Jemaah Nazir Negeri JOHOR

Jemaah Nazir Negeri JOHOR

Share

Berwibawa | Beretika

04/06/2025

Salam Malaysia Madani.

Kepada : Semua Guru Negeri Johor (SMK sahaja)

Daripada : Urus setia Pengambilan Calon Nazir, Jemaah Nazir Negeri Johor

Per : Kekosongan Jawatan Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Negeri Johor.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan nazir seperti ketetapan berikut :

a. Nazir Sekolah
i. Opsyen Bahasa Melayu/ Kesusasteraan Melayu (SMK sahaja)
ii. Opsyen PJK (SMK sahaja)
iii. Opsyen Bahasa Inggeris (SMK sahaja)
- Terbuka kepada PPP gred DG10 /12 (DG44 /48)
- Lelaki @ Wanita
- Sihat tubuh badan
- Boleh bertugas di luar daerah
- Bebas dari tatatertib
- Personaliti menarik

3. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume menerusi emel di alamat : [email protected]

Sila tuliskan Nazir BM/ BI/PJK di muka hadapan atas sebelah kanan resume.

4. Tarikh tutup permohonan pada 9 Jun 2025. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Dr Abd Rahim bin Abdul Rahman di talian 019 7143511.

5. Mohon jasa baik tn/pn pengetua untuk menghebahkan kepada guru tn/pn.

6. Kerjasama tn/pn berhubung perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

URUS SETIA

31/03/2025

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata.
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa.

Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami.

31/03/2025

Dalam dunia yang makin sibuk ini, saya doakan agar Aidilfitri ini menjadi peluang untuk kita semua berhenti sejenak, menghargai insan-insan yang masih ada, mengenang yang telah pergi dan merenung kembali erti kasih sayang, persahabatan serta nilai kekeluargaan yang sejati.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan, memanjangkan usia dalam keberkatan dan membuka pintu rezeki serta ketenangan dalam hidup kita semua.

Selamat menyambut Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin dari hati yang tulus ikhlas dari kami.

BICARA SANTAI PROSES KERJA RUMUSAN DAN PERAKUAN - SK@S 23/08/2024

𝙅𝒐𝙢 𝙗𝒆𝙧𝒔𝙖𝒎𝙖-𝙨𝒂𝙢𝒂 𝒌𝙖𝒎𝙞 𝙙𝒂𝙡𝒂𝙢 𝙨𝒆𝙨𝒊 𝒔𝙖𝒏𝙩𝒂𝙞 𝙎𝑲@𝑺

‼️𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐔𝐌𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐊@𝐒‼️

𝑩𝒂𝒈𝒂𝒊𝒎𝒂𝒏𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒖𝒂𝒕 𝒖𝒍𝒂𝒔𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒆𝒕𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒓𝒂𝒇 𝒔𝒆𝒌𝒐𝒍𝒂𝒉?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗣𝗚𝗕, 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮-𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝗶𝗻𝗶. 𝗧𝘂𝗮𝗻/𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝗵𝗮𝘁.

𝗕𝗮𝗴𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 “𝗹𝗶𝘃𝗲”, 𝘂𝘀𝗮𝗵 𝗿𝗶𝘀𝗮𝘂 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘁𝘂𝗮𝗻/𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗶𝗻 (𝗿𝗲𝗽𝗹𝗮𝘆) 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗿𝗮𝗸𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗶 𝘆𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲.

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗶𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗥𝘂𝗺𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶.

🔻𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟮𝟯 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟰
🔻𝗛𝗮𝗿𝗶 : 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁
🔻𝗝𝗮𝗺 : 𝟵.𝟯𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶
🔻𝗣𝗮𝘂𝘁𝗮𝗻 :
https://tinyurl.com/bicaraskasYT
https://tinyurl.com/bicaraskasYT
https://tinyurl.com/bicaraskasYT

Ayuh bersama-sama kami!

BICARA SANTAI PROSES KERJA RUMUSAN DAN PERAKUAN - SK@S Semua PGB, Pentadbir Sekolah dan Guru Penyelaras Penilaian dijemput bersama dalam sesi ini dan boleh bertanya soalan. Tujuan sesi ini adalah untuk membantu u...

27/05/2024

Sekalung tahniah kepada semua calon SPM 2023 dan seluruh Warga Pendidikan Negeri Johor atas kecemerlangan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 serta komitmen semua.

Ikhlas daripada,
Puan Hajah Saniah binti Hassan
Ketua Nazir Negeri Johor
dan Warga Jemaah Nazir Negeri Johor

16/05/2024

Guru ialah lantera dalam kegelapan dan pelita ilmu yang menerangi jalan kehidupan anak-anak didiknya.

Teruslah menjadi guru di hati anak didikmu, kehadiranmu dinanti-nanti,
ketiadaanmu dirindui,
tutur bicaramu menjadi inspirasi.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik, Guru-guru dan Ibu Bapa.
Tanpa ilmu yang diberikan, tidak mungkin kita semua berjaya seperti hari ini.

Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani. Terima kasih cikgu,
Terima kasih ibu dan ayah,
Terima kasih, anda pendidik terhebat!


01/05/2024

Khas buat semua pekerja yang mencari rezeki yang halal di muka bumi ini, tidak kira di mana pun anda berada dan tidak kira apa jua kerja anda.

Sesungguhnya Allah ciptakan kita untuk bekerja.
Ia merupakan ibadah. Justeru, bekerjalah dengan penuh tekun,amanah, profesional dan ikhlas.
Cintailah pekerjaan anda.

SELAMAT HARI PEKERJA buat semua.
Pekerja Kesuma Bangsa.


Ikhlas daripada:
Puan Hajah Saniah binti Hassan.
Ketua Nazir Negeri,
Jemaah Nazir Negeri Johor

11/03/2024

Salam Ramadhan 1445H maaf zahir dan batin dari Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir Negeri Johor serta warga Jemaah Nazir Negeri JOHOR

Semoga Allah sampaikan kita semua kepada Ramadhan serta kita semua lulus cemerlang dalam madrasah Ramadhan tahun ni.


11/03/2024

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru di seluruh negara.

Semoga tahun 2024 ini akan menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya.

21/02/2024

UCAPAN SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH

Kepada

TUAN HAJI AZMAN BIN ADNAN
di atas Pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

Ikhlas daripada
Ketua Nazir Negeri Johor dan seluruh warga Jemaah Nazir Negeri Johor


20/02/2024

UCAPAN SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH

Kepada

TUAN HAJI MOHD HANAFI BIN SAMAD
di atas Pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Ikhlas daripada
Ketua Nazir Negeri Johor dan seluruh warga Jemaah Nazir Negeri Johor


Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

WISMA PERSEKUTUAN JOHOR BAHRU
Johor Bahru
80000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00