16/12/2025
11 Disember 2025 (Khamis), Besut Terengganu.
Program lawatan dan menyantuni Veteraniaga ATM dilaksanakan oleh PLBV Besut, Terengganu dalam memperkukuhkan dan memperkasakan perniagaan para usahawan Veteran ATM.
Edisi kalini Pasca Latihan Peralihan dan Bimbingan Kerjaya Kedua PLBV Besut Terengganu menerjah ke Lokasi perniagaan Veteran ATM bagi memantau dan menyemak dokumentasi perniagaan yang dijalankan bagi melengkapkan permohonan Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) yang dimohon oleh Veteraniaga ATM.
Encik Irwan bin Alias (Syarikat DKK Legacy Enterprise) bekas Pelatih PKS PERHEBAT Kota Bharu, Kelantan yang mengusahakan perniagaan makanan dan minuman di Medan Selera Pengkalan Udara Gong Kedak, Besut Terengganu. Encik Abdul Hamid bin Hussin (Syarikat Markisha Enterprise) bekas Pelatih Kursus Pakej Pengurusan Perkhidmatan Makanan PERHEBAT Sungai Buloh, Selangor yang menjalankan perniagaan kantin sekolah/katering di Kampung Baru Kuala Besut, Terengganu serta Encik Asmawi bin Mohamad Ibrahim (Syarikat Sate Warisan Che Ku Mah) yang mengusahakan perniagaan Sate Warisan di Kampung Amer, Besut Terengganu. Ketiga-tiga Veteran ATM, melalui permohon geran SPKLB tahun 2025 ingin menggembangkan dan memperkukuhkan perniagaan mereka untuk terus dapat menjana pendapatan setelah bersara daripada perkhidmatan.
Manakala Encik Mohd Nazri bin Mohd Yusof (Syarikat Nasha Sentosa Resources) bekas Pelatih Kursus Pakej Pengurusan Perkhidmatan Makanan PERHEBAT Sungai Buloh, Selangor yang menjalankan perniagaannya di Kampung Sentosa Besut Terengganu telah mendapat Peralatan daripada Kelulusan Geran SPKLB tahun 2024, beliau amat berterima kasih kepada PERHEBAT kerana berusaha untuk membantu Veteran ATM bagi memperkukuhkan perniagaan yang dijalankan.
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Institut Keusahawanan Negara
Pejabat MARA BESUT