Jabatan Landskap Negeri Johor

Call Contact the organization

Jabatan Landskap Negeri Johor Jabatan Landskap Negeri Johor,
Aras 1, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad,
79503 Kota Iskandar, Iskandar Puteri,Johor.

Objektif

- Menggubal dasar serta merangka strategi dan program pembangunan Landskap Negeri Johor
- Mengawal dan memacu pembangunan Landskap Negeri
- Melaksanakan projek-projek pembangunan landskap Negeri
- Menyelaras dan memantau projek Landskap Persekutuan di Johor
- Mendidik masyarakat terhadap fungsi dan kepentingan landskap

Fungsi

- Mewujudkan Negeri Dalam Taman dengan persekitaran kehidupan yang selesa, ceria, bersih dan indah.
- Mewujudkan ruang landskap dalam setiap projek pembangunan serta menentukan kemudahan rekreasi dan landskap sejajar dengan keperluan pengguna.
- Mewujudkan landskap mampan, berfungsi dan secara menyeluruh di bandar dan desa.
- Meningkatkan kepenggunaan teknologi peralatan perlandskapan dan kepelbagaian spesis tanaman landskap.
- Membangunkan pengkalan data maklumat-maklumat perlandskapan.
- Mewujudkan warga Johor yang berpengetahuan, berdisplin dan cintakan persekitaran yang indah serta bersih.

10/10/2026

JOHOR LANJUT PENUTUPAN SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN HINGGA 16 OKTOBER INI

– Semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Negeri Johor akan terus ditutup selama lima hari, bermula 12 hingga 16 Oktober ini, susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan terus terpelihara.

Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat dengan menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor, khususnya murid serta warga pendidikan.

Pelanjutan penutupan berkenaan mengambil kira jangkaan pergerakan angin terkini dari Kalimantan, Indonesia, pada 13 hingga 15 Oktober ini, risiko peningkatan kepekatan partikel halus serta keadaan atmosfera yang boleh menyebabkan jerebu berlarutan.

Selain itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan berada pada sekitar 170 hingga 180 tanpa perubahan ketara turut menunjukkan bahawa kualiti udara masih berada pada tahap tidak sihat dan memerlukan pemantauan berterusan.

Sepanjang tempoh penutupan sekolah dan institusi pendidikan ini, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan mengikut kesesuaian, manakala pentaksiran dan penilaian akademik di sekolah terlibat akan ditangguhkan serta dijadualkan semula mengikut ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan pihak berkuasa pendidikan berkaitan.

Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan IPU bagi menentukan tindakan selanjutnya berdasarkan keadaan kualiti udara serta penilaian keselamatan dan kesihatan semasa.

Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar anak-anak, memastikan pengambilan air yang mencukupi serta mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala kesihatan seperti batuk berpanjangan, sakit tekak atau kesukaran bernafas.

Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali (Dr. Naqib Ghazali), Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, mengumumkan pelanjutan penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor selama lima hari susulan kemerosotan kualiti udara menerusi kenyataan media hari ini.







07/10/2026

  – Semua sekolah di seluruh Negeri Johor akan ditutup selama dua hari bermula esok sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara demi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terus menjadi keutamaan.   Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat ...

07/10/2026

  – Sebanyak 335 institusi pendidikan di seluruh daerah Batu Pahat diarahkan tutup pada esok susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 203 pada kategori Sangat Tidak Sihat setakat jam 8 malam tadi.   Jumlah berkenaan merangkumi 176 sekolah di bawah Kementerian Pendidi...

01/10/2026

  – Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh sistem tebatan banjir di Johor Bahru menerusi penambahbaikan kapasiti takungan, sistem saliran dan keupayaan pengepaman air bagi mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan berisiko.   Usaha berkenaan susulan tinjauan di enam lokasi iait...

17/09/2026

Jom kita semua meluangkan masa bersama keluarga sempena Hari Keluarga Johor pada 20 September ini. Memandangkan keadaan cuaca dan kualiti udara yang masih perlu diberi perhatian, persediaan awal penting supaya semua yang hadir kekal selesa dan selamat sepanjang program ini berlangsung.

😷 Pakai pelitup muka terutama ketika berada di kawasan terbuka
☂️ Bawa payung sebagai persediaan menghadapi cuaca
💧 Pastikan air masak dibawa bersama dan diminum secukupnya
👶 Sebaiknya elakkan daripada membawa bayi dan golongan yang berisiko sekiranya tidak perlu
🏠 Kurangkan aktiviti di luar jika keadaan kualiti udara kurang baik

Kesihatan dan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Sama-sama kita jaga diri dan keluarga agar Hari Keluarga Johor dapat diraikan dengan selamat, selesa dan penuh bermakna.







16/09/2026

Empat stesen pemantauan kualiti udara di Johor iaitu Batu Pahat, Kluang, Pasir Gudang dan Tangkak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori Tidak Sihat setakat jam 12 tengah hari.

Manakala empat lagi stesen iaitu Segamat, Larkin, Pengerang dan Kota Tinggi berada pada tahap Sederhana.
Sentiasa pantau bacaan IPU semasa serta utamakan kesihatan dan keselamatan diri.








15/09/2026
14/09/2026
07/09/2026

Pemantauan kualiti udara pada awal pagi ini mendapati empat daripada lapan stesen pemantauan di Negeri Johor masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori Tidak Sihat.

Sekiranya mengesan sebarang aktiviti yang berpotensi mencemarkan alam sekitar, orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi Talian Bebas Tol 1-800-88-2727, Portal e-Aduan JAS atau emel [email protected].









26/08/2026

🎖️⭐ 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐈𝐑 𝐊𝐄𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 ⭐🎖️

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Landskap Negeri Johor atas kejayaan memperoleh 𝐏𝐞𝐧𝐬𝐢𝐣𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢.

Kejayaan membanggakan ini adalah hasil daripada 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐬𝐢𝐣𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 bagi tahun 2026 yang telah dilaksanakan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh sistem pengurusan kualiti dan membudayakan amalan kerja cemerlang.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa kualiti, memperkukuh tadbir urus dan melakar kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Ikhlas daripada

𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐊𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭 & 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢
𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫

Address

Jabatan Landskap Negeri Johor, , Aras 1, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, , Kota Iskandar
Iskandar Puteri
79503

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 03:30
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6072666220

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Landskap Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Landskap Negeri Johor:

Shortcuts

Share