09/10/2026
*CERAMAH PERTOLONGAN CEMAS SEMPENA PROGRAM SKEMBA KRS SIAGA PERINGKAT SK PADANG TEMBAK*
*7 Oktober 2026 (Rabu) | Dewan Ilizam, SK Padang Tembak, Ayer Itam*
Program SKEMBA KRS SIAGA Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Tembak telah diadakan bertempat di Dewan Ilizam, SK Padang Tembak.
Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Tembak telah menjemput Pejabat Daerah Pertahanan Awam Timur Laut (PDPA Timur Laut) sebagai penceramah bagi program tersebut dengan tajuk *Pertolongan Cemas*.
Ceramah telah disampaikan pada ketetapan berikut:
*Tarikh: 7 Oktober 2026 (Rabu)*
*Masa: 1.00 Tengah Hari*
*Tempat: Dewan Ilizam, SK Padang Tembak*
*Tajuk: Pertolongan Cemas*
Sesi ceramah ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para peserta KRS mengenai asas pertolongan cemas, tindakan awal semasa kecemasan serta peranan dan fungsi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam menyelamatkan nyawa.
Para peserta turut didedahkan dengan demonstrasi teknik balutan, bantuan awal kecederaan serta tatacara menghubungi talian kecemasan 999.
Program diakhiri dengan sesi soal jawab, penyerahan cenderahati dan sesi bergambar bersama warga SK Padang Tembak.
Pihak Pengurusan PDPA Timur Laut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SK Padang Tembak atas kesudian menjemput APM sebagai penceramah. PDPA Timur Laut sentiasa komited dan mengalu-alukan kerjasama seumpama ini daripada semua institusi pendidikan.