02/10/2026
𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗟𝗨 𝗟𝗜𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗟𝗘 𝗧𝗢𝗨𝗥 𝗗𝗘 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗪𝗜 𝗦𝗧𝗔𝗚𝗘 𝟳 (𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔–𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧)
, 2 Oktober 2026 – YDH ACP Shahrulanuar Mushaddat bin Abdullah Sani, Ketua Polis Daerah Batu Pahat telah menghadiri Taklimat Kawalan Keselamatan dan Lalu Lintas sempena Le Tour de Langkawi (LTDL) 2026 Stage 7 (Melaka–Batu Pahat) di Padang Kawad, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.
Taklimat ini diadakan bagi menyelaras penugasan serta memperkemas persiapan dari aspek keselamatan, kawalan lalu lintas dan kelancaran perjalanan perlumbaan, khususnya di sepanjang laluan yang melibatkan daerah Batu Pahat.
Taklimat penyelarasan penugasan telah disampaikan oleh DSP Shaizal bin Md Som, Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Daerah Batu Pahat serta ASP Mohd Yunus bin Hazmi, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Batu Pahat.
Dalam amanatnya, YDH Ketua Polis Daerah Batu Pahat menekankan kepentingan disiplin, kesiapsiagaan, kerjasama berpasukan serta pematuhan terhadap arahan dalam kalangan pegawai dan anggota yang terlibat.
Semua petugas turut diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan pelumba, petugas perlumbaan dan pengguna jalan raya di samping melaksanakan penugasan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab bagi memastikan perjalanan perlumbaan berlangsung dengan lancar serta selamat.
Turut hadir, YDH SUPT Chew Chee Lee, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta anggota penguat kuasa daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) dan RELA yang terlibat dalam penugasan kawalan keselamatan dan lalu lintas sempena Op LTDL 2026.