DPP Kawasan Gerik Official

Call Contact the organization

DPP Kawasan Gerik Official Dewan Pemuda PAS Kawasan Gerik.

🚨 REMINDER MINIT TERAKHIR: PROGRAM MALAM NI! 🚨Yang baru selesai makan, yang baru lepas Isyak, atau yang tengah landing k...
16/09/2026

🚨 REMINDER MINIT TERAKHIR: PROGRAM MALAM NI! 🚨

Yang baru selesai makan, yang baru lepas Isyak, atau yang tengah landing kat sofa tu... JANGAN LUPA APPOINTMENT KITA MALAM NI! 🤣
Panggilan terakhir untuk seluruh jentera DUN Temenggor! Tak kira yang aktif depan pentas, belakang tabir, atau yang jenis silent reader drop emoji 👍 kat grup WhatsApp jer... malam ni korang WAJIB MAI! 💚🔥

💚 PENYELESAIAN ISLAM MENGISI KEMENANGAN 💚

🗓️ Tarikh: Malam Ini (16 September 2026)
⏰ Masa: Malam Ini (Selepas Isyak / Now!)
📍 Lokasi: Markaz PAS Bandariang
🎤 Perasmian Oleh:
YB Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari
(Ketua Penerangan PAS Pusat / Ahli Parlimen Pasir Mas)

⚠️ Tolong... jangan ada yang tanya kat grup WhatsApp lagi: "Eh, program malam ni kat mana ek?" Location dah pin, terus pulas motor/kunci kereta & gerak sekarang! 🏎️💨

16/09/2026

LIVE!!

Konvoi Bot Pelancaran Jentera PAS Dun Temenggor!

16/09/2026

Konvoi Bot Sempena Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS DÜN Temengor , Parlimen GERIK

Jeti Ulu Kenderong
5:30 petang

12/09/2026

Apa beza Hollywood dan Malaysia?

Di Hollywood ada Autobot, di Malaysia ada Autabot

12/09/2026

KONVOI MOTO BERTUKAR JADI KONVOI PROJEK! 😂
Ingatkan jentera pilihan raya… sekali jentera sebenar mai 6 buah! 🤣

Konvoi pelancaran jentera pilihan raya DUN Temenggor…
Semua dah standby dengan moto berbendera PAS. 🏍️💚

Tiba-tiba… 6 buah backhoe mai! 😳😂

Ketua backhoe:
“Boss, kami pun nak join konvoi!”

Ketua konvoi:
“Tak boleh, tak boleh! Backhoe kita buat next program!” 😂

Muka ketua backhoe terus berubah… sedih macam tak dapat ikut rombongan. 🥹

Tapi rupanya… moto dah standby atas bucket! 🤣🤣

Kalau jentera pilihan raya pun dah macam ni,
jentera DUN Temenggor memang lain macam! 🔥

📍 Markaz PAS Bandariang
📅 16 September 2026
⏰ 5.00 petang

Penyelesaian Islam Mengisi Kemenangan.

11/09/2026

MALAM NI BUKAN MESYUARAT KELUARGA… TAPI KELUARGA HARAKI! 😂

LIQA FIKRI NEGERI | MALAM INI 🌙

📖 Tajuk: “Keluarga Haraki: Kesinambungan Perjuangan Ummah”

disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Idris bin Ahmad.

Keluarga bukan sekadar makan semeja, bergambar raya dan tanya,
“Bila nak kahwin?” 😂

Dalam perjuangan, keluarga haraki adalah tempat kita saling menguatkan, mendidik dan menyambung amanah perjuangan ummah dari satu generasi ke satu generasi.

Malam ni, kita bukan datang sekadar dengar ceramah…
kita datang isi semula ‘bateri perjuangan’. 🔋🔥

Jangan bagi kerusi lebih ramai daripada kita! 😆

Ayuh hadir, hayati dan ambil manfaat.

Keluarga Haraki — kesinambungan perjuangan ummah.
🌙📖🔥

Ghaibnya duit kat TikTok Shop tu satu hal... belum kira singgah MR. DIY dengan Eco-Shop lagi. 😂​Niat asal nak beli tape ...
04/09/2026

Ghaibnya duit kat TikTok Shop tu satu hal... belum kira singgah MR. DIY dengan Eco-Shop lagi. 😂

​Niat asal nak beli tape segulung dengan plastik sampah RM2.40. Sekali bila keluar kedai, siap bawa balik 3 plastik penuh. Nak beli satu barang, terbeli lapan! Pelik tapi benar, barang 'murah' tapi resit cecah RM80. 🛒

​Tapi pernah tak kita terfikir... kalau duit RM10–RM50 yang selalu 'terlepas' tanpa sedar tiap-tiap minggu tu, kita alirkan sedikit ke tempat yang pahalanya takkan rugi?

​SUMBANGAN INFAQ PEMBANGUNAN SMITI AT-TAUFIQ GERIK 🤲🏻💚

​Tak perlu tunggu kaya baru nak memberi.
RM10, RM30, RM50... ikut kadar kemampuan kita hari ini.

​Duit keluar akaun bank, pahala masuk akaun akhirat. 📈✨

​Setiap sen yang kita salurkan akan bantu sediakan kemudahan serta fasiliti pendidikan yang lebih baik buat generasi akan datang di SMITI At-Taufiq Gerik
​Sumbangan Boleh Disalurkan Ke:
🏦 Bank: Bank Rakyat
🔢 No. Akaun: 11-0263161-7
👤 Nama Akaun: Pertubuhan SMITI Malaysia (SMITI At-Taufiq)
📱 DuitNow QR: Imbas QR Code (SMITI AT TAUFIQ) dalam gambar hantaran ini.

​Bantu kami dengan klik butang Share pun dah kira satu kebaikan yang amat besar. Semoga Allah melipatgandakan rezeki anda! 🤲🏻💚

🇲🇾 HARI KEBANGSAAN: SEJAUH MANA KITA BENAR-BENAR MERDEKA?Setiap kali tibanya tanggal 31 Ogos, kibaran Jalur Gemilang mem...
31/08/2026

🇲🇾 HARI KEBANGSAAN: SEJAUH MANA KITA BENAR-BENAR MERDEKA?

Setiap kali tibanya tanggal 31 Ogos, kibaran Jalur Gemilang memenuhi segenap sudut negara sebagai simbolik kebebasan tanah air daripada cengkaman penjajah. Namun, kemerdekaan yang hakiki bukan sekadar dinilai pada retorik perbarisan atau percikan bunga api, melainkan pada sejauh mana rakyat menikmati keadilan sosial, kestabilan ekonomi, dan tadbir urus yang bersih.

Sayangnya, realiti hari ini menyaksikan rakyat masih terbelenggu dengan pelbagai krisis kepimpinan, kecelaruan polisi, dan defisit integriti yang kian merosakkan tiang seri negara. Di sebalik laungan merdeka, pelbagai isu utama terus menghimpit kehidupan seharian dan menjejaskan masa depan bangsa:

📌 RCI Tabung Haji & Skandal Terkubur
RCI Tabung Haji terpesong menjadi alat tekanan politik, manakala skandal mega seperti isu LCS, krisis integriti Azam Baki, serta penguasaan Korporat Mafia kini sengaja disenyapkan daripada perhatian umum.

👉 Solusi: Pengasingan kuasa total Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta pelaksanaan audit kewangan awam secara bebas dan terbuka tanpa campur tangan politik.

📌 Krisis Bekalan Baja Padi & Sekuriti Makanan
Kelewatan pengagihan baja subsidi melumpuhkan punca pendapatan pesawah tempatan sekali gus merosakkan rantaian jaminan makanan negara.

👉 Solusi: Hapuskan kartel orang tengah (middleman) melalui pengagihan terus berasaskan prinsip Amanah dan Maslahah serta jaminan harga lantai yang adil.

📌 Kegagalan Tadbir Urus Sukan (Pendedahan Azizulhasni Awang)
Pendedahan jaguh basikal negara membongkar kelemahan birokrasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) yang gagal menyokong atlet berprestasi tinggi secara optimum.

👉 Solusi: Meletakkan kepimpinan sukan di tangan pakar berasaskan meritokrasi dan kecekapan, bukannya sebagai ganjaran politik (political patronage).

📌 Pelesenan Premis Judi yang Merosakkan Moral
Pengekalan dan pembaharuan lesen judi terus memusnahkan nilai moral serta meruntuhkan institusi kekeluargaan.

👉 Solusi: Penutupan premis perjudian secara berfasa di seluruh negara serta perkasakan ekonomi halalan toyyiban yang bebas daripada unsur haram dan gharar.

📌 Pengurusan Pelarian Rohingya yang Celaru
Kegagalan kawalan imigresen dan dasar penempatan yang tidak tersusun mencetuskan keresahan sosial dan mengancam ketenteraman awam.

👉 Solusi: Pendaftaran ketat berasaskan keselamatan nasional dan ketegasan tindakan diplomatik di peringkat ASEAN.

Allah SWT berfirman:

"Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa." (Surah Al-Ma'idah: 8)
Ayat ini mengingatkan kita bahawa institusi keadilan tidak boleh dijadikan perisai untuk melindungi kroni atau senjata menindas pihak lawan.

Sempena Hari Kebangsaan ini, marilah kita membina tekad baharu. Sudah tiba masanya kita sebagai prinsip dan jaminan utama memulihkan urus tadbir negara, sekali gus membuktikan pentadbiran yang bersih dan berintegriti bahawa PAS berwibawa dalam menuju sebuah negeri yang sejahtera, adil, dan berkat.

Segala krisis, kepincangan tadbir urus, dan isu sosial sentiasa ada jalan keluarnya jika kita berani meletakkan hukum dan nilai keadilan di tempat yang sepatutnya. Sudah tiba masanya kita membina tekad baharu untuk membawa perubahan sebenar demi masa depan negara.

Selamat Hari Kebangsaan. Dirgahayu Malaysiaku!

Address

Gerik

Telephone

+60165215620

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DPP Kawasan Gerik Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DPP Kawasan Gerik Official:

Shortcuts

Share