14/08/2026
๐ด๐จ๐ฑ๐ณ๐ฐ๐บ ๐ณ๐จ๐พ๐จ๐ป๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐ต๐ฎ๐จ๐น๐จ๐ฏ ๐ฑ๐จ๐ฉ๐จ๐ป๐จ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐บ๐ฌ๐ณ๐จ๐ด๐จ๐ป๐จ๐ต ๐ซ๐จ๐ณ๐จ๐ด ๐ต๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐น๐ฐ ๐ซ๐จ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐ป๐ฌ๐ต๐ป๐ฌ๐น๐จ๐ด๐จ๐ต ๐จ๐พ๐จ๐ด (๐ฑ๐ฒ๐ซ๐ต๐ฒ๐จ) ๐ฒ๐ฌ ๐ท๐จ๐บ๐ผ๐ฒ๐จ๐ต ๐บ๐ฐ๐ด๐ท๐จ๐ต๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐น๐บ๐ฌ๐ฒ๐ผ๐ป๐ผ๐จ๐ต
KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2026 โ Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) telah menerima lawatan rasmi YDH CP Datoโ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) ke Markas Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur.
Ketibaan YDH Pengarah JKDNKA telah disambut oleh YDH SAC Rosli bin Md Yusof, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, bersama barisan pegawai kanan PSP dan JKDNKA.
Majlis dimulakan dengan Detasmen dan Kawalan Kehormatan mengambil tempat, diikuti ketibaan YDH Timbalan Komander PSP, YDH Komander PSP serta barisan pegawai kanan JKDNKA.
Seterusnya, berlangsung Majlis Pemakaian Beret Pasukan Simpanan Persekutuan kepada YDH Pengarah JKDNKA, diikuti Baris Lapor dan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh YDH Pengarah JKDNKA.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru, persembahan khas serta nyanyian lagu Sedia Berkhidmat, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar.
YDH Pengarah JKDNKA bersama pegawai-pegawai Jabatan KDNKA kemudiannya bergerak ke Holding Room, sebelum meneruskan lawatan ke Pejabat Pentadbiran bagi sesi bergambar dan menandatangani Buku Pelawat.
Seterusnya, rombongan bergerak ke Bilik Gerakan bagi mengikuti taklimat pentadbiran dan pengoperasian oleh Komander PSP, diikuti bacaan doa serta penyampaian cenderahati.
Lawatan diteruskan ke Dewan Terbuka โAโ bagi penyampaian amanat oleh YDH CP Datoโ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah JKDNKA, sebelum majlis diakhiri dengan jamuan makan.
Lawatan rasmi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan, kerjasama dan sinergi antara JKDNKA dan PSP, khususnya dalam aspek pentadbiran, pengoperasian serta kesiapsiagaan pasukan demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.