19/09/2026
PROGRAM KEPOLISAN KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MASJID TAMAN NUSA BAYU
Gelang Patah, 19 September 2026- Telah berlangsung Program Kepolisan Komuniti Sempena Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Masjid Taman Nusa Bayu, Gelang Patah.
Program dimulakan dengan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul, diikuti dengan bacaan selawat dan seterusnya ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Esby Islami bin Rifai, Penolong M***i Jabatan M***i Johor.
Program turut dihadiri oleh tetamu kehormat, pemimpin setempat, pegawai kanan dan anggota PDRM Balai Polis Gelang Patah, pengurusan masjid serta komuniti setempat. Kehadiran keseluruhan sepanjang program dianggarkan seramai 800 orang.
Program ini turut menjadi medium bagi mengeratkan hubungan silaturahim, kerjasama dan persefahaman antara PDRM dengan jemaah Masjid Taman Nusa Bayu serta komuniti setempat, selaras dengan pendekatan kepolisan komuniti.
Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan dalam usaha memperkukuhkan hubungan serta kepercayaan antara PDRM dan masyarakat.
POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA