07/03/2025
Bas Smart Selangor MPSepang
Pages ini berkaitan sistem pengangkutan (SITS) dan Bas Percuma (Bas Smart Selangor) MPSepang. Pihak Admin berhak mengambil tindakan sewajarnya.
Sebarang komen, cadangan dan pandangan perlulah dibuat secara tertib dengan tatasusila dan adab sopan.
07/03/2025
07/03/2025
https://www.facebook.com/share/p/1Mt7Vg6RNf/?mibextid=wwXIfr
📢 NOTIS PENAMATAN PERKHIDMATAN 📢
Dimaklumkan bahawa perkhidmatan Bas Smart Selangor (Laluan SPG 3 & SPG 4) di bawah Majlis Perbandaran Sepang akan ditamatkan pada 31 Mac 2025.
Setelah 8 tahun beroperasi, Pihak MPSepang telah membuat membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Laluan SPG3 dan SPG4 kerana faktor2 berikut :
1. Ridership / Jumlah penumpang yang masih rendah walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak MPSepang seperti menukar bas 12 meter kepada 7 meter (bas mini), memasuki ke kawasan perkarangan / Lobi Hospital, memasuki Terminal Bas IOI City Mall dan pelbagai lagi.
2. Kos sewaan dan operasi bas yang meningkat susulan kenaikan harga diesel dan kos penyelenggaraan yang dijangkakan akan meningkat.
Di laluan SPG 3 terdapat perkhidmatan Kumpool (Van) ☝🏻 (menggunaan Mobile Apps Kumpool) yang beroperasi di Cyberjaya, manakala laluan SPG 4 terdapat perkhidmatan Van (Selangor Mobiliti) di mana merangkumi kawasan Hospital, IOI City Mall, UPM secara On Demand dengan kadar bayaran serendah RM2 menggunakan Aplikasi Trek ☝🏻dan didapati perkhidmatan ini mendapat sambutan. Penggunaan Selangor Mobility ini didapati mendapat sambutan dan merupakan alternatif bagi menggantikan perkhidmatan Bas Smart Selangor.
Harap maklum dan terima kasih atas sokongan anda! 🚍
Sebarang maklumat lanjut, sila layari:
🌐 www.mpsepang.gov.my
📘 Majlis Perbandaran Sepang
📘 Bas Smart Selangor MPSepang
14/11/2024
14/11/2024
TikTok · ADHAMALAYSIA Check out ADHAMALAYSIA’s video.
09/08/2024
NOTIS PEMBERITAHUAN :
Penutupan Laluan Bas Smart Selangor MPSepang di BBST Walk sempena Program Bulan Kebangsaan Kibar Jalur Gemilang dan Hari Tanpa Kenderaan Peringkat Majlis Perbandaran Sepang pada 11 OGOS 2024 (Ahad), 6:00 pagi hingga 12:00 Tengahari.
20/07/2024
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KİBAR JALUR GEMILANG 2024
Shuttle bas disediakan, Parkir di Cyberjaya Park & Ride dan menaiki bas ke Cyber Event Hall, Cyberjaya, Selangor
8:00 pagi - 5:30 petang
29/05/2024
*NOTIS PEMBERITAHUAN*
Penutupan Jalan / Laluan Bas Smart Selangor MPSepang (SPG 2) dan Laluan MyBas di BBST Walk Bagi Memberikan Laluan Kepada PROGRAM KOMUNITI MAMPAN@SEPANG ( ). Penutupan Jalan akan dibuat pada Waktu dan Tarikh seperti berikut :
31 MEI 2024 (Jumaat) : 8:30 Pagi hingga 10:00 Pagi
1 JUN 2024 (Sabtu) : 6:00 Pagi hingga 1:00 Petang
Bas Smart Selangor MPSepang (SPG2) dan MyBas perlu membuat lencongan seperti pelan dilampirkan. Bas, Teksi dan Kenderaan Persendirian adalah tidak dibenarkan masuk pada Tarikh dan waktu tersebut.
Sekian dimaklumkan.
18/02/2024
| JOM SERTAI PERADUAN CEPat-CEPat MENANG!
Sertai peraduan CEPat-CEPat Menang dan anda berpeluang memenangi hadiah utama iPhone 15 Pro!!
Jangan risau, sebanyak 36 hadiah menarik lain berupa ‘smart phone’ menanti pemenang!
Mudah saja, lakukan pembayaran melalui aplikasi Citizen E-Payment (CEPat) untuk menang! Anda hanya perlu membuat pembayaran bagi perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor seperti:
-Cukai Taksiran/Pintu
-Sewaan
-Lesen
-Kompaun
-Parkir
*Tempoh penyertaan adalah dari 29 November 2023 sehingga 29 Februari 2024.
*Bilangan transaksi yang terbanyak akan dipilih sebagai pemenang.
Apa tunggu lagi? Muat turun aplikasi CEPat sekarang! Ikuti laman rasmi ini untuk maklumat lanjut
28/07/2023
28/07/2023
*NOTIS PEMBERITAHUAN*
Penutupan Jalan / Laluan Bas Smart Selangor MPSepang (SPG 1) Berhampiran Dewan Komuniti Taman Sepang Putra pada 29 Julai 2023 (Sabtu), 6:00 am - 2:00 pm.
Bas Smart Selangor MPSepang (SPG1) akan membuat lencongan dan akan melalui jalan utama sahaja pada masa penutupan ini.
Sekian dimaklumkan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Persiaran Semarak Api
Cyberjaya
63200
Opening Hours
| Monday | 06:00 - 21:00 |
| Tuesday | 06:00 - 21:00 |
| Wednesday | 06:00 - 21:00 |
| Thursday | 06:00 - 21:00 |
| Friday | 06:00 - 21:00 |
| Saturday | 06:00 - 21:00 |
| Sunday | 06:00 - 21:00 |
