SWCorp Melaka

Call Website

SWCorp Melaka Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET  (SB(A)/6/2026)Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang S...
22/10/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET (SB(A)/6/2026)

Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih (KEW.PA-28) yang boleh diperolehi di alamat seperti di para 4. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 60 hari.

Rujuk KENYATAAN SEBUT HARGA (NO : SB(A)/6/2026) untuk maklumat lanjut.

🌿 PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR DI ZOO MELAKA 🌿21 Okt 2026 - SWCorp Melaka turut...
21/10/2026

🌿 PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR DI ZOO MELAKA 🌿

21 Okt 2026 - SWCorp Melaka turut mengambil bahagian dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena Hari Alam Sekitar yang diadakan di Zoo Melaka.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan memelihara kelestarian alam sekitar.

Semoga usaha ini dapat memupuk budaya cintakan alam sekitar demi mewujudkan persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera. 🌏💚


VERIFIKASI KENDERAAN PEMUNGUTAN SISA PEPEJAL CII DI MELAKA​SWCorp terus komited dalam memastikan pengurusan sisa pepejal...
21/10/2026

VERIFIKASI KENDERAAN PEMUNGUTAN SISA PEPEJAL CII DI MELAKA

​SWCorp terus komited dalam memastikan pengurusan sisa pepejal bagi penghasil sisa pepejal Komersil, Perindustrian dan Keinstitusian (CII) dilaksanakan mengikut standard dan undang-undang yang ditetapkan!

​Pada 20 Oktober 2026 (Selasa), Satu Operasi Verifikasi Kenderaan Pemungutan Sisa Pepejal CII telah dijalankan bertempat di Tapak Pelupusan Sanitari Sg Udang, Melaka. Operasi bersepadu ini melibatkan seramai 13 orang warga kerja wargakerja SWCorp termasuk Penasihat Undang-Undang (PUU) SWCorp, Timbalan Pengarah Bahagian Sisa Industri (BSI), wargakerja BSI dan wargakerja SWCorp Melaka.

​📊 Hasil Dapatan Operasi:
🔹 41 buah kenderaan telah diperiksa secara menyeluruh dari segi pematuhan spesifikasi.
🔹 1 Notis Pematuhan telah dikeluarkan berkuat kuasa serta-merta ke atas sebuah kenderaan ekoran kesalahan penggunaan tong Roll-On Roll-Off (RORO) yang tidak mengikut standard pengoperasian.

​Tindakan tegas ini diambil bagi memastikan aspek keselamatan, kebersihan, dan integriti pengurusan sisa pepejal di negeri Melaka sentiasa terjamin.

​Pihak SWCorp Melaka ingin mengingatkan semua kontraktor dan pengusaha sisa CII agar sentiasa menyelenggara peralatan serta mematuhi piawaian pengoperasian yang telah ditetapkan. Bersama-sama kita jaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.


20/10/2026

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Amalan membuang sampah ke dalam tong sampah memang baik. Namun, lebih baik lagi jika kita turut mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula daripada sisa yang tidak boleh dikitar semula.

Pelaksanaan penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS) bertujuan untuk membudayakan amalan pengasingan sisa pepejal mengikut kategori dalam kalangan masyarakat.

Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, malah membantu menjimatkan kos pengurusan sisa serta mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu dalam penghasilan produk.

Jadikan pengasingan sisa pepejal sebagai rutin harian. Langkah kecil yang kita lakukan hari ini mampu membawa impak besar kepada alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.

20/10/2026
20/10/2026
19/10/2026
19/10/2026

Kepada penggemar udang, kami kongsikan cara menyimpan udang agar kekal segar dan tahan lebih lama.

Udang merupakan makanan yang mudah rosak dan mengeluarkan bau jika tidak dikendalikan dengan betul. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memastikan udang disimpan dengan baik.

Cara Menyimpan Udang Agar Kekal Segar

1. Bersihkan udang
Buang kotoran pada badan udang menggunakan lidi atau pisau.

2. Bersihkan kepala udang
Gunting bahagian hujung kepala udang jika perlu.

3. Gunakan limau nipis
Gaulkan udang dengan perahan limau nipis untuk membantu mengurangkan bau hanyir.

4. Lumurkan sedikit garam
Gunakan sedikit garam tanpa menambah air untuk membantu mengurangkan lendir pada udang.

5. Bilas dan simpan
Bilas udang, masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan di dalam peti sejuk beku jika ingin menyimpannya lebih lama.

Tip mudah: Bersihkan dan simpan udang dengan betul agar tidak cepat rosak dan akhirnya terbuang.

Pembaziran makanan perlu dikurangkan kerana bukan sahaja merugikan kita, malah meningkatkan jumlah sisa di tapak pelupusan sampah. Sisa makanan yang mereput turut menghasilkan gas rumah hijau seperti metana dan karbon dioksida yang menyumbang kepada perubahan iklim.

Jadi, ingatlah bahawa setiap tindakan membuang sisa makanan turut memberikan kesan kepada bumi kita. Perbuatan yang nampak kecil mungkin membawa impak yang besar.

19/10/2026

Orang biasa nampak sampah, orang luar biasa nampak duit! Itulah peluang yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang aktif mengitar semula sisa di pusat pengumpulan bahan kitar semula.

Amalan kitar semula bukan sahaja dapat mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, malah membantu memelihara sumber semula jadi dan membuka peluang ekonomi baharu.

Melalui Blueprint Ekonomi Kitaran Sisa Pepejal 2025–2035, Malaysia berusaha menjadikan sisa sebagai sumber yang bernilai dengan memperluas pendekatan 3R, iaitu mengurangkan (reduce), mengguna semula (reuse) dan mengitar semula (recycle).

Pendekatan ini turut merangkumi strategi ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh, antaranya menolak (refuse), memikirkan semula (rethink), membaiki (repair), membaharui (refurbish), mengilang semula (remanufacture), menyesuaikan semula (repurpose) dan memperoleh semula (recover).

Namun, semuanya bermula dengan satu langkah mudah, iaitu mengasingkan sisa di punca (SAS) supaya bahan yang boleh dikitar semula tidak berakhir di tapak pelupusan.

Asingkan sisa, jana nilai! Setiap tindakan kecil di rumah mampu membawa perubahan besar kepada alam sekitar dan menyokong ekonomi kitaran negara.

Address

Tingkat 7, Bangunan Graha Maju
Jalan Hang Tuah
75300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share