MPKK Batu Uban

  • Home
  • MPKK Batu Uban
Call

MPKK Batu Uban Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Batu Uban

ALHAMDULILLAH, DUA PROGRAM BERLANGSUNG MERIAH DI DUN BATU UBAN! 🌱🛒Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dua pro...
17/10/2026

ALHAMDULILLAH, DUA PROGRAM BERLANGSUNG MERIAH DI DUN BATU UBAN! 🌱🛒

Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dua program bermanfaat untuk komuniti Batu Uban, iaitu Bengkel Asas Pertanian Bandar dan Program Jualan Rahmah DUN Batu Uban.

🌱 BENGKEL ASAS PERTANIAN BANDAR

Bengkel Asas Pertanian Bandar anjuran MPKK Batu Uban dengan kerjasama Tuan Manimaran Samba Sivam, Ahli Majlis MBPP serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP telah mendapat penyertaan penduduk Batu Uban yang bersemangat untuk menimba ilmu serta meneroka potensi pertanian bandar di kawasan dan kelompok komuniti masing-masing.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Kumaresan Aramugam, ADUN Batu Uban, yang menekankan kepentingan membangunkan ekosistem pertanian dalam komuniti. Tambah YB, usaha ini bukan sahaja boleh dilaksanakan secara berskala besar, malah boleh dimulakan dari rumah sendiri melalui penanaman sayur-sayuran dan tanaman makanan bagi kegunaan harian.

Pertanian bandar mampu menggalakkan gaya hidup lestari, memanfaatkan ruang terhad, mengurangkan kos perbelanjaan isi rumah serta memupuk semangat kerjasama dan berdikari dalam kalangan masyarakat.

Bengkel pada pagi ini dikendalikan oleh Cik Amrina, perunding MBPP daripada Havva Agrotech Sdn. Bhd., yang berkongsi ilmu dan panduan asas kepada para peserta.

🛒 JUALAN RAHMAH DUN BATU UBAN

Pada sebelah petang p**a, telah berlangsung Program Jualan Rahmah DUN Batu Uban dengan kerjasama Pejabat YB ADUN Batu Uban.

Seperti biasa, program ini menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat yang mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.

Program Jualan Rahmah merupakan antara inisiatif Kerajaan MADANI untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup melalui penawaran barangan keperluan terpilih pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran. Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga, khususnya golongan yang memerlukan, di samping memberi ruang kepada rakyat untuk berbelanja dengan lebih berhemah.

MPKK Batu Uban merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan kedua-dua program ini. Semoga usaha berterusan seperti ini dapat memperkukuh kesejahteraan komuniti, meningkatkan ilmu dan kemahiran penduduk serta membawa manfaat kepada masyarakat Batu Uban.

Bersama membina komuniti yang berilmu, sejahtera dan prihatin.

🌱 JOM SERTAI PROGRAM LATIHAN PERTANIAN BANDAR ANJURAN MPKK BATU UBAN DENGAN KERJASAMA MBPPMPKK Batu Uban dengan sukacita...
14/10/2026

🌱 JOM SERTAI PROGRAM LATIHAN PERTANIAN BANDAR ANJURAN MPKK BATU UBAN DENGAN KERJASAMA MBPP

MPKK Batu Uban dengan sukacitanya menjemput penduduk dan komuniti yang berminat untuk menyertai Bengkel Asas Pertanian Bandar, sebuah sesi pembelajaran santai dan praktikal untuk mengenali asas tanaman serta kaedah pertanian bandar.

🌿 Apa yang akan dipelajari?
• Asas & kitaran hidup tanaman
• Pemilihan tanaman mengikut ruang dan cahaya
• Pengenalan hidroponik, aeroponik, akuaponik & penanaman menegak
• Penjagaan, pembajaan & kawalan perosak
• Asas kompos dan fermentasi EM
• Aktiviti amali secara berkump**an

📅 Sabtu, 17 Oktober 2026
⏰ 10.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Dewan MPKK Batu Uban

🎯 TERHAD KEPADA 25 ORANG SAHAJA!

✨ Tiada pengalaman pertanian diperlukan.
Kos latihan ditanggung oleh MBPP.

👉 Daftar sekarang:

https://forms.gle/ud3j8dbA9nkW2vgC8

Jom belajar, jom tanam, bina komuniti yang lebih hijau! 🌱

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'unPerginya seorang Ibu Negara, namun kasih dan kelembutannya akan terus hidup di hati k...
28/09/2026

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Perginya seorang Ibu Negara, namun kasih dan kelembutannya akan terus hidup di hati kita.

Dengan penuh rasa dukacita, MPKK Batu Uban merakamkan setulus-tulus ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Bonda Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali ke negeri abadi.

Allahyarhamah bukan sekadar seorang ibu kepada keluarganya. Beliau adalah sosok insan yang penuh kelembutan, kasih sayang dan ketenangan, yang sentiasa menjadi teladan dan dekat di hati rakyat Malaysia.

Di sebalik ketokohan seorang negarawan, tersimpan sosok seorang ibu yang setia menemani, menyayangi dan menjadi sumber kekuatan buat keluarga dan negara.

Hari ini, sebuah hati telah pergi menghadap Ilahi.
Namun segala kelembutan, kasih sayang, jasa dan kenangan yang ditinggalkan akan terus hidup dalam ingatan.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya, melapangkan serta menerangi kuburnya, dan menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Buat Tun Dr. Mahathir dan seluruh keluarga,
semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran dalam melalui saat kehilangan yang begitu berat ini.

Sesungguhnya, kehilangan seorang ibu adalah kehilangan sebuah dunia.
Tetapi kasih seorang ibu tidak pernah benar-benar pergi, ia kekal hidup dalam doa, kenangan dan hati mereka yang pernah disayanginya.

Al-Fatihah. 🤲🏻🕊️

Daripada,
MPKK Batu Uban

23/09/2026
🔥🇲🇾 THIS IS BATU UBAN!! 🇲🇾🔥Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Bola Sepak Hari Malaysia – Piala YB A. Kumaresan 🏆⚽ ya...
23/09/2026

🔥🇲🇾 THIS IS BATU UBAN!! 🇲🇾🔥

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Bola Sepak Hari Malaysia – Piala YB A. Kumaresan 🏆⚽ yang berlangsung penuh meriah pada 19 September 2026 (Sabtu) yang lalu! Program merupakan anjuran MPKK Batu Uban dengan kerjasama MBPP dan komuniti setempat.

Hari itu Padang Batu Uban kembali hidup! Dari yang dulu agak sendu, terus jadi meriah dengan sorakan, gelak tawa dan semangat orang kampung. Yang dah pergi berhijrah jauh turut balik mai memeriahkan. Memang betui-betui menggamit memori dan rasa macam main bola dalam stadium! 😂🔥

3 kategori dipertandingkan — Terbuka, Bawah 14 Tahun dan Veteran Batu Uban, dengan 20 pasukan mengambil bahagian. Yang paling best, semua ni anak-anak dan orang kampung Batu Uban sendiri. ❤️

Inilah Batu Uban. Bila kita pakat ramai-ramai, memang boleh jadi! 💪🔥

🙏 Jutaan terima kasih kepada YB Sim Tze Tzin 沈志勤, Ahli Parlimen Bayan Baru dan YB Kumaresan Aramugam, ADUN Batu Uban, atas sokongan dan peruntukan yang membolehkan kejohanan ini dilaksanakan. Apabila pertama kali program ini dibentangkan kepada YB Kumaresan, beliau tanpa banyak bicara terus memberi persetujuan demi Batu Uban dan semangat cintakan bola sepak (YB peminat tegar bola sepak 😂)

🤝 Terima kasih juga kepada barisan Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP Tn. Manimaran Samba Sivam, Tn. Muhammad Adzlan Adzhar, Tn. Aidil Fitri, Tn. Yusoff Noor, Tn. Mohd Khairani, Tn Muhamad Khairul, Puan Zuraida, serta Tn Zahar Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Ustaz Fadzlee Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Tn Qushairy Ishak Penghulu Timur Laut, Dato Liakat Pengerusi JPKKP Batu Uban, Tn Zahidi Kassim Timb Pengerusi Kariah Masjid BATU UBAN dan TN Cheah Peng Guan Ketua Staff Pjbt ADUN yang turut sudi hadir serta memberi sokongan terhadap Kejohanan ini.

❤️ Penghargaan khas buat Tn. Muashraf (Muas), Pengarah Pengurusan Korporat dan Komuniti MBPP, anak jati Batu Uban, yang banyak membantu menyelaras gerak kerja anggota MBPP dan membawa Faiz Subri serta pemain dan barisan kejurulatihan Penang FC untuk bersama memeriahkan program. Terima kasih juga sudi menyertai Kejohanan ini sebagai salah seorang pemain.

💪 Tak dilupakan kerja kuat barisan AJK MPKK, urusetia dan orang-orang kuat Batu Uban Yusaidy Yusoff dan team serta semua yang telah bertungkus-lumus dari awal sampai habis. Berkali-kali kita buat mesyuarat penyelarasan akhirnya betui-betui membuahkan hasil. Tahniah semua kerana anda semualah program ini berjaya. Jasa anda semua amatlah dihargai. Penat memang penat, tapi bila tengok padang penuh dan orang kampung seronok, hilang semua penat! ❤️

🫡 Terima kasih kepada PDRM Balai Sungai Nibong, penguat kuasa MBPP, pekerja perbandaran MBPP dan RELA atas kerjasama menjaga keselamatan dan kelancaran program.

🏆 Sekalung Tahniah kepada semua pemenang bagi setiap kategori dan kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua pasukan yang bertanding. Menang kalah adat bertanding, yang penting kita mai bersama, kita bersukan dan kita rapatkan silaturahim.

🔥 Dan tak lupa Perlawanan Pertunjukan Veteran Batu Uban! Perlawanan ini amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak.
Umur boleh naik, lutut mungkin dah tak macam dulu… tapi jiwa bola tetap muda! 😂⚽ Memang terhibur tengok otai-otai lama turun padang!

❤️ Akhir sekali, terima kasih kepada semua penyumbang dan seluruh warga Batu Uban yang bagi sokongan termasuk dari segi kewangan, logistik, hamper dan pelbagai lagi. Dan Alhamdulillah syukur kebanyakkan penyumbang adalah orang Batu Uban sendiri, yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Sumbangan anda semua amatlah bermakna dan dihargai oleh komuniti kampung kita ini. Hampa memang terbaik! Terima kasih kepada Veteran dan Pemuda Batu Uban yang turut menyumbang kepada program ini.

Sekali lagi terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan, kita jumpa lagi di kejohanan seterusnya!

Mohon maaf atas segala kekurangan. InsyaAllah kami akan perbaiki lagi di program-program akan datang.

🇲🇾⚽ Batu Uban Bersatu, Sukan Menyatukan!

HARIA PENANG HARIA! HARIA BATU UBAN HARIA! 🔥🔥🔥






🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾SATU NAMA. SATU NEGARA. SATU KELUARGA.Hari Malaysia bukan sekadar sebuah tarikh dalam ka...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

SATU NAMA. SATU NEGARA. SATU KELUARGA.

Hari Malaysia bukan sekadar sebuah tarikh dalam kalendar.
Ia adalah kisah tentang kita — tentang sebuah negara yang dibina daripada pelbagai bangsa, budaya, bahasa dan agama, namun tetap berdiri di bawah satu nama: MALAYSIA. 🇲🇾

Dari utara Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak, kita mungkin berbeza cara, tetapi kita berkongsi impian yang sama — mahu melihat Malaysia terus aman, maju dan sejahtera.

🤝 Kita mungkin berbeza warna,
berbeza budaya, berbeza cerita,
tetapi kita berkongsi satu tanah air tercinta 🇲🇾❤️

Jangan biarkan perbezaan menjadi tembok yang memisahkan.
Jadikan ia jambatan yang menghubungkan kita.

Sempena Hari Malaysia ini, marilah kita kembali kepada nilai yang menyatukan kita — saling menghormati, saling membantu dan saling menjaga.

Kerana Malaysia yang kuat bukan dibina oleh satu kelompok sahaja.
Malaysia dibina oleh kita semua. 🫶❤️

Bersatu dalam kepelbagaian.
Berbeza tetapi bersama.
Hari ini, esok dan selamanya — kita adalah MALAYSIA.

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026
Daripada seluruh warga MPKK Batu Uban.

🇲🇾🔥 BATU UBAN, AYUH KITA GEGARKAN PADANG! 🔥🇲🇾JOM HADIR BERAMAI-RAMAI KE KEJOHANAN BOLA SEPAK HARI MALAYSIA - PIALA YB KU...
11/09/2026

🇲🇾🔥 BATU UBAN, AYUH KITA GEGARKAN PADANG! 🔥🇲🇾

JOM HADIR BERAMAI-RAMAI KE KEJOHANAN BOLA SEPAK HARI MALAYSIA - PIALA YB KUMARESAN!!

Penyertaan bola sepak kini ditutup secara rasmi!
Dan Alhamdulillah, sambutan yang diterima adalah sangat luar biasa! ⚽💥

Sebanyak 20 pasukan bakal turun berentap:

🔵 6 pasukan — Bawah 14 Tahun
🔴 12 pasukan — Kategori Terbuka
🟢 2 pasukan — Kategori Veteran (Exhibition Match)
(*peserta akan dimasukkan ke group whatsapp*)

Lebih membanggakan, majoriti pasukan adalah anak-anak dan penduduk Kampung Batu Uban sendiri! ❤️

Ini bukan sekadar kejohanan bola sepak.
Ini padang kita. Ini komuniti kita. Ini semangat kita. 🇲🇾

Tetapi cerita sebenar baru bermula…

📣 ORANG BATU UBAN, JOM TURUN BERAMAI-RAMAI!

Sabtu ini, kita bukan sahaja nak tengok bola. Kita nak raikan Hari Malaysia bersama-sama! 🎉

⚽ Bola sepak 3 kategori
🎯 Sukaneka Rakyat
👩 Sepak Penalti Wanita
💦 Baling Belon Air Berkump**an
👕 Sarung Berantai
🍬 Kutip Gula-Gula

🎁 CABUTAN BERTUAH – 100 HADIAH MENARIK!
📺 TV | 🚲 Basikal | 🪖 Helmet ARC Merdeka Edition

⭐ Penampilan khas Mohd Faiz Subri, Pemenang FIFA Puskás Award 2016 - Sesi Meet & Greet Faiz Subri

📅 SABTU, 19 SEPTEMBER 2026
⏰ 7.30 PAGI
📍 PADANG BOLASEPAK BATU UBAN

Bawa anak-anak. Bawa keluarga. Ajak jiran dan kawan-kawan.

🇲🇾 Kita penuhkan padang.
⚽ Kita gegarkan Batu Uban.
❤️ Kita raikan Hari Malaysia bersama!

SATU PADANG • SATU KOMUNITI • SATU MALAYSIA 🇲🇾

Jangan tunggu kami datang kepada anda — ANDA YANG KAMI TUNGGU DI PADANG! 🔥



🇲🇾🔥 HARIA BATUBAN! HARIA! 🔥🇲🇾⚽🏆 DEBARAN KIAN TERASA! 🏆⚽Kejohanan Bola Sepak Hari Malaysia – Piala YB Kumaresan Aramugam ...
09/09/2026

🇲🇾🔥 HARIA BATUBAN! HARIA! 🔥🇲🇾

⚽🏆 DEBARAN KIAN TERASA! 🏆⚽
Kejohanan Bola Sepak Hari Malaysia – Piala YB Kumaresan Aramugam bakal menggegarkan Padang Bola Sepak Batu Uban!

Suasana padang Batu Uban bakal gegar dan gegak gempita umpama Stadium Bandaraya! 🔥⚽

Jom hadir ramai-ramai, bawak keluarga dan kawan-kawan!!

📅 19 September 2026 (Sabtu)
📍 Padang Bola Sepak Batu Uban
⏰ 8.00 pagi – 6.00 petang
🤝 Anjuran MPKK Batu Uban dengan kerjasama MBPP

🌟 PENAMPILAN KHAS! 🌟
⚽ FAIZ SUBRI
🏅 Pemenang FIFA PUSKÁS AWARD

Saksikan sendiri aksi dan penampilan istimewa pemain yang pernah mencipta sejarah dengan jaringan ikonik di pentas dunia! 🇲🇾🔥

🎉 BUKAN BOLA SAHAJA! 🎉

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:

⚽ Sepak Penalti Wanita
🏃‍♂️ Pelbagai Sukaneka Rakyat
🍛 Makan tengah hari & minum PERCUMA
🎁 Cabutan bertuah dengan hadiah menarik
👨‍👩‍👧‍👦 Aktiviti santai untuk seluruh keluarga

🔥 SLOT PENYERTAAN BOLA SEPAK KINI HAMPIR PENUH! 🔥

⏳ Pendaftaran ditutup pada 10 September 2026.
Jangan tunggu saat akhir — daftar sekarang!

📲 Hubungi Ady Laksa
017-510 1477

Ayuh warga Batu Uban, Bayan Baru dan seluruh Pulau Pinang!

🇲🇾 Kita turun padang, kita raikan Hari Malaysia!
🔥 HARIA PENANG! HARIA! 🔥

Satu padang • Satu komuniti • Satu Malaysia 🇲🇾❤️


🥬🥕 JEMPUTAN KEPADA WARGA BATU UBAN KE PROGRAM MUTIARA FOODBANK 🥬🍎Adakah anda atau keluarga memerlukan bekalan bahan asas...
06/09/2026

🥬🥕 JEMPUTAN KEPADA WARGA BATU UBAN KE PROGRAM MUTIARA FOODBANK 🥬🍎

Adakah anda atau keluarga memerlukan bekalan bahan asas makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan makanan terpilih?

Jemput hadir ke Program Bekalan Bahan Makanan Percuma Mutiara Foodbank 2026 yang dianjurkan dengan kerjasama MPKK Batu Uban, Pejabat YB ADUN N35 Batu Uban, YB Kumaresan Aramugam dan Ahli Majlis MBPP.

Program Mutiara Foodbank ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama pasar raya tempatan, peniaga dan NGO bagi mengurangkan pembaziran makanan serta membantu masyarakat melalui pengagihan makanan yang masih selamat untuk dimakan dan digunakan.

📌 Makluman penting:

✅ Bahan makanan yang diterima adalah masih selamat digunakan, namun mungkin tidak lagi berada dalam keadaan “top condition” dari segi rupa atau kesegaran kerana ia merupakan lebihan stok yang masih berkualiti untuk dimanfaatkan.

🛍️ Sila bawa beg pembungkusan sendiri.

🤝 Tiada had pengambilan, namun ambillah sekadar yang diperlukan supaya lebih ramai keluarga dapat turut menikmati manfaat program ini.

⏰ Pengagihan adalah berdasarkan konsep “First Come, First Served.”

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan rezeki yang ada, mengurangkan pembaziran makanan dan membantu mereka yang memerlukan.

Jumpa anda pada:
📅 07 September 2026 (Isnin)
🕚 12.30 Tengah hari
📍 Dewan MPKK Batu Uban

Berkongsi Rezeki, Menyantuni Insan. Bersama kita membina komuniti yang lebih prihatin dan penyayang 💚


**aupinang

Address

Dewan MPKK Batu Uban

11700

Telephone

+60164644144

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK Batu Uban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share