Pejabat ditutup pada 2/2/2026 (Hari Cuti Am). Pada 4/2/2026 dibuka hingga 12pm sahaja. Pejabat beroperasi semula pada 6/2/2026. Terima kasih.
Pesuruhjaya Sumpah Cyberjaya / Commissioner for Oaths
Mengendalikan sumpah afidavit atau ikrar. Mengambil dan menerima akuan berkanun di Cyberjaya
02/07/2025
Saya juga boleh dihubungi melalui aplikasi Whatsapp. Saluran chat Messenger FB tidak berfungsi sepenuhnya. Terima kasih.
Permohonan Pesuruhjaya Sumpah untuk Tugasan Luar.
Kadang-kala ada keperluan masyarakat untuk mendapatkan meterai dari Pesuruhjaya Sumpah di luar pejabat contohnya hospital, penjara, pusat pemulihan, masjid atau rumah persendirian.
Ini berlaku apabila ada deponen yang menghadapi kesukaran atau ada batasan untuk keluar ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah terdekat untuk menandatangani dokumen.
Orang ramai boleh memohon Pesuruhjaya Sumpah untuk hadir ke premis dengan mengemukakan dokumen/surat/bukti yang kukuh bagi Pesuruhjaya Sumpah melakukan tugas di luar pejabat.
Semua permohonan mesti dilakukan sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum hari untuk tandatangan dokumen. Juga dinasihati tuan dan puan memohon lebih awal (5 - 6 hari sebelum).
Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan dan budi bicara penuh YAA Ketua Hakim Negara.
Sekian, terima kasih.
03/04/2024
Larangan Melakukan Salinan Diakui Sah
Kebanyakan dari kita kadang-kadangkala memerlukan salinan diakui sah atau certified true copy atau CTC untuk kad pengenalan, sijil kelahiran (surat beranak), sijil nikah dan sebagainya. Tetapi kebanyakannya akan hadir ke Pesuruhjaya Sumpah untuk mendapatkan CTC.
Menurut surat yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia bertarikh 13 June 2005, Pesuruhjaya Sumpah dilarang untuk melakukan salinan diakui sah atau CTC. Rujukhttps://epjs.kehakiman.gov.my/resources/dokumen_external/law/docs/my/ARAHAN%20LARANGAN%20MELAKUKAN%20SALINAN%20DIAKUI%20SAH%20PADA%20SEBARANG%20DOKUMEN.pdf
Pilihan lain yang ada untuk membuat salinan diakui sah atau CTC iaitu pegawai kerajaan gred 41, Pengetua Sekolah, GPK, Majistret, Penghulu dan Peguam Cara Peguam Bela.
Tetapi Pesuruhjaya Sumpah dibenarkan untuk menerima akuan berkanun yang ditandatangani sendiri oleh pemilik dokumen yang mengakui bahawa salinan dokumen tersebut adalah benar dari dokumen asal (Att 1).
Template kosong untuk akuan berkanun boleh didapati di sinihttps://epjs.kehakiman.gov.my/resources/dokumen_external/law/docs/my/AKTA%20AKUAN%20BERKANUN%201960.pdf
Semoga dipermudahkan urusan kita. Insyaallah.
Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Cyberjaya / Commissioner for Oaths akan ditutup pada 25/1/2024 hingga 26/1/2024.
Pejabat dibuka semula pada 29/1/2024.
Terima kasih
Pejabat akan ditutup pada 1 September 2023. Dibuka semula pada 4 September 2023. Terima kasih.
Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Cyberjaya akan dibuka pada pukul 8:00 pagi hingga 4.30 petang di bulan Ramadhan. Selamat berpuasa pada semua. Terima Kasih.
Pejabat akan ditutup pada 10 Mac 2023 hingga 13 Mac 2023 dan dibuka semula pada 14 Mac 2023. Pada tarikh pejabat ini ditutup, Tuan/Puan diminta untuk menghubungi rakan Pesuruhjaya Sumpah di Glomac atau Paragon atau Putrajaya. Terima kasih.
01/03/2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di sini saya kongsi format Akuan Berkanun atau Statutory Declarations mengikut Akta Akuan Berkanun 1960.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan khidmat Pesuruhjaya Sumpah di Cyberjaya.
Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Cyberjaya Wisma Suria akan ditutup pada 16 Februari 2023. Pejabat beroperasi semula pada 17 Februari 2023. Terima kasih.
Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Cyberjaya / Commissioner for Oaths akan ditutup pada 10 Februari 2023 sebelah pagi. Pejabat kembali beroperasi pada pukul 2.30 petang pada hari yang sama. Terima kasih.
Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Cyberjaya / Commissioner for Oaths akan ditutup pada 9 Februari 2023 sebelah pagi. Pejabat kembali beroperasi pada pukul 2.30 petang pada hari yang sama. Terima kasih.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
PS08 Level 4, Wisma Suria (Pentagon Suite), Jalan Teknokrat 6, Cyber 5
Cyberjaya
63000
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |
