolah merupakan komponen kritikal dalam pembangunan asas modal insan dan persediaan psikososial kanak-kanak sebelum melangkah ke alam persekolahan formal. Ketiadaan akses yang saksama kepada pendidikan awal berkualiti, terutamanya di kawasan luar bandar, berisiko mewujudkan jurang pembelajaran yang ketara sejak peringkat awal umur persekolahan. Jurang ini berpunca daripada ketidaksaksamaan pilihan prasekolah antara kawasan bandar dan luar bandar.

Seperti yang ditegaskan oleh Pakar Pendidikan MINDA UKM, Dr. Anuar Ahmad "Peluang mendapatkan pendidikan prasekolah masih tidak mencukupi di sesetengah kawasan luar bandar berbanding kawasan bandar yang mempunyai lebih banyak pilihan prasekolah swasta."

Situasi ini diburukkan lagi oleh persepsi sesetengah ibu bapa di luar bandar yang masih menganggap prasekolah sekadar tempat penjagaan kanak-kanak sementara. Menolak tanggapan tersebut, Dr Anuar menjelaskan bahawa prasekolah merupakan platform persediaan asas sebelum melangkah ke sekolah rendah.

"Prasekolah itu adalah persediaan, persiapan dia sebelum masuk ke sekolah yang sebenar, sebelum sekolah rendah. Anak-anak yang ke prasekolah biasanya bila masuk ke sekolah, mereka lebih bersedia secara psikologinya, secara interaksi, komunikasi."

Ketiadaan persediaan awal ini berisiko menyebabkan kanak-kanak berdepan kesukaran menyesuaikan diri serta sedikit ketinggalan pada peringkat awal Tahun Satu.

Sehubungan itu, kerajaan disaran memperbanyakkan kemudahan prasekolah di kawasan luar bandar bagi memastikan kanak-kanak, khususnya daripada keluarga Bumiputera, mendapat persediaan pendidikan awal yang mencukupi.

Dr Anuar mengesyorkan agar kapasiti prasekolah diperluaskan menerusi kerjasama pelbagai agensi awam seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Beliau berkata, "Sepatutnya lebih banyak prasekolah dibuka di kawasan luar bandar sebab kalau di kawasan bandar ini ada prasekolah swasta, tetapi di luar bandar macam ini tidak ada. Kita mengharapkan kerajaan dapat buka lebih banyak prasekolah-prasekolah di luar bandar supaya anak-anak di luar bandar ini dapat peluang belajar di prasekolah sebelum mereka masuk ke Tahun Satu."

Langkah peningkatan akses kepada prasekolah di kawasan luar bandar perlu dijadikan antara keutamaan strategik dalam usaha memperkukuh pendidikan Bumiputera secara menyeluruh.

Pelaburan awal pada fasa perkembangan umur kanak-kanak ini memberikan kadar p**angan sosioekonomi jangka panjang yang tinggi melalui pembentukan keyakinan, komunikasi, dan kecerdasan emosi. Penyediaan fasiliti prasekolah yang terancang bukan sahaja merapatkan jurang ekuiti sosial, malahan memastikan anak-anak Bumiputera di luar bandar dapat melangkah ke Tahun Satu atas landasan persekolahan yang saksama dan kukuh.

8 SEPT - Dapatan terbaharu Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025 yang diumumkan oleh Kementerian Pendidik...
08/09/2026

8 SEPT - Dapatan terbaharu Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025 yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini memberikan kita gambaran realistik mengenai kedudukan sistem pendidikan negara. Secara keseluruhannya, Malaysia mencatatkan perkembangan positif apabila dua daripada tiga domain utama iaitu Sains dan Bacaan merekodkan peningkatan skor berbanding penilaian tahun 2022.

Pencapaian Sains meningkat kepada 419 mata (naik 3 mata) manakala domain Bacaan melonjak kepada 393 mata (naik 5 mata). Pertumbuhan skor Bacaan ini amat membanggakan kerana ia dicapai ketika purata prestasi negara-negara Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) secara umumnya menunjukkan trend penurunan. Ini membuktikan resiliensi dan keupayaan murid tempatan dalam menguasai literasi asas makin kukuh.

Lebih menarik, Malaysia turut mencatatkan keputusan cemerlang dengan 484 mata dalam penilaian Penyelesaian Masalah Komputasional (Computational Problem Solving) yang dijalankan buat julung kalinya. Pencapaian ini meletakkan Malaysia dalam kalangan enam negara yang prestasinya melebihi jangkaan awal. Ini membuktikan anak-anak kita mempunyai potensi tinggi dalam kemahiran berfikir secara kritis, memecahkan masalah rumit, dan beradaptasi dengan teknologi digital.

Namun begitu, di sebalik khabar gembira ini, penurunan skor Matematik sebanyak 11 mata kepada 397 mata memberikan isyarat yang tidak boleh dipandang remeh. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan isu ini perlu ditangani secara serius dan bukan dengan sikap defensif. Langkah intervensi menerusi Rancangan Transformasi Pendidikan Matematik Malaysia (RTPMM) kini memberi penekanan khusus kepada pemahaman konsep dan penaakulan, bukan sekadar perlumbaan mencari jawapan.

Dapatan PISA 2025 turut mendedahkan cabaran baharu berkaitan aspek kesejahteraan murid. Kadar kes buli siber di kalangan murid tempatan dilaporkan melebihi purata antarabangsa, di mana kajian membuktikan wujud korelasi negatif yang kuat antara trauma buli siber dengan penurunan hasil pembelajaran. Keselamatan digital kini menjadi agenda penting yang memberi impak langsung kepada prestasi akademik.

Selain itu, laporan PISA 2025 turut menunjukkan penurunan trend perbincangan dan penglibatan ibu bapa mengenai persekolahan anak-anak di rumah. Hanya 51 peratus ibu bapa kerap berbincang mengenai aktiviti sekolah (berbanding 57 peratus pada 2022). Pendidikan anak-anak tidak boleh diletakkan di atas bahu pihak sekolah semata-mata; keperhatinan mudah seperti bertanyakan khabar persekolahan saban hari sebenarnya memberi impak emosi yang besar kepada motivasi belajar mereka.

Keputusan PISA 2025 bukanlah pengakhiran, sebaliknya kompas untuk kita terus memperkemas sistem pendidikan negara. Sinergi padu antara KPM, warga pendidik, serta kesedaran ibu bapa di rumah amat diperlukan dalam menjayakan Kurikulum Persekolahan 2027 kelak demi melahirkan generasi baharu yang bukan sahaja bijak akademik, malah kental sahsiahnya.

08/09/2026

Adakah kita sedang bersedia berhadapan krisis daya saing negara apabila enrolmen pelajar dalam aliran sains tulen merosot mendalam daripada 30% pada tahun 2010 kepada hanya 15.2% kini, disusuli kemerosotan skor PISA yang lebih teruk berbanding negara rantau ASEAN? Kejatuhan ketara minat serta penguasaan subjek teras seperti Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar sekolah, khususnya generasi muda Bumiputera bukan sekadar isu akademik tempatan, malah pemicu ancaman krisis tenaga pakar serta masa depan ekonomi berasaskan teknologi negara sekiranya intervensi strategik tidak dilaksana serta-merta.

08/09/2026

Mengapa isu keciciran pendidikan dalam kalangan anak-anak Bumiputera masih berterusan? Hakikatnya krisis ini bermula seawal usia kelahiran menerusi aspek pemakanan, di mana peningkatan masalah bantut serta kemiskinan tegar sejak 24 tahun lalu bukan sahaja menjejaskan tumbesaran fizikal, malah menjadi punca utama anak-anak kerap sakit, hilang fokus di bilik darjah dan akhirnya tercicir daripada sistem persekolahan. - Dr. Anuar Ahmad

8 SEPT - Sistem pendidikan negara kini dinilai gagal berfungsi sebagai wadah penyeimbang sosial. Sebaliknya, ia bertukar...
08/09/2026

8 SEPT - Sistem pendidikan negara kini dinilai gagal berfungsi sebagai wadah penyeimbang sosial. Sebaliknya, ia bertukar menjadi jurang pemisah yang membesarkan lagi ketidaksamarataan sosioekonomi antara golongan berada dengan keluarga berpendapatan rendah.

Pakar ekonomi merangkap Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Muhammad Abdul Khalid, menyifatkan peruntukan berpuluh bilion ringgit untuk sektor pendidikan masih belum memberikan impak setimpal kepada anak-anak daripada golongan B40.

Menurut beliau, kepincangan tersebut bermula sejak peringkat awal lagi apabila 42 peratus kanak-kanak berusia 11 tahun berdepan krisis kemiskinan pembelajaran (learning poverty). Masalah ini kemudiannya terus terserlah dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek-subjek teras.

"Dari segi keputusan SPM, seorang daripada setiap lima calon gagal dalam subjek Matematik. Jika digabungkan gred D, E, dan F, jumlahnya menjangkau 50 peratus. Subjek Bahasa Inggeris p**a mencatatkan kadar 40 peratus, manakala Sains melibatkan satu daripada tiga pelajar."

Beliau menegaskan bahawa Matematik sepatutnya menjadi subjek yang paling saksama tanpa mengira latar belakang sosial. Hakikatnya, anak-anak miskin terus ketinggalan berbanding pelajar daripada keluarga T20 yang berjaya mengatasi purata global dalam penilaian peringkat antarabangsa.

Tambah Muhammad, keciciran akademik anak-anak miskin tidak boleh diletakkan di bahu guru semata-mata. Sebaliknya, ia berakar daripada kegagalan ekonomi serta krisis malnutrisi seawal sebelum usia enam tahun.

Kajian menunjukkan satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah tumbesaran bantut (stunting) akibat kemerosotan kuasa beli bagi mendapatkan makanan bernutrisi. Situasi ini memburuk apabila kadar pertumbuhan gaji yang sekadar meningkat tujuh peratus jauh terbelakang berbanding lonjakan harga makanan yang melambung sehingga 17 peratus antara tahun 2019 hingga 2025. Justeru, beliau menggesa kerajaan melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Sejagat kepada semua murid sekolah rendah tanpa mengehadkannya kepada status miskin tegar semata-mata yang kini hanya merangkumi 0.1 peratus isi rumah.

Address

Institut Pembangunan Dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Bangunan Makmal Penyelidikan Bahasa, Media Dan STEM
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60380942001

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MINDA UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MINDA UKM:

Shortcuts

Share