Polis Daerah Batu Gajah

Call

Polis Daerah Batu Gajah Batu Gajah, Perak merupakan sebuah bandar di Negeri Perak.

Bandar Batu Gajah terletak berhampiran dengan bandaraya Ipoh, Tanjung Tualang, Tronoh, Keledang, Simpang Pulai dan lain-lain. BALAI DI DALAM DAERAH BATU GAJAH

-BALAI POLIS BATU GAJAH
-BALAI POLIS PUSING
-BALAI POLIS TANJUNG TUALANG
-BALAI POLIS TRONOH
https://www.facebook.com/Balai-Polis-Tronoh-1091651187675788

PERHIMPUNAN BULANAN IPD BATU GAJAH OKTOBER 2026Batu Gajah, 22 Oktober 2026 (Khamis) - IPD Batu Gajah telah mengadakan Pe...
22/10/2026

PERHIMPUNAN BULANAN IPD BATU GAJAH OKTOBER 2026

Batu Gajah, 22 Oktober 2026 (Khamis) - IPD Batu Gajah telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2026 bertempat di Dataran Situasi IPD Batu Gajah.

Perhimpunan telah dihadiri oleh YDH ACP Md Noor Aehawan bin Mohammad, Ketua Polis Daerah Batu Gajah dan Ketua-Ketua Bahagian serta warga IPD Batu Gajah.

Antara pengisian perhimpunan ialah nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru, bacaan doa, lafaz Ikrar Rukun Negara dan Taat Setia, penyampaian Surat Penghargaan serta ucapan dan amanat YDH KPD Batu Gajah.

Perhimpunan berlangsung dalam suasana lancar dan teratur, selaras dengan usaha memperkukuh disiplin dan komitmen warga PDRM dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat.

MAJLIS PELUNCURAN SANTUNI MADANI – PROGRAM SATU PEMIMPIN, SATU KAMPUNGBatu Gajah, 18 Oktober 2026 (Ahad) – Majlis Pelunc...
18/10/2026

MAJLIS PELUNCURAN SANTUNI MADANI – PROGRAM SATU PEMIMPIN, SATU KAMPUNG

Batu Gajah, 18 Oktober 2026 (Ahad) – Majlis Peluncuran Santuni MADANI Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menerusi Program Satu Pemimpin, Satu Kampung telah berlangsung di Dewan JKKK SMTD, RPT Batu 6, Batu Gajah, Perak.

Majlis dihadiri oleh YBhg. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN, YB Tuan Mohd Azlan Helmi bin Helmi, ADUN Tualang Sekah, YBrs. Tuan Haji Mohd Nizam bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak serta wakil agensi kerajaan dan komuniti setempat.

IPD Batu Gajah turut diwakili oleh Insp. Mukhlis bin Abdullah, wakil Ketua Polis Daerah Batu Gajah dan Insp. Lukman bin Ismail, Ketua Polis Balai Batu Gajah.

Antara pengisian program ialah penyampaian surat penghargaan kepada agensi kerajaan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program, selain lawatan ke lokasi pemasangan lima unit lampu solar serta papan tanda Kampung Batu 6 yang disumbangkan oleh pihak JBSN.

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan, pemimpin dan komuniti setempat, di samping menyokong usaha meningkatkan kemudahan serta kesejahteraan penduduk kampung.

MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASIN PERDANA PERINGKAT IPD BATU GAJAHBatu Gajah, 15 Oktober 2026 (Khamis) – IPD Batu Gajah tel...
15/10/2026

MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASIN PERDANA PERINGKAT IPD BATU GAJAH

Batu Gajah, 15 Oktober 2026 (Khamis) – IPD Batu Gajah telah mengadakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin Perdana Peringkat IPD Batu Gajah bertempat di Surau Al-Mukhlisin, IPD Batu Gajah yang dihadiri oleh YDH ACP Md Noor Aehawan bin Mohammad, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Tuan Timbalan Ketua Polis Daerah, Pengerusi PERKEP, Ketua-Ketua Bahagian bersama pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta warga IPD Batu Gajah.

Majlis ini diadakan bagi menyemarakkan penghayatan agama, mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga IPD Batu Gajah. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

PENGANUGERAHAN PINGAT PANGLIMA SETIA PASUKAN POLIS (PSPP)Seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah merakam...
09/10/2026

PENGANUGERAHAN PINGAT PANGLIMA SETIA PASUKAN POLIS (PSPP)

Seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YDH ACP Md Noor Aehawan bin Mohammad, Ketua Polis Daerah IPD Batu Gajah atas penganugerahan Pingat Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), pada 8 Oktober 2026 di Istana Negara.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kepimpinan cemerlang, dedikasi serta komitmen berterusan YDH Tuan dalam memacu kecemerlangan PDRM, khususnya di daerah Batu Gajah.

Seluruh warga IPD Batu Gajah amat berbangga berada di bawah kepimpinan YDH Tuan yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat, di samping memperkukuhkan integriti warga pasukan.

Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pasukan untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, semangat dan iltizam. Semoga YDH Tuan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan kejayaan dalam meneruskan tanggungjawab sebagai tonggak kepimpinan IPD Batu Gajah serta terus melakar kecemerlangan dalam perkhidmatan kepada negara.

Tahniah dan syabas, YDH Tuan! 🎖️👏

Address

Batu Gajah

Telephone

+6053629222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Batu Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share