07/10/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐ฑ ๐๐ฒ๐๐๐: ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐ ๐๐ง๐ญ๐๐ฅ๐๐ค ๐๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง
INSKEN terus memperkukuh ekosistem keusahawanan melalui kerjasama strategik bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menerusi Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), bersempena National Conference and Exhibition on IP Commercialisation (IP CONFEX) 2026.
Majlis pertukaran MoU ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mustaffa Kamil bin Ayub, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, bersama wakil MyIPO, dan turut dihadiri oleh Encik Ibrahim Amir bin Kamaruddin, Pengarah Pembangunan Kapasiti & Ekosistem INSKEN.
Melalui kerjasama ini, INSKEN dan MyIPO akan memperkukuh kesedaran serta pemahaman usahawan terhadap kepentingan harta intelek (IP), termasuk aspek pengenalpastian, perlindungan, pendaftaran dan pengurusan harta intelek dalam perniagaan.
Kerjasama ini turut melibatkan perkongsian ilmu, sesi bimbingan, bengkel dan program berkaitan IP bagi membantu usahawan memahami nilai harta intelek sebagai salah satu aset penting dalam membangunkan dan mengembangkan perniagaan.
Usaha ini diharap dapat memperkukuh literasi IP dalam kalangan usahawan INSKEN, sekali gus membantu mereka melindungi jenama, produk dan inovasi serta meningkatkan daya saing dalam pasaran.
๐๐๐๐ข๐ฅ๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ.
๐๐จ๐ฆ ๐๐จ๐ข๐ง ๐๐๐๐๐๐!