MARDI PERAK

Website

MARDI PERAK MARDI PERAK

01/09/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada

Dr Rozieta binti Labuh atas pelantikan sebagai 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 Pusat Penyelidikan Hortikultur, dan
Ir Dr Badril Hisham bin Abu Bakar sebagai 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 Pusat Penyelidikan Kejuruteraan MARDI
berkuat kuasa pada 1 September 2026

Semoga dengan pelantikan ini, Yang Berusaha Dr. dapat menyumbang khidmat kepakaran agar MARDI terus maju dan memberi impak positif kepada sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.






Selamat Bersara, Dato’ Dr. Haji Mohamad ZabawiSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Dr. Ha...
01/09/2026

Selamat Bersara, Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI, atas 38 tahun penuh dedikasi, khidmat bakti dan sumbangan bermakna kepada MARDI serta pembangunan sektor agromakanan negara.

Segala jasa, kepimpinan dan komitmen yang dicurahkan akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi buat seluruh warga MARDI.

Semoga Dato’ terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam melangkah ke fasa kehidupan yang baharu.

Selamat bersara dan terima kasih atas segala jasa dan bakti.






30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan berdaya tahan.

Berteraskan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, MARDI komited untuk terus memperkasa penyelidikan, pembangunan dan inovasi agroteknologi demi menyokong keterjaminan makanan serta kesejahteraan rakyat.

Ayuh bersama menghayati erti kemerdekaan dengan semangat patriotisme, perpaduan dan tekad untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!

30/08/2026

Antara yang menarik di Laman Jagung Bijian pada hari ke-2 MAHA 2026.

Saksikan demonstrasi menarik pelbagai jentera untuk tanaman jagung bijian.

Selain itu, terdapat juga pelbagai permainan interaktif untuk disertai. Jom beramai-ramai sertai kami!


30/08/2026

PROMO KHAS PETUGAS MAHA 2026

Penat bertugas? Jom recharge dengan Puyuh Crispy Lunch Box! 🍱

✨ Harga biasa RM15
🔥 Harga khas petugas MAHA RM12 sahaja!

Tak perlu keluar jauh — delivery terus ke lokasi anda! 🛵

⚠️ Promo terhad! Jangan sampai terlepas!
📲 Dapatkan kupon & tempah sekarang melalui WhatsApp.

⏬️⏬️⏬️
https://wa.me/message/UATGRYPKCBUAG1

30/08/2026
30/08/2026

Teh Premium dari ladang teh tertua di Malaysia.

Ditanam, diproses di kilang teh tertua di Malaysia dan kini boleh anda dapatkan di Laman Agromadani, MAHA 2026.

Jom rasa sendiri & bawa pulang teh premium pilihan anda!

28/08/2026
28/08/2026
28/08/2026

Address

Pejabat MARDI Perak, Kampung Talang Hulu
Hulu
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 04:30
Tuesday 08:00 - 04:30
Wednesday 08:00 - 04:30
Thursday 08:00 - 04:30
Friday 08:00 - 04:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI PERAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share