25/10/2026
MAJLIS PERASMIAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) KAMPUNG BATU 6, GUA MUSANG
📍 Kampung Batu 6, Gua Musang, Kelantan
📅 25 Oktober 2026 (Ahad)
Majlis Perasmian Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Batu 6, Gua Musang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Roshdi bin Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang, pada 25 Oktober 2026.
Perasmian ini merupakan salah satu usaha dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana, khususnya menjelang Monsun Timur Laut, di samping memastikan kemudahan perlindungan sementara dapat disediakan kepada penduduk sekiranya berlaku bencana seperti banjir.
Pusat Pemindahan Sementara ini memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan mangsa bencana dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan sistematik, termasuk dari aspek keselamatan, kebajikan serta penyediaan keperluan asas kepada penduduk yang terjejas.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Gua Musang sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab membantu masyarakat melalui kesiapsiagaan anggota, operasi menyelamat, pemindahan mangsa serta kerjasama erat dengan agensi-agensi berkaitan dalam pengurusan bencana.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia