14/05/2026
CyberSecurity Malaysia
Company No. 200601006881 (726630-U)
CSM is the national cyber security specialist centre. Go to www.cybersecurity.my for more info
FUNCTION / MANDATE:
As the national cyber security specialist centre, CyberSecurity Malaysia’s core function is to provide strategic services, namely:
* Cyber security emergency response, incident handling, and digital forensics.
* Cyber security quality management.
* Cyber security capability and capacity development.
* Cyber security outreach and acculturation.
* Cyber security research and ri
14/05/2026
12/05/2026
“AI yang tiada guardrail bukan sekadar masalah teknikal, ia adalah masalah kita semua, terutama generasi yang membesar bersama teknologi ini.” 👦📱
Tanpa guardrails:
❌ Cadangan yang bias dan tidak adil.
❌ Data peribadi terdedah.
❌ Maklumat palsu tersebar.
Dengan guardrails: ✅ Pengalaman digital yang lebih selamat.
✅ Teknologi yang lebih dipercayai.
✅ Perlindungan lebih baik untuk semua pengguna.
Kita semua ada peranan, sama ada sebagai ibu bapa, pengguna, atau pemimpin digital untuk pastikan teknologi yang kita guna, selamat untuk semua. 💪
-AI
11/05/2026
“Pernahkah anda terfikir, siapa yang pastikan AI membuat keputusan yang tidak adil atau bahaya kepada kita?”
Jawapannya ialah AI Guardrails. 🛡️
Ianya bukan sekadar tetapan teknikal. Ini adalah peraturan dan kawalan yang memastikan AI digunakan secara selamat, bertanggungjawab, dan telus, supaya data peribadi anda terlindung, maklumat yang diterima adalah benar, dan keputusan yang dibuat adalah adil.
Bayangkan guardrail kat tepi highway. Tak nampak banyak, tapi memang penyelamat bila situasi kritikal.
AI tanpa guardrail? Bahaya. AI dengan guardrails? Baru boleh percaya. ✅
-AI
10/05/2026
Kasih ibu - tidak pernah meminta balasan. Tidak bersyarat, tidak berpenghujung. 🌹
Sejak kecil, tangan ibu yang memimpin langkah pertama kita. Mengajar berjalan, mengenal dunia, dan bangkit setiap kali jatuh. Dan apabila kita dewasa, kasih itu tidak pernah hilang - hanya berubah bentuk, namun tetap utuh dan mendalam.
“A mother’s love, sacrifice, and guidance are lifelong gifts that shape her child’s character, soul, and future.”
Hari ini dan setiap hari, hargailah insan yang sentiasa ada di sisi kita. Jangan tunggu waktu yang sempurna untuk mengungkapkan rasa sayang, kerana waktu terbaik adalah sekarang. 💛
Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu - yang tabah, penyayang, dan seteguh kasihnya dari kami di CyberSecurity Malaysia. Terima kasih kerana menjadi benteng pertama dan terkuat dalam membentuk kehidupan anak-anak.
Seteguh Kasih Ibu. 💜
08/05/2026
“Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa Netflix tahu cerita apa yang anda ingin tonton selepas itu?”👀
Jawapannya ialah AI menganalisis anda lebih dari anda sedar.
Setiap kali anda:
▶️ Tengok/tonton sesuatu → AI catat citarasa anda.
🔍 ‘Search’ sesuatu → AI belajar apa yang anda mahu.
👆 Klik sesuatu → AI ‘fine -tune’ pengalaman anda.
Ini bukan sesuatu yang Ajaib atau bukan kebetulan. Ia adalah ‘pattern recognition’ - AI belajar daripada data yang anda layari, kemudian buat ‘predictions’ yang semakin lama semakin tepat.
Macam kawan-kawan lama yang sudah mengenali perangai anda. Cuma bezanya… AI tak pernah lupa. 🧠
Faham cara AI bekerja dan faham tatacara untuk melindungi diri dalam dunia digital hari ni.
Ikuti kempen GEN-AI untuk lebih tips keselamatan siber dan digital yang praktikal! 🔐
-AI DigitalMalaysia
07/05/2026
“Selama ini, saya ingat AI tu benda jauh lagi canggih? Rupa-rupanya saya dah guna setiap hari tanpa sedar.” 😅
Setiap kali kita dapat cadangan cerita kat Netflix atau kena ‘redirect’ untuk elak kesesakan jalan melalui Waze, atau spam emel terus lesap sebelum sempat baca, rupanya itulah AI yang sedang bekerja untuk kita.
Bukan sains roket, bukan filem sci-fi. Ini adalah kehidupan harian kita sekarang.
Apa yang penting ialah kita memahami cara AI berfungsi supaya kita yang kawal teknologi — bukan sebaliknya.
-AI
02/05/2026
https://youtu.be/OiViJTD3Sr0?si=QXNEolC7T6cyD1qb
Berita RTM 3 likes. "2 MEI 2026 - PASTIKAN SAHIH"
30/04/2026
Selamat Hari Pekerja kepada semua wira digital negara! 🛡️💻
Di sebalik setiap sistem yang selamat, setiap data yang terlindung, dan setiap ancaman siber yang berjaya digagalkan — ada insan luar biasa yang bekerja tanpa henti di belakang tabir.
Kepada para Incident Responder, Pe*******on Tester, Malware Analyst, SOC Analyst, Threat Analyst, Network Engineer dan semua barisan hadapan keselamatan siber negara
Hari ini adalah untuk anda. 🤝
Dunia nampak tenang sebab anda
“Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa.”
Berwaspada dalam setiap interaksi digital — kerana keselamatan maklumat bukan tanggungjawab seorang, tapi budaya seluruh organisasi.
28/04/2026
*BM:*
Sextortion dan Criminal harassment dalam talian merupakan jenayah siber serius yang melibatkan ugutan, manipulasi dan ancaman untuk mengeksploitasi mangsa secara dalam talian.
Jika anda menjadi sasaran, jangan panik atau jangan berkomunikasi dengan suspek. Hentikan semua komunikasi, simpan semua bukti, dan laporkan segera kepada pihak berkuasa.
👉 Laporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan segera
👉 CyberSecurity Malaysia menyediakan khidmat nasihat keselamatan siber serta panduan amalan terbaik
Sentiasa berwaspada, bertindak segera, dan lindungi diri anda dalam ruang digital.
21/04/2026
AMARAN: PENYAMARAN STAFF CYBERSECURITY MALAYSIA
Terdapat scammer yang menyamar sebagai staff CyberSecurity Malaysia.
Ini adalah PALSU.
Jangan:
❌ Balas emel mencurigakan
❌ Klik pautan diberi
❌ Kongsi maklumat peribadi
Sentiasa sahkan melalui saluran rasmi.
📧 Lapor: [email protected]
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Level 7, Tower 1, Menara Cyber Axis, Jalan Impact, Cyberjaya Darul Ehsan
Cyberjaya
63000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |

23/04/2026