Pengarah Kesihatan Negeri Perak

Website

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Platform rasmi bagi Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

Sumber utama maklumat, kenyataan rasmi, dan panduan kesihatan dari fasiliti-fasiliti kesihatan di seluruh Negeri Perak.

๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ถ๐˜๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ถ10 & 11 Oktober 2026Ipoh Convention Centre, PerakSepanjang dua hari ini ber...
11/10/2026

๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ถ๐˜๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ถ

10 & 11 Oktober 2026
Ipoh Convention Centre, Perak

Sepanjang dua hari ini berlangsung ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น (๐—•๐—ž๐—ก) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Walaupun tidak berkesempatan hadir kerana komitmen tugas rasmi yang lain, saya amat gembira melihat penglibatan pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam menjayakan pameran ini.

Bagi saya, ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚. Ia memerlukan perancangan, latihan, penyelarasan antara agensi dan persediaan yang berterusan.

Lebih-lebih lagi menjelang ๐— ๐—ผ๐—ป๐˜€๐˜‚๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—ฟ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜‚๐˜, kita perlu memastikan bukan sahaja pasukan dan fasiliti kesihatan bersedia, tetapi masyarakat juga tahu bagaimana untuk melindungi diri dan keluarga apabila berhadapan dengan bencana.

๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ. Ia memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk komuniti sendiri.

Terima kasih kepada NADMA atas penganjuran program ini, dan khususnya kepada ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ž๐—ก ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ yang telah bertugas sepanjang hujung minggu.

Saya tahu ramai yang terpaksa mengorbankan masa rehat bersama keluarga untuk menjayakan program ini. Saya amat menghargai komitmen dan kesungguhan anda semua.

Terima kasih kerana terus memberikan yang terbaik, walaupun tanpa kehadiran saya bersama anda di lapangan.

๐Ÿ“ธ: Cawangan Surveilan Negeri Perak / Pasukan Pameran JKN Perak

๐—œ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ11 Oktober 2026 | 8.30 pagiHospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras...
11/10/2026

๐—œ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ

11 Oktober 2026 | 8.30 pagi
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras

Pagi tadi hadir sebagai peserta dalam ๐˜๐˜ฆ๐˜ข๐˜ญ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด ๐˜š๐˜ค๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ง๐˜ช๐˜ค ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ฆ, anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ๐˜ˆ๐˜ค๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜บ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข, ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜–๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ด dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program ini memberi tumpuan kepada pencegahan, pengesanan awal dan rawatan kanser hati (๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ฐ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ค๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ข, HCC), termasuk pra-pelancaran ๐˜“๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜๐˜ฆ๐˜ข๐˜ญ๐˜ต๐˜ฉ ๐˜๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ 2026โ€“2030 ๐˜™๐˜ฐ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฑ yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia pada tengah hari.

Antara topik yang dibincangkan ialah hepatitis virus, kesihatan metabolik, pengenalpastian individu berisiko tinggi, pengesanan awal dan pendekatan multidisiplin dalam rawatan kanser hati.

Inisiatif ini merupakan satu lagi perkembangan penting, menyusuli ๐˜“๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜๐˜ฆ๐˜ข๐˜ญ๐˜ต๐˜ฉ ๐˜๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ yang telah dilancarkan pada tahun lalu.

Namun, perkembangan ini juga membuatkan saya berfikir tentang beberapa cabaran yang perlu kita tangani.

โ‘  Pertama, bagaimana kita mengimbangi pendekatan berasaskan organ dengan penjagaan berpusatkan pesakit (๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ฏ-๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ)?

Dahulu, kita banyak membangunkan program dan perkhidmatan berdasarkan penyakit tertentu. Kini, semakin banyak inisiatif yang mengambil pendekatan berasaskan organ, seperti kesihatan paru-paru dan kesihatan hati.

Ada kelebihannya.
Pendekatan ini membolehkan kita melihat keseluruhan spektrum masalah kesihatan berkaitan sesuatu organ, daripada pencegahan dan pengesanan awal sehinggalah kepada rawatan dan rehabilitasi.

Tetapi dalam masa yang sama, kita juga bercakap tentang penjagaan berpusatkan pesakit.

Realitinya, seseorang pesakit mungkin mempunyai diabetes, obesiti, penyakit jantung dan masalah hati pada masa yang sama. Mereka tidak melihat masalah kesihatan mereka mengikut pembahagian program, disiplin atau organ seperti yang kita lakukan dalam sistem kesihatan.

Jadi, bagaimana kita memastikan inisiatif-inisiatif ini tidak akhirnya mewujudkan lebih banyak perkhidmatan yang beroperasi secara berasingan?

Saya sendiri belum mempunyai jawapan yang lengkap. Tetapi saya percaya kita perlu lebih serius memikirkan bagaimana pelbagai inisiatif ini dapat diselaraskan, dengan penjagaan kesihatan primer memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan rawatan.

โ‘ก Kedua, bagaimana kita melaksanakan semua ini dalam keadaan sumber yang semakin terhad?

Setiap inisiatif baharu sudah tentu mempunyai rasional dan manfaat yang ingin dicapai. Tetapi hakikatnya, sumber manusia, kewangan, kemudahan dan masa yang kita ada tidak bertambah pada kadar yang sama dengan keperluan perkhidmatan.

Kita tidak boleh terus menambah program dan perkhidmatan baharu tanpa memikirkan implikasinya terhadap perkhidmatan sedia ada.

Di sinilah pentingnya penetapan keutamaan (๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜บ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ต๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ) dan pengagihan semula sumber.

Dan kadangkala, ini juga bermakna kita perlu membuat keputusan yang lebih sukar iaitu mengurangkan skop, menyusun semula, atau bahkan menghentikan sebahagian perkhidmatan sedia ada untuk memberi ruang kepada intervensi yang lebih berkesan dan memberikan manfaat yang lebih besar.

Ini bukan keputusan yang mudah, dan sama sekali tidak boleh dibuat secara sambil lewa.

Setiap keputusan mempunyai implikasi kepada pesakit, anggota kesihatan dan masyarakat. Sebab itu ia perlu berasaskan bukti, mengambil kira keperluan serta kesaksamaan, dan melalui proses pertimbangan yang teliti dan telus.

Bagi saya, inilah antara cabaran terbesar dalam kepimpinan sistem kesihatan. Bukan sekadar mengenal pasti apa yang baik untuk dilaksanakan, tetapi juga berani menentukan apa yang perlu diutamakan, apa yang boleh dikurangkan, dan bagaimana perubahan itu dilaksanakan tanpa menjejaskan mereka yang paling memerlukan.

Ia memerlukan kepimpinan strategik yang kukuh, keupayaan membuat keputusan yang sukar, serta kesediaan untuk menjelaskan dan mempertanggungjawabkan keputusan tersebut.

Saya amat menghargai peluang untuk menghadiri program hari ini, bukan sahaja untuk mengikuti perkembangan saintifik terkini, tetapi juga untuk merenung bagaimana inisiatif yang baik dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan.

Kerana akhirnya, kejayaan sesuatu inisiatif bukan diukur pada bilangan program atau ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฑ yang kita lancarkan, tetapi pada sejauh mana ia benar-benar memperbaiki kesihatan masyarakat, dengan sumber yang kita ada.

11/10/2026
๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘–๐‘˜๐‘ก๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘“๐‘Ž๐‘› ๐‘Œ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘”๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘›Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato' Dr. Veronica Lu...
11/10/2026

๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘–๐‘˜๐‘ก๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘“๐‘Ž๐‘› ๐‘Œ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘”๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘›

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato' Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, atas pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) yang membawa gelaran Dato', sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 10 Oktober 2026.

Pengurniaan ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan yang amat membanggakan atas segala jasa, dedikasi serta sumbangan cemerlang YBhg. Dato' Dr. Veronica dalam menerajui perkhidmatan kesihatan dan berbakti kepada masyarakat di negeri Sarawak.

Semoga penghargaan yang diterima ini menjadi penyuntik semangat untuk terus melakar kejayaan, menginspirasi warga kesihatan serta meneruskan khidmat bakti dengan penuh keikhlasan dan kecemerlangan.

๐ท๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘–๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘ก๐‘ข๐‘™๐‘ข๐‘  ๐‘–๐‘˜โ„Ž๐‘™๐‘Ž๐‘  ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž,

๐ท๐‘Ž๐‘ก๐‘œ' ๐ท๐‘Ÿ. ๐น๐‘’๐‘–๐‘ ๐‘ข๐‘™ ๐ผ๐‘‘๐‘ง๐‘ค๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘–๐‘› ๐ท๐‘Ž๐‘ก๐‘œ' ๐‘€๐‘ข๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘โ„Ž๐‘Ž
๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž ๐พ๐‘’๐‘ ๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘”๐‘’๐‘Ÿ๐‘– ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜

๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป, ๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐—ป 10 Oktober 2026 | 3.00 petangPerak Community Specialist Ho...
10/10/2026

๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป, ๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐—ป

10 Oktober 2026 | 3.00 petang
Perak Community Specialist Hospital (PCSH), Ipoh

Petang tadi hadir sebagai tetamu jemputan ke Majlis Pemerkasaan Kerjasama Awam Swasta Program Pembedahan Katarak antara Kerajaan Malaysia, melalui Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dan Perak Community Specialist Hospital (PCSH).

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Dr. Mohd Azman bin Yacob, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM, serta wakil pengurusan kedua-dua hospital.

Antara acara utama ialah pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama program pembedahan katarak, yang bertujuan membantu pesakit mendapatkan rawatan yang diperlukan melalui perkongsian sumber dan kepakaran antara sektor awam dan swasta.

Bagi saya, majlis hari ini mempunyai makna yang agak istimewa.

Saya sendiri berpeluang membantu pasukan HRPB dalam proses memuktamadkan MoU ini, berdasarkan pengalaman saya menguruskan pelbagai MoU ketika bertugas di Ibu Pejabat KKM dahulu.

Mereka yang pernah terlibat dalam penyediaan MoU tentu faham bahawa prosesnya bukan semudah menyediakan dokumen dan mendapatkan tandatangan.

Banyak perkara yang perlu diteliti. Skop kerjasama, tanggungjawab setiap pihak, implikasi perundangan, tatacara pelaksanaan dan pelbagai perincian lain.

Semuanya perlu jelas dan dipersetujui, termasuk mendapatkan semakan serta kelulusan daripada Penasihat Undang-Undang (PUU) KKM.

Kadangkala kerja sebegini agak remeh, mengambil masa dan memerlukan kesabaran.

Ada perkara yang perlu diperbetulkan berulang kali, walaupun pada pandangan kasar nampak kecil.

Tetapi semua itu penting untuk memastikan kerjasama yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik, tanpa menimbulkan masalah di kemudian hari.

Sebab itulah saya berasa amat gembira apabila melihat MoU ini akhirnya dimeterai, dan yang lebih penting, diterjemahkan kepada perkhidmatan yang benar-benar memberi manfaat kepada pesakit yang memerlukan.

Inilah sebenarnya kepuasan dalam bekerja.

Kadangkala kita terlibat dalam kerja-kerja yang tidak begitu kelihatan, di belakang tabir, menguruskan dokumen, menyemak perincian dan menyelesaikan pelbagai isu pentadbiran.

Tetapi apabila akhirnya kita melihat hasil kerja tersebut membantu seseorang mendapatkan rawatan dan meningkatkan kualiti hidup mereka, segala usaha itu terasa amat berbaloi.

Saya juga percaya bahawa kerjasama awam-swasta seperti ini mempunyai potensi yang besar. Tidak semua keperluan pesakit perlu diselesaikan oleh sektor awam secara bersendirian.

Apa yang penting ialah bagaimana kita dapat menggembleng sumber yang ada, dengan tatakelola yang baik, untuk manfaat masyarakat.

Terima kasih kepada pihak PCSH atas kesediaan bekerjasama, serta tahniah kepada pasukan HRPB, khususnya mereka yang telah bekerja keras memastikan kerjasama ini dapat direalisasikan.

Saya amat menghargai usaha anda semua.

Bagi saya, kejayaan sesuatu kerjasama bukan sekadar apabila MoU berjaya ditandatangani, tetapi apabila apa yang dipersetujui benar-benar dilaksanakan dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

๐‘ซ๐’‚๐’ ๐’‰๐’‚๐’“๐’Š ๐’Š๐’๐’Š, ๐’”๐’‚๐’š๐’‚ ๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐’ƒ๐’†๐’“๐’”๐’š๐’–๐’Œ๐’–๐’“ ๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’• ๐’Ž๐’†๐’๐’Š๐’‰๐’‚๐’•๐’๐’š๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’…๐’Š ๐’Œ๐’†๐’๐’š๐’‚๐’•๐’‚๐’‚๐’.

๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘› ๐ป๐‘–๐‘‘๐‘ข๐‘ ๐ท๐‘–๐‘‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–: ๐‘†๐‘ข๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž ๐‘๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž, ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ข๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐ท๐‘–๐‘Ÿ...
10/10/2026

๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘› ๐ป๐‘–๐‘‘๐‘ข๐‘ ๐ท๐‘–๐‘‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–: ๐‘†๐‘ข๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž ๐‘๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž, ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ข๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐ท๐‘–๐‘Ÿ๐‘’๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘ ๐‘–

10 Oktober 2026 | 12.30 tengah hari
Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP), Ipoh

Tengah hari tadi, hadir sebagai tetamu jemputan ke Majlis Perasmian Simposium Hentikan Stigma dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Perak 2026.

Sambutan kali ini membawa tema โ€œPengalaman Hidup Didengari: Suara Nyata, Perubahan Direalisasiโ€.

Program hari ini agak menarik kerana selain forum berkaitan kesihatan mental, turut diadakan bengkel mengenai autisme, keresahan ("anxiety") dan demensia, serta pelbagai pameran daripada agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Dalam ucapan saya, saya turut menyentuh tentang stigma yang masih menjadi antara halangan kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental untuk mendapatkan bantuan.

Kadangkala, bukan kerana mereka tidak mahu mendapatkan pertolongan, tetapi kerana takut dipandang serong, dilabel atau dihakimi oleh orang sekeliling.

Saya juga sempat berkongsi dua perkara yang bagi saya amat penting.

Pertama, kita perlu ๐˜ธ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ข๐˜ญ๐˜ฌ.

Kita selalu bercakap tentang kepentingan menjaga kesihatan mental, tetapi sejauh mana kita benar-benar mengamalkannya?

Ini termasuk menjaga kesihatan mental diri sendiri, serta mengambil berat tentang kesejahteraan rakan sekerja dan ahli pasukan kita.

Sebagai pemimpin atau ketua jabatan, tanggungjawab kita bukan sekadar memastikan kerja disiapkan dan sasaran dicapai. Kita juga perlu peka terhadap keadaan anggota, mewujudkan persekitaran kerja yang menyokong dan memastikan mereka tidak berasa keseorangan apabila menghadapi kesukaran.

Kedua, kita perlu tahu bagaimana untuk membantu seseorang mendapatkan bantuan yang betul.

Niat untuk membantu sahaja tidak mencukupi. Kita perlu tahu ke mana seseorang boleh dirujuk, siapa yang mempunyai kepakaran untuk membantu, dan bila bantuan profesional diperlukan.

Tidak semua masalah boleh diselesaikan melalui nasihat, kata-kata semangat atau perkongsian pengalaman peribadi. Malah, intervensi yang tidak sesuai, termasuk daripada sumber yang tidak berkelayakan, boleh melambatkan rawatan yang diperlukan atau memburukkan keadaan.

Kita tidak semestinya perlu mempunyai semua jawapan. Tetapi sekurang-kurangnya, kita perlu tahu bagaimana untuk membimbing seseorang ke saluran bantuan yang tepat.

Bagi saya, kedua-dua perkara ini perlu berjalan seiring. Kita mahu masyarakat yang lebih prihatin, tetapi pada masa yang sama, kita juga mahu mereka yang memerlukan bantuan mendapat sokongan dan intervensi yang benar-benar sesuai.

Terima kasih kepada semua urus setia, penceramah, ahli panel dan rakan strategik, termasuk ๐‘๐ด๐‘†๐‘‚๐‘€ dan ๐‘‡โ„Ž๐‘’ ๐ท๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘Ž ๐‘†๐‘œ๐‘๐‘–๐‘’๐‘ก๐‘ฆ ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜, yang telah bersama-sama menjayakan program hari ini.

Harapan saya, usaha menghentikan stigma tidak terhenti pada sambutan atau kempen semata-mata.

Ia perlu diterjemahkan melalui cara kita melayan orang lain, menjaga mereka di sekeliling kita, dan membantu mereka mendapatkan pertolongan apabila diperlukan.

๐Ÿ“ธ Cawangan Promosi Kesihatan Negeri Perak

๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ, ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ป๐—ฎ๐‘บ๐™–๐’Ž๐™—๐’–๐™ฉ๐’‚๐™ฃ ๐™ƒ๐’‚๐™ง๐’Š ๐‘ฑ๐™–๐’๐™ฉ๐’–๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™š๐’…๐™ช๐’๐™ž๐’‚ 2026 ๐™‹๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ๐™ ๐’‚๐™ฉ ๐™‰๐’†๐™œ๐’†๐™ง๐’Š ๐‘ท๐™š๐’“๐™–๐’Œ 10 Oktober ...
10/10/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ, ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ป๐—ฎ

๐‘บ๐™–๐’Ž๐™—๐’–๐™ฉ๐’‚๐™ฃ ๐™ƒ๐’‚๐™ง๐’Š ๐‘ฑ๐™–๐’๐™ฉ๐’–๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™š๐’…๐™ช๐’๐™ž๐’‚ 2026
๐™‹๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ๐™ ๐’‚๐™ฉ ๐™‰๐’†๐™œ๐’†๐™ง๐’Š ๐‘ท๐™š๐’“๐™–๐’Œ

10 Oktober 2026 | 10.30 pagi
Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh

Pagi tadi, saya hadir ke Sambutan Hari Jantung Sedunia 2026 Peringkat Negeri Perak, yang dirasmikan oleh YBhg. Datoโ€™ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sambutan tahun ini agak menarik kerana pengisiannya bukan sahaja untuk orang awam, tetapi turut melibatkan anggota kesihatan dan penjawat awam di Perak.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฐ ๐˜œ๐˜ฑ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ 2026, yang menghimpunkan doktor dan anggota paramedik, serta saringan kesihatan dan pemeriksaan ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฐ๐˜จ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฉ๐˜บ (๐˜Œ๐˜Š๐˜๐˜–) secara percuma untuk penjawat awam.

Turut diadakan pertandingan e-poster menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyampaikan mesej pencegahan penyakit jantung kepada masyarakat.

Bagi saya, promosi kesihatan tidak semestinya dilakukan dengan cara yang sama setiap masa. Kita perlu kreatif dan mencari pendekatan yang dapat menarik perhatian masyarakat, supaya mesej yang disampaikan bukan sekadar didengar, tetapi difahami dan diamalkan.

Satu lagi perkara penting pada hari ini ialah perasmian ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜—๐˜ณ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜—๐˜Š๐˜ ๐˜š๐˜›๐˜Œ๐˜”๐˜ ๐˜•๐˜ฆ๐˜ต๐˜ธ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฌ: ๐˜’๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ณ๐˜ช๐˜ค๐˜ต ๐˜—๐˜ณ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ.

Inisiatif ini amat bermakna kerana memperkukuh kerjasama antara Klinik Kesihatan dan hospital dalam pengurusan pesakit serangan jantung akut, khususnya STEMI.

Sejak Makmal Kardiologi Invasif kedua di HRPB mula beroperasi pada Mei 2025, rangkaian ini telah dibangunkan secara berperingkat dengan penglibatan tiga hospital di Perak.

Pada Julai lalu, beberapa Klinik Kesihatan di daerah Kinta turut menyertai rangkaian ini secara rasmi.

Dalam pengurusan serangan jantung, setiap minit amat berharga. Kejayaan rawatan bukan hanya bergantung kepada kepakaran pakar kardiologi atau kemudahan angioplasti yang tersedia.

Ia juga bergantung kepada apa yang berlaku sebelum pesakit tiba di hospital; pengesanan awal, tindakan pasukan kecemasan, komunikasi antara fasiliti, pengangkutan ambulans dan penyelarasan rujukan.

Bagi saya, inilah maksud sebenar perkhidmatan kesihatan yang bersepadu.

Pesakit tidak sepatutnya perlu memikirkan sempadan antara Klinik Kesihatan dan hospital, atau siapa yang bertanggungjawab pada setiap peringkat rawatan.

Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan perjalanan rawatan mereka lancar.

Terima kasih kepada YBhg. Datoโ€™ Dr. Mohd Azman atas kesudian hadir bersama kami.

Tahniah juga kepada Dr. Nor Hanim Mohd Amin, Ketua Kepakaran Kardiologi Negeri Perak, pasukan Jabatan Kardiologi HRPB, semua pasukan yang terlibat dalam pembangunan rangkaian STEMI ini serta jawatankuasa penganjur.

Saya berharap kerjasama sebegini dapat terus diperkukuh dan diperluaskan ke daerah-daerah lain di Perak.

Akhirnya, yang paling penting bukan sekadar kecanggihan teknologi atau kemudahan yang kita miliki, tetapi sejauh mana kita dapat menghubungkan semuanya agar pesakit menerima rawatan yang diperlukan, pada masa yang tepat.

๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ ๐—”๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ณ, ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป10 Oktober 2026 | 7.30 pagi  Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh...
10/10/2026

๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ ๐—”๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ณ, ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป

10 Oktober 2026 | 7.30 pagi
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh

Pagi tadi, saya hadir sebagai tetamu jemputan ke Majlis Perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Negeri Perak.

Majlis pada asalnya dijadualkan untuk disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak. Walau bagaimanapun, atas kekangan jadual, majlis telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Selepas menyampaikan ucapan perasmian, YB Datoโ€™ Khairudin turut melepaskan peserta bagi beberapa acara, termasuk kayuhan 40 km, larian 5 km dan jalan santai 3 km.

Sambutan tahun ini melibatkan pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan, dengan sasaran penyertaan sekitar 5,000 orang di peringkat negeri.

Apa yang menarik bagi saya pagi ini, walaupun tidak termasuk dalam agenda beliau, YB Datoโ€™ Khairudin mengambil keputusan untuk menyertai acara jalan santai sejauh 3 km.

Kami pun mengambil peluang untuk berjalan bersama beliau dan peserta lain.

Inilah yang kita maksudkan dengan "walking the talk!"๐Ÿ˜„

Bagi saya, usaha membudayakan hidup sihat bukan sekadar menganjurkan program atau menggalakkan orang lain supaya aktif.

๐™†๐’Š๐™ฉ๐’‚ ๐’”๐™š๐’๐™™๐’Š๐™ง๐’Š ๐’‘๐™š๐’“๐™ก๐’– ๐’Ž๐™š๐’๐™ช๐’๐™Ÿ๐’–๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐’„๐™ค๐’๐™ฉ๐’๐™.

Tidak semestinya perlu berlari maraton atau menyertai sukan kompetitif. Berjalan kaki, berbasikal atau apa sahaja aktiviti fizikal yang kita gemari juga boleh memberikan manfaat, asalkan dilakukan secara konsisten.

Aktiviti seperti pagi ini juga memberi peluang untuk kita berinteraksi, berkenalan dan mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

Tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini.

Harapan saya, semangat Hari Sukan Negara tidak terhenti selepas program hari ini. Jadikan aktiviti fizikal sebahagian daripada rutin kehidupan kita, bukan hanya apabila ada acara atau sambutan tertentu.

๐Š๐†๐Š๐ ๐‰๐จ๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐š๐ง, ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š9 Oktober 2026 | 3.00 petangHospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK)Petang tadi, ...
10/10/2026

๐Š๐†๐Š๐ ๐‰๐จ๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐š๐ง, ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š

9 Oktober 2026 | 3.00 petang
Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK)

Petang tadi, hadir sebagai Pengerusi Kelab Gabungan Kesihatan Perak (KGKP) ke Majlis Apresiasi Pemenang Pingat Program Promosi Kesihatan dan Kecergasan KKM 2026.

Alhamdulillah, kontinjen KGKP telah berjaya muncul sebagai Johan Keseluruhan, dengan kutipan 7 pingat emas, 4 perak dan 3 gangsa, melalui acara boling, dart, badminton, lawn bowl dan catur.

๐‘†๐‘Ž๐‘ก๐‘ข ๐‘๐‘’๐‘›๐‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘”๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘›!

Majlis hari ini diadakan khusus untuk meraikan dan menghargai usaha mereka yang telah mengharumkan nama Perak.

Bagi saya, apa yang lebih membanggakan bukan sekadar jumlah pingat yang dimenangi, tetapi semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat.

Sebahagian besar atlet kita mempunyai tugas hakiki yang cukup mencabar. Namun, mereka masih sanggup meluangkan masa untuk berlatih, membuat persediaan dan memberikan yang terbaik ketika pertandingan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pengurus pasukan, jurulatih, penyelaras serta jawatankuasa Biro Sukan KGKP yang banyak bekerja di belakang tabir. Kejayaan ini bukan hasil usaha atlet semata-mata, tetapi usaha bersama.

Dalam ucapan saya, saya turut mengingatkan bahawa sukan bukan hanya tentang kemenangan. Banyak yang kita boleh pelajari melalui sukan - disiplin, ketahanan mental, kerjasama berpasukan, dan bagaimana kita menghadapi cabaran serta kekalahan.

Saya berharap semangat yang sama dapat kita bawa ke tempat kerja. Saling menyokong, tidak berkira dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.

Dan kepada mereka yang belum berjaya membawa pulang pingat, jangan kecewa. Penglibatan dan kesanggupan anda untuk mencuba juga amat bermakna.

Tahniah sekali lagi kepada seluruh kontinjen KGKP!

Saya sebenarnya, amat berbangga dengan pencapaian anda semua.

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk kita terus cemerlang, bukan sahaja di gelanggang sukan, tetapi juga dalam tanggungjawab kita memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Kesihatan Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share