Klinik Kesihatan Pusa

Klinik Kesihatan Pusa Page Rasmi Klinik Kesihatan Pusa

🌟 Selamat Maju Jaya & Terima Kasih 🌟Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun segala kenangan, jasa dan sumbangan aka...
16/09/2026

🌟 Selamat Maju Jaya & Terima Kasih 🌟

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun segala kenangan, jasa dan sumbangan akan sentiasa dikenang.

Warga Klinik Kesihatan Pusa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

πŸ‘©β€βš•οΈ PPP Carleana Ak Kennedy
yang telah melangkah ke tempat baharu pada Julai 2026

dan

πŸ‘¨β€βš•οΈ PPP Mohd. Nur Afif Bin Jakir & KJ Sheha Bt Sazali
yang akan meneruskan perjalanan kerjaya di tempat baharu pada September 2026.

Terima kasih atas segala komitmen, kerjasama, bantuan dan kenangan yang telah dicurahkan sepanjang bersama kami di KK Pusa. Kehadiran dan sumbangan kalian amat kami hargai.

Semoga terus berjaya dalam setiap langkah, dipermudahkan segala urusan dan diberikan lebih banyak peluang untuk berkembang serta menyumbang di tempat baharu.

Selamat maju jaya, Carleana & Afif!
Jauh di mata, dekat di hati. πŸ’

Selamat Maju Jaya, Dr. Pavithiran Selvaragi!Seluruh warga KK Pusa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sega...
26/06/2026

Selamat Maju Jaya, Dr. Pavithiran Selvaragi!

Seluruh warga KK Pusa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, komitmen dan dedikasi Dr. Pavithiran sepanjang berkhidmat bersama kami.

Terima kasih atas segala sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam meneruskan perjalanan sebagai Sarjana Perubatan Keluarga.

Kami mendoakan agar Dr. Pavithiran terus cemerlang dalam pengajian, dipermudahkan segala urusan, dan berjaya menjadi Pakar Perubatan Keluarga yang berbakti kepada masyarakat.

✨ Majlis Ramah Tamah & Majlis Perpisahan KK Pusa 2026 ✨Pada bulan April 2026 yang lalu, Klinik Kesihatan Pusa telah meng...
11/05/2026

✨ Majlis Ramah Tamah & Majlis Perpisahan KK Pusa 2026 ✨

Pada bulan April 2026 yang lalu, Klinik Kesihatan Pusa telah mengadakan Majlis Ramah Tamah KK Pusa dalam suasana penuh meriah, mesra dan harmoni.

Program ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara warga kerja serta menghargai kerjasama dan komitmen semua pihak dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. πŸ’™

Majlis ini turut diadakan sebagai Majlis Perpisahan buat PPP Mazwani. Warga KK Pusa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di KK Pusa.

Semoga PPP Mazwani terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan di tempat kerja yang baharu. Semoga ukhwah yang terjalin akan sentiasa berkekalan. 🌸

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Warga KK Pusa mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua! Maaf zahir dan batin, semoga semua sihat-sihat dan raya penuh ...
20/03/2026

Warga KK Pusa mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua! Maaf zahir dan batin, semoga semua sihat-sihat dan raya penuh gembira πŸŒ™βœ¨

Imunisasi Influenza Warga Emas – PERCUMA πŸ’‰Khas untuk warga emas πŸ§“πŸ‘΅Lindungi diri daripada jangkitan influenza.πŸ‘‰ Percuma &...
04/02/2026

Imunisasi Influenza Warga Emas – PERCUMA πŸ’‰
Khas untuk warga emas πŸ§“πŸ‘΅
Lindungi diri daripada jangkitan influenza.

πŸ‘‰ Percuma & mudah – hanya perlu daftar di KK Pusa.

Ayuh jaga kesihatan bersama. Sila kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga dan jiran yang layak. πŸ’™

30/12/2025
Tahniah kepada KK Pusa atas pencapaian sebagai Klinik Kesihatan Terbaik dalam Program MR SIA Bahagian Betong 2025 πŸŽ‰πŸ’‰Seti...
30/12/2025

Tahniah kepada KK Pusa atas pencapaian sebagai Klinik Kesihatan Terbaik dalam Program MR SIA Bahagian Betong 2025 πŸŽ‰πŸ’‰

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan MCH atas komitmen dan usaha berterusan.
Terima kasih juga kepada para ibu bapa, khususnya para ibu, atas sokongan dan kerjasama memastikan anak-anak mendapat vaksinasi MR.

Bersama kita lindungi generasi sihat πŸ’™

Address

Pusa
Betong
94950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Pusa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share