Polis Balai Changloon

Call

Polis Balai Changloon Polis Balai Changloon, Kedah

02/09/2026

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP PINTAS: POLIS TAHAN 13 WARGA MYANMAR MASUK SECARA HARAM DI CHANGLUN

Jitra, 2 September 2026 - Kegiatan sindiket dipercayai menyeludup dan menempatkan warga Myanmar yang memasuki negara ini secara haram di beberapa motel di Changlun, dekat sini terbongkar selepas 13 warganegara itu ditahan pada 14 Ogos lalu.

Taktik itu dikesan menerusi Op Pintas selepas polis menahan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Alphard yang dipandu seorang lelaki bersama dua penumpang warga Myanmar.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pukul 2 petang itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu mengesan sebuah MPV mewah dalam keadaan mencurigakan di pekan Changlun.

"Pasukan serbuan menahan MPV itu dan pemeriksaan mendapati seorang lelaki Myanmar berada di tempat duduk pemandu, manakala dua wanita Myanmar di bahagian belakang.

"Hasil soal siasat mendapati terdapat beberapa lagi warga asing ditempatkan di motel itu. Polis menyerbu sebuah bilik dan menahan enam lelaki serta dua lagi wanita Myanmar," katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan m...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos 2026

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta terus berganding bahu dalam memelihara keamanan dan keharmonian negara.

Jiwa Merdeka, PDRM Berbakti.

Ikhlas daripada,
Warga Balai Polis Changloon🇲🇾👮🏻‍♂️👮🏻‍♀️


24/08/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawwal 1448H

19/08/2026
15/08/2026

🚨 WASPADA! JANGAN TERPEDAYA DENGAN PHISHING 🚨

Jenayah phishing semakin berleluasa dan menyasarkan mangsa melalui e-mel, SMS, panggilan telefon, media sosial serta laman web palsu untuk mencuri maklumat peribadi dan kewangan.

⚠️ Ingat: SEMAK • FIKIR • SAHKAN sebelum anda klik

✅ Semak sumber mesej, e-mel atau pautan yang diterima.
✅ Fikir sebelum mengklik pautan atau mengimbas kod QR.
✅ Sahkan kesahihan laman web atau pihak yang menghubungi anda melalui saluran rasmi.

❌ Jangan klik pautan daripada sumber yang tidak dikenali.
❌ Jangan sesekali berkongsi OTP, TAC, PIN atau kata laluan kepada sesiapa.
❌ Jangan log masuk atau membuat transaksi di laman web yang meragukan.

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.

1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri daripada berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:

📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮 Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Satu klik yang silap boleh menyebabkan kehilangan wang simpanan dan maklumat peribadi. Berfikir sebelum klik, semak sebelum percaya.

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗬𝗗𝗛 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗦𝗨 12 Ogos 2026 | RabuYDH Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Mohd R...
12/08/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗬𝗗𝗛 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗦𝗨

12 Ogos 2026 | Rabu

YDH Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Mohd Radzi bin Abdul Rahim, bersama Ketua Bahagian Pengurusan IPD Kubang Pasu, Ketua Polis Balai Changloon dan Ketua Polis Balai Langgar telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Kpl 180252 Muhammad Firdaus bin Ahmad dari Balai Polis Changloon yang sedang menerima rawatan di Wad Kenanga 3A, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Kpl Muhammad Firdaus terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 Ogos 2026 semasa dalam perjalanan ke Balai Polis Changloon bagi menghadiri roll call.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati beliau mengalami kecederaan patah pada tulang belakang dan telah selamat menjalani pembedahan pada 11 Ogos 2026.

Lawatan ini diadakan sebagai tanda keprihatinan serta memberikan sokongan moral kepada anggota dan keluarganya.

Semoga Kpl Muhammad Firdaus dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan dan kembali bertugas seperti sediakala. Aamiin.


10/08/2026

📢 KENYATAAN MEDIA | MENGESAN SAKSI

Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap sedang mengesan seorang saksi bagi membantu perbicaraan kes di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang akan berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Nerang pada 18 Ogos 2026 jam 11.00 pagi.

Butiran saksi adalah seperti berikut:

👤 Nama: Ms. Cho Mar
📍 Alamat Terakhir: Kampung Tanjung Thai, 06300 Kuala Nerang, Kedah

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan saksi tersebut dimohon tampil membantu siasatan dengan menghubungi:

📞 Insp Sheikh Hazadharani Sheikh Ibrahim: 019-6082716
☎️ Bilik Gerakan IPD Padang Terap: 04-7866222
🏢 Atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kerjasama dan keprihatinan orang ramai amat dihargai bagi memastikan kelancaran proses perbicaraan.

08/08/2026

KESIAPSIAGAAN KUAT, NEGARA SELAMAT: TINDAKAN PANTAS TANGANI BEG MENCURIGAKAN DI ICQS BUKIT KAYU HITAM

Kepekaan anggota di lapangan serta tindakan pantas dan teratur pihak berkuasa berjaya memastikan insiden penemuan sebuah beg pakaian beroda yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam pada 7 Ogos 2026 ditangani dengan selamat, profesional dan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan.

“Keselamatan pengembara, petugas dan pintu masuk negara sentiasa menjadi keutamaan KDN. Setiap potensi risiko akan ditangani dengan tahap kewaspadaan tertinggi tanpa berkompromi terhadap keselamatan awam.” — YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Beg berkenaan dikesan oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) pada kira-kira 5.35 petang di Blok B, laluan pengembara dari Malaysia ke Thailand. Susulan imbasan awal yang menunjukkan petunjuk mencurigakan, beg tersebut segera diasingkan dan kawasan berkenaan dikawal sebelum Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

Unit Pemusnah Bom (UPB) PDRM kemudiannya melaksanakan langkah keselamatan termasuk mengosongkan kawasan Blok B dan menangani bagasi tersebut menggunakan peralatan robotik, sekali gus meminimumkan sebarang risiko kepada orang awam serta petugas.

Hasil pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa beg berkenaan hanya mengandungi barangan klinikal kosmetik berasaskan alkohol. Kandungan tersebut dikenal pasti telah menghasilkan bacaan yang menyerupai petunjuk bahan letupan semasa pemeriksaan awal.

TIADA DADAH DAN TIADA BAHAN LETUPAN DITEMUI.

Keadaan keseluruhan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam adalah selamat, baik dan terkawal. Insiden ini membuktikan kepentingan kesiapsiagaan, kepekaan anggota serta koordinasi pantas antara agensi dalam memastikan keselamatan pintu masuk negara sentiasa terpelihara.

KDN menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian ini. Rujuk hanya kenyataan rasmi pihak berkuasa bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan awam.

KESELAMATAN SEMPADAN, TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

Sumber: Maklumat rasmi kejadian di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam | 7 Ogos 2026

02/08/2026
02/08/2026

🕌 Jangan Kata Pada Solat, "Aku Ada Kerja"... Tetapi Katakan Pada Kerja, "Sekarang Waktu Solat."

Rezeki bukan datang kerana kita bekerja tanpa henti, tetapi kerana keberkatan daripada Allah SWT. Apabila azan berkumandang, tinggalkan seketika urusan dunia dan sambutlah panggilan Tuhan yang telah mengurniakan segala nikmat kepada kita.

Jangan biarkan kesibukan menjadi alasan untuk melengah-lengahkan solat. Sesungguhnya, solat bukan penghalang kejayaan, bahkan menjadi kunci kepada keberkatan hidup, ketenangan jiwa dan kejayaan dunia serta akhirat.

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Perkara pertama yang akan dihisab ke atas seorang hamba pada hari kiamat ialah solatnya. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya. Jika rosak solatnya, maka rosaklah seluruh amalannya."
(Hadis Riwayat al-Tabrani)

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa menjaga solat pada awal waktu dan mengakhiri kehidupan dengan husnul khatimah.

حَٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٰتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُواْ لِلَّهِ قَٰنِتِينَ
Maksudnya:
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
(Surah al-Baqarah: 238)

Address

Balai Polis Changloon
Changlun
06010

Telephone

+6049241222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Balai Changloon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share