Media Tok Nana Penang

Call

Media Tok Nana Penang Ini adalah laman rasmi Media DATUK MUSA BIN HJ SHEIKH FADZIR, Pengerusi BPUNPP dan Ketua Bhg UMNO BM

Innalillahiwainnaillahirojiun...Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad...
28/09/2026

Innalillahiwainnaillahirojiun...

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Berita pemergian Allahyarham Dr Siti Hasmah disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.

Jenazah Allahyarhamah akan disembahyangkan selepas solat Asar hari ini di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur.

Jenazah kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.

Istiadat Pengebumian Pembesar Negara, kerajaan akan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarhamah sebagai penghormatan atas jasa beliau kepada negara. Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera turut membantu pengurusan serta memberikan taraf istiadat berkenaan kepada Allahyarhamah.

“Bagi pihak Datuk Hj. Musa Sheikh Fadzir dan seluruh Kepimpinan UMNO Negeri Pulau Pinang, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara pagi tadi.

“Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Almarhumah,”

Datuk Musa turut menyampaikan ingatan dan doa kepada Dr Mahathir serta seluruh keluarga dalam menghadapi kehilangan tersebut.

Terawal ceburi bidang perubatan Tun Dr Siti Hasmah merupakan antara wanita Melayu terawal menceburi bidang perubatan di negara ini. Beliau menamatkan pengajian perubatan pada 1955 selepas mengikuti pengajian di King Edward VII College of Medicine di Singapura, sebelum memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan.

Sepanjang kerjayanya, Allahyarhamah banyak menumpukan perhatian kepada kesihatan ibu dan kanak-kanak, termasuk menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Bahagian Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak di Kedah pada 1965, sebelum menjadi wanita pertama memegang jawatan Pegawai Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak Negeri pada 1974.

Namun bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Dr Siti Hasmah dikenang bukan semata-mata sebagai isteri kepada seorang Perdana Menteri. Sepanjang berada di sisi Dr Mahathir, beliau membina identitinya sendiri melalui kerja kemasyarakatan dan advokasi dalam bidang kesihatan wanita, perancangan keluarga, kesihatan luar bandar, pendidikan dewasa serta usaha menangani penyalahgunaan dadah.

Keperibadian tenang
Keperibadiannya yang tenang, bersahaja dan disertai sifat humor turut menjadikan beliau figura yang dekat dengan masyarakat, walaupun berada di tengah-tengah kehidupan politik negara selama beberapa dekad.

Datuk Musa menggambarkan beliau sebagai tokoh yang terus mendekati rakyat dengan sifat ramah dan humornya ketika memperjuangkan isu kesihatan awam serta pembangunan masyarakat.

Beliau juga dikenali kerana kecintaannya terhadap muzik dan kebolehannya bermain biola serta piano — sisi peribadi yang sering diperlihatkan kepada masyarakat dan menjadikan imejnya berbeza daripada gambaran rasmi seorang isteri Perdana Menteri.

Ulang tahun Perkahwinan
Pada 12 Julai lalu, Dr Siti Hasmah berusia 100 tahun. Hanya beberapa minggu kemudian, beliau dan Dr Mahathir turut menyambut satu detik istimewa apabila ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-70 pada 5 Ogos 2026.

Pemergian Dr Siti Hasmah menutup perjalanan hidup seorang doktor, ibu, tokoh kesihatan awam dan pendamping kepada salah seorang tokoh politik paling lama mewarnai sejarah Malaysia.

Tetapi bagi ramai rakyat Malaysia yang membesar melihatnya di sisi Dr Mahathir, kenangan terhadap beliau barangkali lebih sederhana — seorang wanita yang sentiasa kelihatan tenang, tidak berlebihan dan mempunyai caranya sendiri untuk membuat orang tersenyum..

Salam Takziah buat Tun Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga.
Al - Fatihah..

ikhlas daripada -
(DATUK HJ. MUSA HJ. SHEIKH FADZIR)
• Ahli MKT UMNO Malaysia
• Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri P.Pinang
• Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam

Media Tok Nana Penang TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSbMysvm7/



Dr. Mahathir bin Mohamad Zahid Hamidi Anwar Ibrahim

30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 🇲🇾
31 Ogos 2026

Dengan penuh rasa syukur dan cinta kepada tanah air, marilah kita bersama-sama menghayati makna kemerdekaan serta menghargai pengorbanan generasi terdahulu dalam membina Malaysia yang aman dan harmoni.

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada negara terus subur dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia.
“Madani Dihayati, Ummah Diberkati.”

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69...
Semoga Malaysia terus aman, maju dan diberkati.

DATUK HJ. MUSA BIN HJ. SHEIKH FADZIR🫰🏻
• Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.
• Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
• Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026Mٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا“Sesungguhnya Allah dan ...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Q.S. Al-Ahzab: 56).

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Marilah kita mengimbau sirah dan meneladani peribadi mulia Baginda Nabi Muhammad SAW dalam membina masyarakat yang berintegriti, berkasih sayang, dan bersatu padu. Semoga kecintaan kita kepada Junjungan Besar diterjemahkan melalui usaha memperkukuh keharmonian negara.. in sha Allah..🤲😇

Ikhlas Daripada :-

( YBHG DATUK HAJI MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR )

• Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
• Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
• Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam

16/06/2026

🌙 SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU ISLAM - 1448H 🌙

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sempena kedatangan Tahun Baru Islam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah yang sebenar iaitu perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik, berlandaskan keimanan, keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Awal Muharram bukan sekadar permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam, tetapi juga satu peluang untuk kita memperbaharui azam, memperkukuh perpaduan serta meningkatkan usaha dalam berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Pulau Pinang.

"Hijrah Membawa Perubahan, Iman Menjadi Panduan."

Salam Maal Hijrah 1448H.

( DATUK HJ. MUSA BIN HJ. SHEIKH FADZIR )
• Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.
• Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
• Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

🌙✨🤝

#𝗨𝗠𝗡𝗢𝗗𝘂𝗹𝘂𝗞𝗶𝗻𝗶𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮

Salam Aidiladha buat seluruh Umat Islam.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT ker...
26/05/2026

Salam Aidiladha buat seluruh Umat Islam.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, sekali lagi kita diberi kesempatan menyambut Hari Raya Aidiladha — hari yang penuh dengan pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada perintah Allah SWT.

Aidiladha bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi mengajar kita erti sebenar pengorbanan sebagaimana kisah agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mematuhi perintah Allah SWT tanpa ragu dan penuh keimanan.
Semangat inilah yang perlu terus kita hayati dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara — sanggup berkorban demi agama, bangsa, rakyat dan tanah air tercinta.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas masjid, surau, s**arelawan, petugas keselamatan serta semua pihak yang terlibat dalam urusan ibadah korban tahun ini. Semoga setiap usaha dan pengorbanan kalian diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa agar negara kita terus dikurniakan keamanan, perpaduan dan keberkatan.

Doa:
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا قُرْبَانَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَبَارِكْ لَنَا فِي أَرْزَاقِنَا وَأَهْلِنَا

Maksudnya:
“Ya Allah, terimalah ibadah korban kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan berkatilah rezeki serta keluarga kami.”

Semoga semangat pengorbanan terus menyatukan hati kita dalam membina masyarakat yang lebih prihatin, bersatu dan diberkati Allah SWT.

Akhir kata, saya serta seluruh keluarga, Kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Mertajam & Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang mengucapkan :

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas Daripada :-

(DATUK HAJI MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR)
• Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
• Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
• Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam



Zahid Hamidi Shaik Hussein Mydin Fauzi Sharif DR ASYRAF WAJDI DUSUKI Dr Akmal Saleh Abd Halim Hilme Ibrahim Herry Putera II Huraira Al-Hady Hasni Mohammad Zarolnizam Zarol YOn Kg Kuboq Dato Kadhar Shah Noordin Jasmin Mohamed Jaafar Dato' Dr. Noraini Ahmad Laila Tan Nickman Bin M Tahar MUHSIN LATHEEF Mohd Aswadi Ahmad Mohd Zaidi Mohd Said Norliza Abdul Rahim Norhafizah Ismail Mohd Norhiesam Sham

Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-80“Bersatu • Bersetia • Berkhidmat”11 Mei 1946 menjadi titik bermulanya perjuangan...
11/05/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-80
“Bersatu • Bersetia • Berkhidmat”

11 Mei 1946 menjadi titik bermulanya perjuangan sebuah parti keramat yang lahir demi agama, bangsa dan tanah air tercinta. Selama 80 tahun, UMNO terus berdiri sebagai wadah perjuangan Melayu yang sentiasa membela nasib rakyat, menjaga kebajikan masyarakat serta mempertahankan kedaulatan negara Malaysia.

UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi sebuah perjuangan yang telah melalui pelbagai fasa — penat perih, s**a duka, jatuh dan bangkit. Parti ini juga tidak pernah terlepas daripada fitnah, tohmahan dan hasutan pihak lawan yang sentiasa cuba melemahkan semangat perjuangannya. Namun, UMNO tetap teguh dan tidak pernah gentar dalam apa jua cabaran yang melanda.

Pernah berada di puncak pemerintahan, pernah juga melalui kekalahan dalam pilihan raya, namun semangat perjuangan tidak pernah padam. UMNO terus bangkit dan berusaha demi membela nasib rakyat serta memastikan suara masyarakat sentiasa diberi perhatian.

Asas perjuangan UMNO sejak dahulu hingga kini adalah untuk menjaga rakyat dan mempertahankan negara daripada ancaman dalam mahupun luar. UMNO juga kekal istiqamah mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu serta Perlembagaan Persekutuan demi memastikan keharmonian, keamanan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini terus terpelihara.

Terima kasih kepada seluruh ahli UMNO dahulu, kini dan selamanya yang terus setia mempertahankan parti keramat ini. Sesungguhnya, genap 80 tahun UMNO berdiri teguh memimpin perjuangan, menjaga kebajikan rakyat dan berusaha melakukan yang terbaik demi tanah air Malaysia yang kita cintai.

Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-80 buat seluruh ahli UMNO yang taat setia mempertahankan “Rumah Bangsa UMNO”.

Dulu, kini dan selamanya — bangkit bersama rakyat!

Salam Perjuangan Daripada :

(YBHG DATUK HAJI MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR)

• Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
• Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau
• Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam










02/04/2026

Selamat Bersidang kepada ahli-ahli UMNO Cawangan - Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda & Pergerakan Puteri di Bahagian Bukit Mertajam, Negeri Pulau Pinang dan seluruh Malaysia bermula 1 April sehingga 17 Mei 2026.

Semoga persidangan kali ini menjadi medan memperkukuh perpaduan cawangan dan merangka langkah yang lebih tersusun dalam mendepani cabaran semasa.

Jadikan ruang dan peluang dalam persidangan ini untuk menyumbang idea yang bernas dan membina serta mudah-mudahan setiap perbincangan akan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan tanah air.

Selamat Bersidang,
Datuk Musa Sheikh Fadzir
(Tok Nana Penang)

20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...🥰

" Semoga Lebaran kali ini menjadi medan untuk kita memperkukuh lagi hubungan silaturahim, kepercayaan , nilai kemanusiaan sesama kita.
Didoakan juga semoga segala amalan kebaikan dan kebajikan kita diterima dan segala dosa diampunkan Allah S.W.T " .

Min'nal Aydin Wal Faidzin ;

(DATUK HJ MUSA BIN HJ SHEIKH FADZIR)

• Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
• Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
• Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam

Follow TikTok Media Tok Nana Penang -

https://vt.tiktok.com/ZSub8REgF/

18/02/2026

-- RAMADAN AL-MUBARAK --

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak.

Ramadan adalah bulan tarbiah jiwa, bulan memperkukuh perpaduan, dan bulan menyemai kasih sayang sesama insan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 mengingatkan kita bahawa ibadah puasa diwajibkan agar kita menjadi insan yang bertakwa — bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menjaga akhlak, tutur kata dan perbuatan.

Sebagai pemimpin, saya menyeru seluruh ahli dan kenalan agar menjadikan Ramadan ini sebagai ruang muhasabah diri dan memperkukuh semangat kebersamaan. Dalam suasana masyarakat yang pelbagai, marilah kita mempererat silaturahim, membantu golongan yang memerlukan dan menyantuni mereka yang kurang berkemampuan.

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi sebuah doa yang sering diamalkan ketika berpuasa:

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني

“Allahumma innaka ‘afuwwun kareemun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni.”

Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau menyukai kemaafan, maka maafkanlah aku.”

Semoga dengan doa ini, kita memperoleh keampunan, rahmat dan keberkatan sepanjang bulan Ramadan.

Akhir kata, saya dan seluruh kepimpinan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam. Semoga segala amalan kita diterima dan negara kita terus dikurniakan keamanan, kemakmuran serta perpaduan yang utuh.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

---
Ikhlas Daripada :

(DATUK HJ. MUSA BIN HJ. SHEIKH FADZIR)

• Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
• Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
• Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam

Address

Wisma UMNO Bahagian Bukit Mertajam
Bukit Mertajam

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6045072273

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Tok Nana Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share