PUSPANITA Daerah Sepang

Call Website Contact the organization

PUSPANITA Daerah Sepang "Wanita Sepakat Negara Meningkat" โ€œWanita Sepakat Negara Meningkatโ€

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi simbol perpaduan, keharmonia...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Marilah kita terus menyemai semangat cintakan negara, menghargai kepelbagaian dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.

โœจ Bersama Membina Malaysia MADANI
๐Ÿค Rakyat Disantuni, Malaysia Dihargai.

Ikhlas daripada
PUSPANITA Daerah Sepang

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026 โ€” Menghayati 69 tahun keteguhan dan perpaduan sebuah bangsa.PUSPANITA Daerah Sepang mengucapkan Selamat Men...
31/08/2026

31 Ogos 2026 โ€” Menghayati 69 tahun keteguhan dan perpaduan sebuah bangsa.

PUSPANITA Daerah Sepang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.

Marilah kita terus bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan dan kasih sayang demi kesejahteraan negara tercinta. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ

"

"Salam Maulidur Rasul 1448H ๐ŸŒ™โœจ'Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling b...
25/08/2026

"Salam Maulidur Rasul 1448H ๐ŸŒ™โœจ

'Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.' โ€” HR Tirmidzi.

Mengimbau ikhtiar dan pengorbanan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan cahaya Islam. Sempena 12 Rabiulawal 1448H ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan menghayati akhlak baginda dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul 1448H tulus ikhlas daripada Puan Nori Dayu binti Ahmad Kanan (Pengerusi) serta seluruh Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Daerah Sepang.

Semoga kasih dan keteladanan baginda sentiasa menjadi panduan kita bersama.

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐…๐Ž๐“๐Ž๐†๐‘๐€๐…๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‡๐Š๐‡๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐’๐„๐๐€๐๐†  ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃJ...
15/08/2026

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐…๐Ž๐“๐Ž๐†๐‘๐€๐…๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‡๐Š๐‡๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐’๐„๐๐€๐๐†

๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃJom sertai Pertandingan Fotografi Kesejahteraan Dinikmati 2026 anjuran Biro Seranta, Publisiti dan Ekonomi PUSPANITA Daerah Sepang.

Terbuka kepada semua ahli Puspanita Negeri Selangor
Pertandingan ini bermula pada 15 Ogos 2026 hingga 16 September 2026.

๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐;
JOHAN -RM150.00 X 2 kategori,
NAIB JOHAN -RM100.00 X 2 kategori,
KETIGA -RM80.00 X 2 kategori,
SAGUHATI -RM50.00 x 10 penyertaan.

Terma dan syarat pertandingan boleh dilihat dengan mengimbas Kod QR yang disediakan. Lengkapkan Borang Penyertaan dengan mengimbas kod QR yang disediakan.

* Keputusan juri adalah muktamad.
* Peserta perlu muatnaik gambar yang dipertandingkan melalui borang penyertaan dalam tempoh 15 Ogos 2026 sehingga 10 September 2026, pukul 10.00 malam.
*Sesi undian gambar dengan โ€œLIKEโ€ akan berlangsung dalam tempoh 6 hari dari 11 September 2026 sehingga 16 September 2026.
*Penjurian Pertandingan Fotografi akan diadili melalui jumlah โ€œLIKEโ€ dan JURI.

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง ๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐ฉ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ.

Borang penyertaan:
https://forms.gle/BFwMSy7mCKVjbobh8

Syarat-syarat penyertaan:
https://drive.google.com/file/d/1kr3ZygfOgpMOHdbat9JZo2VxlFOqDj9a/view?usp=sharing

โ€œ๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜โ€






Puspanita Daerah Sepang
Puspanita Negeri Selangor

MAJLIS SEKALUNG BUDI, SEINDAH KENANGANHi-Tea PUSPANITA Daerah SepangTarikh: 19 Jun 2026 (Jumaat)Masa: 1.30 petang โ€“ 4.30...
06/07/2026

MAJLIS SEKALUNG BUDI, SEINDAH KENANGAN
Hi-Tea PUSPANITA Daerah Sepang

Tarikh: 19 Jun 2026 (Jumaat)
Masa: 1.30 petang โ€“ 4.30 petang
Tempat: Bangi Resort Hotel
Anjuran: Biro Pelancongan dan Sosial PUSPANITA Daerah Sepang
Peserta : 37 orang

Biro Pelancongan dan Sosial PUSPANITA Daerah Sepang akan menganjurkan program Hi-Tea bertemakan "Majlis Sekalung Budi, Seindah Kenangan" pada 19 Jun 2026 di Bangi Resort Hotel. Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada mantan Ahli Jawatankuasa (AJK) dan individu yang telah memberikan komitmen serta sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Selain itu, majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PUSPANITA, kakitangan dan jemputan melalui suasana santai yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti interaktif.

Diharapkan penganjuran Majlis Sekalung Budi, Seindah Kenangan ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan, di samping menjadi medium penghargaan kepada semua yang telah menyumbang kepada kecemerlangan PUSPANITA Daerah Sepang. Semoga program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta meninggalkan kenangan yang indah kepada semua peserta yang hadir.


PROGRAM  WE CARE WE SHARE 2026 : โ€œMENYEMAI KASIH, MEMBINA KESEJAHTERAANโ€Tarikh : 22 Jun 2026 (Isnin)Masa : 2.00 Petang -...
06/07/2026

PROGRAM WE CARE WE SHARE 2026 : โ€œMENYEMAI KASIH, MEMBINA KESEJAHTERAANโ€

Tarikh : 22 Jun 2026 (Isnin)
Masa : 2.00 Petang - 4.30 Petang
Tempat : Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM, Serdang

Perasmi : Prof. Madya Dr. Zulfitri 'Azuan bin Mat Daud
Timbalan Pengarah urusan Sokongan Klinikal / Pengerusi Jawatankuasa Hospital mesra Ibadah, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Sasaran peserta: 190 orang terdiri daripada:
1. Pesakit di Wad Hospital (150 orang)
2. Wakil PUSPANITA Daerah Sepang (20 orang)
3. Wakil PAID SEPANG (10 orang)
4. Wakil Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (10 orang)

Bilangan peserta: 120 Orang terdiri daripada:-
1. Pesakit di Wad Hospital (80 orang)
2. Wakil PUSPANITA Daerah Sepang (20 orang)
3. Wakil PAID SEPANG (10 orang)
4. Wakil Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (10 orang)

Objektif :
1. Menyantuni pesakit melalui ziarah dan sokongan emosi
2. Memberi kefahaman tentang kewajipan solat walaupun dalam keadaan sakit
3. Menyampaikan panduan ringkas solat bagi orang sakit
4. Mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli PUSPANITA dari pelbagai agensi dengan masyarakat
5. Menerapkan nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat kesukarelawanan tanpa mengira agama dan latar belakang.

Pengisian program:

Program dimulakan dengan ketibaan urus setia dan para peserta di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada jam 1.15 petang yang diikuti dengan jamuan makan tengah hari. Seterusnya, peserta bersama-sama menunaikan solat Zohor sebelum meneruskan pengisian program.

Majlis rasmi bermula pada jam 2.30 petang dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis dan bacaan doa. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Ustaz Mohd Hafzi bin Brahim dan ucapan Pengerusi PUSPANITA Daerah Sepang, Puan Nori Idayu binti Ahmad Kanan. Program kemudiannya dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Zulfitri 'Azuan bin Mat Daud, Timbalan Pengarah Urusan Sokongan Klinikal merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). Selepas itu, berlangsung sesi penyampaian cenderahati kepada pihak hospital sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan.

Sebelum sesi ziarah dimulakan, pihak Hospital Sultan Abdul Aziz Shah telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai tatacara ziarah pesakit, pematuhan prosedur hospital serta pembahagian peserta kepada beberapa kumpulan bagi memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar dan teratur.

Seterusnya, para peserta bergerak ke wad-wad yang telah ditetapkan iaitu Wad Perubatan Pediatrik 1, Wad Perubatan Pediatrik 2, Wad Perubatan Ortopedik 1 dan Wad Perubatan Ortopedik 2. Dalam sesi ziarah tersebut, peserta menyantuni pesakit melalui interaksi mesra, memberi kata-kata semangat, mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan mereka serta menyampaikan Kit Ibadah Pesakit dan sumbangan kepada setiap pesakit. Bagi pesakit beragama Islam, turut diberikan panduan ringkas berkaitan pelaksanaan ibadah solat ketika sakit, manakala pesakit bukan Islam turut menerima sumbangan sebagai simbol kasih sayang dan keprihatinan tanpa mengira agama.

Program diakhiri pada jam 4.30 petang dengan sesi minum petang sebelum semua peserta bersurai.


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA DAERAH SEPANG KE-40 TAHUN 2026Tarikh : 5 Februari 2026Tempat : Dewan Dahlia, Bandar Ba...
01/07/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA DAERAH SEPANG KE-40 TAHUN 2026

Tarikh : 5 Februari 2026
Tempat : Dewan Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi

๐Ÿงโœจ Bermula 1 Julai 2026, pemegang kad debit Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai secara percuma tanpa had di lebih 14,...
16/06/2026

๐Ÿงโœจ Bermula 1 Julai 2026, pemegang kad debit Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai secara percuma tanpa had di lebih 14,000 ATM dan SRM seluruh negara, tanpa dikenakan yuran RM1. ๐Ÿ’ณ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŒธHi-Tea : MAJLIS SEKALUNG BUDI SEINDAH KENANGAN PUSPANITA DAERAH SEPANG๐ŸŒธBiro Sosial & Pelancongan PUSPANITA Daerah Sepan...
10/06/2026

๐ŸŒธHi-Tea : MAJLIS SEKALUNG BUDI SEINDAH KENANGAN PUSPANITA DAERAH SEPANG๐ŸŒธ

Biro Sosial & Pelancongan PUSPANITA Daerah Sepang menjemput Ahli PUSPANITA Daerah Sepang untuk menyertai MAJLIS SEKALUNG BUDI SEINDAH KENANGAN PUSPANITA DAERAH SEPANG seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 19 Jun 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•‘ Masa: 2.30 Petang โ€“ 6.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Bangi Resort Hotel
๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan: RM50.00 seorang

๐Ÿ‘ฅ Terhad kepada Ahli PUSPANITA Daerah Sepang sahaja
โš ๏ธ Penyertaan terhad kepada 21 orang peserta terawal
โ€ผ๏ธ Pendaftaran berserta bayaran selewatnya pada 13 Jun 2026 (Sabtu).

๐Ÿ“ Pendaftaran:
https://forms.gle/H4m2xz5G3pVpGqUWA

๐Ÿ’ณ Maklumat Pembayaran:
Nama Akaun: PUSPANITA DAERAH SEPANG
Bank: BANK ISLAM
No. Akaun: 05058010022014
Rujukan: Bayaran Hi Tea Puspanita 2026
Payment Details: No. Telefon Peserta

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
* Puan Rozarina โ€“ 017-287 6608
* Puan Kalaiarasi โ€“ 016-244 8415

โœจ Kehadiran anda amat kami nantikan!

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha โœจ๐ŸŒ™Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan jiwa dan mengeratkan lagi ukhuwah s...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha โœจ๐ŸŒ™

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan jiwa dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Hayati erti pengorbanan dengan penuh keikhlasan serta semangat berkongsi rezeki dan kasih sayang. ๐Ÿค

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada
Pengerusi & Ahli Jawatankuasa
PUSPANITA Daerah Sepang ๐ŸŒธ

โ€œPengorbanan yang ikhlas melahirkan kebahagiaan yang indah.โ€ ๐Ÿ•Š๏ธ



Address

D/a , PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG Bangunan Tun Aziz, Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
Darul Ehsan
43900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSPANITA Daerah Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PUSPANITA Daerah Sepang:

Shortcuts

Share