Parti Keadilan Rakyat Cabang Cameron Highlands

Contact the organization

Parti Keadilan Rakyat Cabang Cameron Highlands Profil Rasmi Parti Keadilan Rakyat Cabang Cameron Highlands

16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H.

Ketibaan tahun baharu Hijrah ini menjadi ruang untuk kita bermuhasabah, memperbaharui azam dan memperteguh keimanan dalam menempuh perjalanan hidup.

Hijrah mengajar kita tentang keberanian untuk berubah ke arah yang lebih baik, kesabaran dalam menghadapi ujian dan keikhlasan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.

Semoga tahun ini membawa rahmat, keberkatan dan ketenangan buat kita semua, insya-Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah, pada 28/5/2026 telah berlangsungnya Majlis Korban Cabang Cameron High...
28/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada 28/5/2026 telah berlangsungnya Majlis Korban Cabang Cameron Highlands dengan penuh meriah dan semangat ukhwah.

Cabang Cameron Highlands merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB PMX serta Pengerusi MPN, Dato’ Ahmad Farhan atas sumbangan lembu korban bagi menjayakan majlis korban pada tahun ini.

Terima kasih juga kepada semua yang hadir, bergotong-royong dan bersama-sama memeriahkan majlis yang telah diadakan di hadapan Pejabat Cabang Cameron Highlands.

Semoga segala pengorbanan, sumbangan dan usaha yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran yang baik daripada Allah SWT.

Ikhlas daripada
Ismail bin Mohd Hussin
Ketua Cabang Cameron Highlands

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah, telah berlangsung Program Penyerahan Sumbangan Intensif kepada para p...
26/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Penyerahan Sumbangan Intensif kepada para pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke universiti serta penyerahan sumbangan kepada beberapa buah sekolah di DUN Jelai bertempat di Pejabat PKR Cameron Highlands.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu serta memberi semangat kepada para pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran, di samping menceriakan suasana sekolah demi keselesaan warga pendidik dan para pelajar.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini memberi manfaat besar kepada masyarakat.

Ikhlas daripada
Ismail bin Mohd Hussin
Ketua Cabang Cameron Highlands

Assalamualaikum dan salam perjuangan.Kehadiran ke Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang berlangsung di Persada Johor Inte...
17/05/2026

Assalamualaikum dan salam perjuangan.

Kehadiran ke Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre dengan tema “Tekad MADANI, Harapan Rakyat” pada 17 Mei 2026.

Semoga konvensyen ini menjadi medan memperkukuhkan semangat perpaduan, mempererat ukhwah serta meneruskan agenda membela nasib rakyat demi masa depan negara yang lebih baik dan sejahtera.




Assalamualaikum WBT.Cabang Cameron Highlands bersama-sama Cabang Kuala Krau dan Cabang Lipis telah hadir membuat laporan...
13/05/2026

Assalamualaikum WBT.

Cabang Cameron Highlands bersama-sama Cabang Kuala Krau dan Cabang Lipis telah hadir membuat laporan polis berhubung isu penghinaan serta kenyataan yang didakwa memperlekehkan sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab oleh Nik Zawawi Salleh.

Perkara yang melibatkan kesucian agama serta penghormatan terhadap para sahabat Rasulullah SAW tidak seharusnya dipandang ringan. Tindakan ini dibuat demi menjaga keharmonian, sensitiviti umat Islam serta memelihara perpaduan masyarakat.

Semoga pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan secara adil dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.





Assalamualaikum dan salam MADANI.Program Ziarah Kasih MADANI Wanita Cameron Highlands telah diadakan di Dusun Pak Senam ...
07/05/2026

Assalamualaikum dan salam MADANI.

Program Ziarah Kasih MADANI Wanita Cameron Highlands telah diadakan di Dusun Pak Senam sebagai tanda keprihatinan dan menyantuni masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua AJK dan sahabat-sahabat Wanita yang turut bersama turun padang dalam menjayakan program ini. Semoga segala bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat memberi sedikit keceriaan serta meringankan beban mereka yang memerlukan.

Semoga ukhuwah dan semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan rakyat.

🎉 Jamuan Hari Raya Cabang Cameron Highlands 🎉Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Jamuan Hari Raya Cabang Came...
15/04/2026

🎉 Jamuan Hari Raya Cabang Cameron Highlands 🎉

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Jamuan Hari Raya Cabang Cameron Highlands yang menghimpunkan ahli-ahli serta masyarakat setempat dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua AJK cabang, sayap parti, sukarelawan serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga majlis seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas daripada,
Ismail bin Mohd Hussin
Ketua Cabang Cameron Highlands

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Cameron Highlands telah berlangsung dengan jayanya pada 12 April 2026.Setinggi-tin...
12/04/2026

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Cameron Highlands telah berlangsung dengan jayanya pada 12 April 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan mesyuarat ini dengan penuh komitmen dan dedikasi.

Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada seluruh ahli yang hadir dan memberikan sokongan padu. Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuh demi memperkasakan perjuangan dan khidmat kepada masyarakat.

Cabang cameron highlands menghadiri Perasmian perdana MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG PAHAG pada 10/4/2026
12/04/2026

Cabang cameron highlands menghadiri Perasmian perdana MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG PAHAG pada 10/4/2026

Address

Cameron Highlands

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Keadilan Rakyat Cabang Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Parti Keadilan Rakyat Cabang Cameron Highlands:

Shortcuts

Share