19/10/2026
ππππππππππ πππππππ ππππ πππππππ ππππππππππππ πππππ ππππππ πππππ
IPOH, 19 Oktober 2026 β Mesyuarat Pengurusan Bahagian Penguatkuasa Bil. 4/2026 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kenanga, Blok A. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Muhamad Nazri bin Hamzah, Ketua Bahagian Penguatkuasa.
Antara agenda utama mesyuarat ialah penyerahan sebanyak 67 buah peranti SMeD oleh Tuan Muhamad Nazri bin Hamzah bagi tujuan penambahan peranti untuk kegunaan anggota penguat kuasa di seluruh Negeri Perak. Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh pelaksanaan tugas penguatkuasaan melalui pendigitalan operasi, selaras dengan konsep β1 SMeD, 1 Anggotaβ.
Inisiatif ini turut menyokong hala tuju Bahagian Penguatkuasa dalam memperkasakan ekosistem baharu sistem penyampaian perkhidmatan berteraskan teknologi digital. Pendekatan ini membolehkan pelaksanaan fungsi penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara omnichannel dan omnipresence bagi meningkatkan keberkesanan operasi serta kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Sehubungan itu, pendekatan strategik 4Aβs β Any Service, Any Device, Anytime & Anywhere terus diberi penekanan sebagai landasan ke arah pelaksanaan penguatkuasaan yang lebih dinamik, sistematik dan responsif. Penggunaan teknologi digital bukan lagi suatu pilihan, sebaliknya merupakan satu keperluan dalam mendepani cabaran serta memenuhi tuntutan penguatkuasaan masa kini.
Diharapkan penambahan peranti SMeD ini dapat memperkukuh kesiapsiagaan anggota penguat kuasa, meningkatkan kecekapan pelaksanaan tugas di lapangan serta menyokong usaha transformasi digital Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berintegriti.
Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Perak untuk sebarang informasi terkini.
βπ» oleh Admin Nim
πΈ oleh Admin Nim