02/09/2026
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝟐𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐠 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐫𝐚
𝘐𝘮𝘣𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘮𝘶𝘭𝘢
Kami berkesempatan menziarahi isteri kepada Ketua Pemuda Cawangan Tok Amat yang berada di rumah ibunya yang baru sahaja keluar dari hospital selepas menjalani rawatan dan terpaksa melalui ujian yang amat berat apabila kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan, Pemuda UMNO DUN Pengkalan Berangan menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda bagi membantu memudahkan urusan serta pergerakan beliau dalam menjalani kehidupan seharian.
Sesungguhnya, setiap ujian yang hadir pasti ada hikmah di sebaliknya. Kami mendoakan semoga beliau sekeluarga terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian sukar ini.