SYABAS DAN TAHNİAH PARA PELAJAR TUISYEN SPM RAKYAT MADANI 2024!
Alhamdulilah Saya menerima Berita dan Maklum balas yang cukup positif dan begitu teruja sekali apabila sebahagian besar Pelajar Pelajar yang mengikuti Kelas Tuisyen Rakyat Madani SPM tahun 2024 yang dianjurkan Oleh Pertubuhan Kebajikan Integrasi Johor Bahru mendapat keputusan Cemerlang Dan membanggakan.Saya Selaku Pengerusi Pertubuhan NGO Perkasa Johor Bahru mengucapkan Syabas Dan Selamat Maju Jaya! Marilah kita sama sama doakan Semoga Tahun İni NGO PERKASA dapat mencari dana untuk Melaksanakan Tuisyen rakyat madani pada tahun ini dan seterusnya dapat membuka peluang lebih ramai lagi untuk Anak Anak yang menduduki SPM 2025 bagi Keluarga berpendapatan rendah menyertai Tuisyen Ini.
Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru Zon Tampoi
Pertubuhan Kebajikan Integrasi Johor Bahru(PERKASA)
25/12/2024
Tidak sabar menanti ketibaan adik adik keluarga Asnaf SPM 2024 bersama dengan influcer bahasa melayu terkenal tanah air cikgu zack kirana !!
Jumpa esok kepada semua yang telah mendaftar sahaja .bagi yang belum mendaftar kami mohon maaf penyertaan telah tutup!
24/10/2024
Tahniah kpd adik - adik calon SPM 2024
Jumpa adik - adik setiap hari sabtu dan setiap minggu pada bulan oktober hingga disember..
KEBAJIKAN.SINERGI.SANTUNI
15/10/2024
YBR, PERKASA bantu calon SPM 2024 kurang berkemampuan JOHOR BHARU – Seminar Didik anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Integrasi Johor Bahru (PERKASA), telah berlangsung...
13/10/2024
13 Okt 2024 : Seminar didik Anjuran Yayasan Bank Rakyat dirasmikan oleh Cik Hajah Nor Akmal binti Hj Muhammad,Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Integrasi Johor Bahru (PERKASA)
Jutaan terima kasih kepada rakan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan seluruh warga kerjanya, University of Southampton Malaysia ,Malaysia sebagai tuan rumah serta barisan guru-guru pengiring daripada 11 buah sekolah di daerah Johor bahru bersama 110 pelajar daripada keluarga berpendapat rendah yang terlibat menjadi peserta yang terpilih pada kali ini.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada Sekolah-sekolah Kebangsaan dalam kawasan Parlimen Pulai yang terdiri daripada
Sultan Abu Bakar
Sultan Ismail
Aminuddin baki johor
Dato Abdul Rahman Yasin
DATO' USMAN AWANG , JB
Mohd Khaled
Sri Perling
Taman Bukit Indah
Damansara Alif
Sri Rahmat
Tan Sri Mohamed Rahmat
Semoga para pelajar yang hadir hari ini dapat menimba ilmu dan teknik menjawab peperiksaan SPM 2024 dengan cemerlang pada tahun ini.
12/10/2024
Assalamualaikum semua jangan lupa esok temujanji kita...jumpa adik-adik semua di University of Southampton ..
Seminar Didik Rakyat 2024
Anjuran YAYASAN BANK RAKYAT..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Johor Bahru
80300
