09/08/2026
PROGRAM COMMUNITY POLICING BALAI POLIS TANJUNG KUPANG
Tanjung Kupang, 09 OGOS 2026 - Anggota MPV Flexi JH92 Balai Polis Tanjung Kupang diketuai Oleh Ketua Polis Balai S/Insp Hamdan Bin Hamid membuat Program Kepolisan Komuniti di sekitar kawasan Balai Polis Tanjung Kupang
š Pasar Ikan/Perumahan Pendas Baru 81550 Gelang Patah Johor
1. Program ini bertujuan mendekati masyarakat bagi mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan mutu perkhidmatan dan program yang dianjurkan. Mendidik masyarakat berkenaan langkah pencegahan jenayah di bawah inisiatif *_āModern Policingā_* Polis Diraja Malaysia (PDRM).
2. Memupuk dan menyemai semangat persefahaman di antara PDRM dengan masyarakat sebagai satu *"Sahabat Pencegahan Jenayah".* Pendekatan program ini, masyarakat akan lebih terbuka dalam membantu pihak polis menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan memaklumkan sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan tersebut.
3. Program ini juga bertujuan memastikan masyarakat sentiasa peka dengan taktik-taktik terbaru yang digunakan oleh penjenayah. Promosi hebahan aplikasi *_Volunteer Smartphone Patrol (VSP),_* *_Tiktok_* IPD Iskandar Puteri, *_Facebook_* IPD Iskandar Puteri dan risalah tentang pencegahan jenayah turut diedarkan semasa program dijalankan.
Onn Hafiz GhaziIPD Iskandar Puteri