Angkatan Muda Keadilan Kubang Pasu

Website

Angkatan Muda Keadilan Kubang Pasu Reformasi! Suara Anak Muda
Angkatan Muda Keadilan Kubang Pasu Kedah
2025-2028

26/09/2026
25/09/2026

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya menerima khabar yang meruntun jiwa bahawa abang saya, Idrus Ibrahim, telah pergi buat selama-lamanya.

Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini.

Terkilan kerana tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhirnya, namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi.

Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan dan semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati kami.

Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

25/09/2026

KENYATAAN ANGKATAN MUDA KEADILAN KEDAH

Penyelesaian Kes Saman Fitnah: Hormati Proses Undang-Undang, Martabatkan Politik Berfakta

Angkatan Muda KEADILAN Kedah mengambil maklum penyelesaian kes saman fitnah melibatkan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Awang Solahuddin Hashim di Mahkamah Tinggi.

Kami mengambil perhatian bahawa antara persetujuan yang dicapai ialah penarikan balik kenyataan yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang tersebut serta komitmen untuk tidak mengulangi atau menerbitkan semula kenyataan yang sama atau mempunyai maksud serupa.

Bagi AMK Kedah, perkembangan ini mengingatkan semua pihak bahawa kebebasan bersuara dalam sebuah negara demokrasi perlu disertai dengan tanggungjawab, ketepatan fakta dan kesediaan untuk bertanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dibuat.

Kritikan terhadap kerajaan dan pemimpin adalah hak dalam demokrasi. Namun, perbezaan politik tidak seharusnya menjadi alasan untuk menyebarkan tuduhan yang tidak berasas atau kenyataan yang boleh menjejaskan reputasi seseorang.

Kami menyeru agar budaya politik negara terus bergerak ke arah perdebatan berasaskan fakta, hujah dan dasar, bukannya politik fitnah, persepsi dan serangan peribadi.

Sebagai gerakan anak muda, AMK Kedah percaya politik yang matang bukan bermaksud kita perlu bersetuju dalam semua perkara. Sebaliknya, kematangan politik terserlah apabila kita mampu berbeza pandangan tanpa menggadaikan prinsip kebenaran dan tanggungjawab.

Biarlah gelanggang politik menjadi medan untuk berlawan dengan idea dan dasar, bukan medan untuk menabur tuduhan tanpa pertanggungjawaban.

Angkatan Muda KEADILAN Kedah

17/09/2026
14/09/2026

Penyatuan Ummah atau Penyatuan Umpas? đŸ˜‚

Address

Jitra

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Kubang Pasu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share