SJKT Ladang Jasin Lalang

Call Contact the organization

SJKT Ladang Jasin Lalang Where young minds learn, dreams grow, and every child shines! Welcome to our new FB Page! 🌟📚❤️

✨📚 TAKLIMAT PENJAMINAN MUTU PBD KE ARAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN 📚✨Pada 15 Oktober 2026, satu Taklimat Penjami...
15/10/2026

✨📚 TAKLIMAT PENJAMINAN MUTU PBD KE ARAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN 📚✨

Pada 15 Oktober 2026, satu Taklimat Penjaminan Mutu PBD telah disampaikan oleh Puan Khairiyah binti Safar, KPPK Unit Sains Sosial Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Taklimat ini memberikan pencerahan dan perkongsian ilmu yang bermanfaat dalam usaha memantapkan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Khairiyah binti Safar bersama Pn Najah Munirah binti Namat atas perkongsian ilmu dan panduan yang diberikan serta kepada semua guru STJL atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan. 💐

Bersama Memperkasa PBD, Memacu Kecemerlangan Pendidikan! 🌟



🌟 PELANCARAN SUDUT BMI & SEGAK SJK (T) LADANG JASIN LALANG 🌟Pada 15 Oktober 2026, Sudut BMI & SEGAK telah berjaya dilanc...
15/10/2026

🌟 PELANCARAN SUDUT BMI & SEGAK SJK (T) LADANG JASIN LALANG 🌟

Pada 15 Oktober 2026, Sudut BMI & SEGAK telah berjaya dilancarkan oleh Puan Khairiyah binti Safar, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sains Sosial dan Puan Najah Munirah binti Namat dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Pelancaran ini merupakan satu inisiatif yang bermakna dalam meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepentingan penjagaan kesihatan, kecergasan fizikal dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. 💚

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Manimala (Guru Besar), Pn. Rathana (GPK HEM), Pn. Magasvari (Ketua Panitia PJPK), PIBG serta semua guru atas komitmen, kerjasama dan usaha dalam menjayakan pelancaran ini.

Semoga Sudut BMI & SEGAK ini terus menjadi sumber informasi dan inspirasi kepada murid-murid untuk mengamalkan gaya hidup sihat demi kesejahteraan bersama. 🌿✨

Sihat dan Cergas, Murid Cemerlang! 💪



🌸✨ TAKLIMAT PENGURUSAN PENJAMINAN MUTU PBD✨Pada 12 Oktober 2026, SJK (T) Ladang Jasin Lalang telah mengadakan Taklimat P...
13/10/2026

🌸✨ TAKLIMAT PENGURUSAN PENJAMINAN MUTU PBD✨

Pada 12 Oktober 2026, SJK (T) Ladang Jasin Lalang telah mengadakan Taklimat Pengurusan Penjaminan Mutu PBD yang disampaikan oleh Pn. Chitra a/p Sinnu @ Sinnatharai dari PPD JASIN Melaka.

Taklimat ini memberikan pencerahan tentang pengurusan 4P dalam Penjaminan Kualiti serta Perekodan PBD dan Evidens bagi memantapkan pelaksanaan PBD di sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Chitra atas perkongsian ilmu yang bermanfaat serta semua guru STJL atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. 💐

Bersama Memacu Kecemerlangan PBD! ❤️




📢 MAKLUMAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) TAHUN 2026 📚✏️Dimaklumkan bahawa Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi murid...
11/10/2026

📢 MAKLUMAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) TAHUN 2026 📚✏️

Dimaklumkan bahawa Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi murid Tahun 4, 5 dan 6 akan bermula esok, 12 Oktober 2026 hingga 16 Oktober 2026.

Sehubungan dengan itu, semua murid diingatkan agar membuat persediaan yang rapi, menjaga kesihatan, mendapatkan rehat yang mencukupi serta hadir ke sekolah seperti biasa.

💪 Semoga semua murid dapat menjawab soalan dengan tenang dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Selamat menduduki UASA 2026! 🌟



✨ TAKLIMAT SKPM KUALITI@SEKOLAH (SK@S) ✨Pada 7 Oktober 2026, satu Taklimat SKPM Kualiti@Sekolah (SK@S) telah diadakan di...
08/10/2026

✨ TAKLIMAT SKPM KUALITI@SEKOLAH (SK@S) ✨

Pada 7 Oktober 2026, satu Taklimat SKPM Kualiti@Sekolah (SK@S) telah diadakan di SJK (T) Ladang Jasin Lalang.

Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Zainudin Azman bin Ab Wahab dan En. Borhan bin Puasa dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD JASIN Melaka). Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman kepada semua guru berkaitan pelaksanaan SKPM Kualiti@Sekolah demi meningkatkan kualiti pengurusan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua penceramah atas perkongsian ilmu, panduan dan komitmen yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua guru STJL atas kerjasama dan penyertaan yang menjayakan program ini. 🌿✨

Bersama Meningkatkan Kualiti Pendidikan!
SJK (T) Ladang Jasin Lalang 💚

🏆✨ TAHNIAH & SYABAS ✨🏆Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SJK (T) Ladang Jasin Lalang atas p...
06/10/2026

🏆✨ TAHNIAH & SYABAS ✨🏆

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SJK (T) Ladang Jasin Lalang atas pencapaian cemerlang dalam Kangaroo Math Competition 2026! 🎉👏

🥇 Gold Award – 5 orang murid
🥈 Silver Award – 1 orang murid
🥉 Bronze Award – 6 orang murid
🌟 Honorable Mention – 3 orang murid

Syabas juga kepada En. Sivarooban a/l Karunakaran dan Pn. Mathavi a/p V. Krishnamoorthy atas bimbingan dan komitmen yang diberikan. 👏🌷

💫 Keep learning, keep solving and keep shining!




🏆✨ TAHNIAH & SYABAS!✨🏆Setinggi-tinggi tahniah kepada:🌟 Naveensree Krishnan🌟 Sarhvin Manogaran🌟 Toshvini Kartigesanatas k...
05/10/2026

🏆✨ TAHNIAH & SYABAS!✨🏆

Setinggi-tinggi tahniah kepada:

🌟 Naveensree Krishnan
🌟 Sarhvin Manogaran
🌟 Toshvini Kartigesan

atas kejayaan meraih GOLD AWARD 🥇 dalam Innovation Competition K-SEMANIS 2026 Peringkat Antarabangsa menerusi inovasi ECOARA – Kemenyan Semula Jadi. 🌿✨

👏 Tahniah dan penghargaan kepada Pn. Santhini a/p Uthayakumar (Guru Cemerlang Pemulihan) atas bimbingan dan komitmen yang diberikan.

🙏 Terima kasih juga kepada PIBG sekolah, Guru Besar, Pn. Manimala serta guru-guru yang turut membantu dan memberikan sokongan dalam menjayakan inovasi ini.

🌱 ECOARA – Inovasi Hari Ini, Kelestarian Masa Depan!
Tahniah kepada semua yang terlibat! 🥇✨




📚✨ SELAMAT MENDUDUKI MPT4 2026! ✨📚Warga SJK (T) Ladang Jasin Lalang ingin mengucapkan selamat menduduki MPT4 2026 kepada...
05/10/2026

📚✨ SELAMAT MENDUDUKI MPT4 2026! ✨📚

Warga SJK (T) Ladang Jasin Lalang ingin mengucapkan selamat menduduki MPT4 2026 kepada semua murid Tahun 4 Vairam yang akan menduduki peperiksaan pada 6 hingga 8 Oktober 2026. 📝🌟

Semoga semua murid:
💙 Menjawab soalan dengan tenang
📖 Membaca soalan dengan teliti
✏️ Memberikan usaha yang terbaik
🌈 Yakin dengan kebolehan diri sendiri

Jangan lupa patuhi peraturan peperiksaan dan hadir ke sekolah tepat pada masanya sepanjang tiga hari peperiksaan.

💪 Buat yang terbaik, percaya pada diri dan teruskan berusaha!
Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh keputusan yang cemerlang. 🌟🏆

Selamat menduduki MPT4 2026, anak-anak Tahun 4 Vairam! ❤️



🏃‍♂️💪 KARNIVAL SEGAK FASA 2 💪🏃‍♀️Program Karnival SEGAK Fasa 2 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan meriah! Akti...
04/10/2026

🏃‍♂️💪 KARNIVAL SEGAK FASA 2 💪🏃‍♀️

Program Karnival SEGAK Fasa 2 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan meriah! Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk menguji tahap kecergasan fizikal di samping memupuk kesedaran tentang kepentingan gaya hidup aktif, sihat dan cergas. 💪❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Magasvari, En. Sivarooban, En. Vedharajan dan Pn. Rathana atas komitmen, kerjasama dan usaha dalam memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar. 👏

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat! 🌟

Sihat Murid, Cemerlang Masa Depan! 💙💪



🙏🌺 கூட்டுப் பிரார்த்தனை  🌺🙏மாணவர்கள் MATRKS தேர்வில் சிறப்பாகச் செயல்பட்டு வெற்றி பெற வேண்டும் என்ற நல்லெண்ணத்துடன் நடைப...
03/10/2026

🙏🌺 கூட்டுப் பிரார்த்தனை 🌺🙏

மாணவர்கள் MATRKS தேர்வில் சிறப்பாகச் செயல்பட்டு வெற்றி பெற வேண்டும் என்ற நல்லெண்ணத்துடன் நடைபெற்ற கூட்டுப் பிரார்த்தனை நிகழ்வு சிறப்பாக நடைபெற்றது. 🙏✨

இந்நிகழ்வில் கலந்து கொண்டு சிறப்பித்த Rama Chandran (YDP), பெற்றோர் அசிரியர் சங்கக் குழுவினர், அன்பு பெற்றோர்கள் மற்றும் ஆசிரியர்கள் அனைவருக்கும் எங்களது மனமார்ந்த நன்றிகள். ❤️

உங்கள் அன்பும் ஆதரவும் இந்நிகழ்வை மேலும் சிறப்பாக்கியது. இறைவனின் அருளால் அனைத்து மாணவர்களும் தேர்வில் சிறப்பாகச் செயல்பட வாழ்த்துகிறோம்! 🌟📚

Address

Bemban
77200

Opening Hours

Monday 07:00 - 04:30
Tuesday 07:00 - 04:30
Wednesday 07:00 - 04:30
Thursday 07:00 - 04:30
Friday 07:00 - 04:30

Telephone

+6065216532

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SJKT Ladang Jasin Lalang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SJKT Ladang Jasin Lalang:

Shortcuts

Share