14/07/2025
Jabatan Kesihatan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan dan penglibatan semua pihak dalam program sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Hari Tuberkulosis Sedunia dan Pelancaran Ops Cakna Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Julai 2025 bertempat di IOI Mall, Kulai, Johor. Bertemakan "Disebalik Daya Tarikan: Dedah Taktik Industri Produk Merokok", program ini menjadi landasan utama dalam memperkukuh mesej advokasi kesihatan serta membongkar strategi industri produk merokok yang menyasarkan masyarakat umum, khususnya golongan muda.
Antara pengisian utama ialah aktiviti ‘Walkabout BeBAs’ bersama di premis makanan yang terdapat di dalam IOI Mall Kulai, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, 'explorace', pameran interaktif, forum kesihatan dan persembahan pentas. Saksikan detik-detik menarik sepanjang hari kejadian menerusi koleksi gambar yang dikongsikan ini. Terima kasih atas sokongan berterusan semua pihak dalam menjayakan agenda kesihatan awam ke arah Johor yang lebih sihat, bebas rokok dan berinformasi.
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (Bahagian Kesihatan Awam)
14/07/2025
PENGHARGAAN DAN PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN VIDEO PENDEK
Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan/puan atas sokongan serta penyertaan dalam Pertandingan Video Pendek sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Hari Tuberkulosis Sedunia, serta Pelancaran Ops Cakna Peringkat Negeri Johor Tahun 2025.
Pertandingan ini telah berlangsung dari 1 Jun hingga 30 Jun 2025, dan proses penjurian telah dijalankan pada 4 Julai 2025 oleh Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit serta Unit Inspektorat dan Perundangan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Berikut adalah senarai pemenang bagi pertandingan video pendek bertemakan:
"Disebalik Daya Tarikan: Dedah Taktik Industri Produk Merokok":
Tempat Pertama:
Dr. Jamizulkifri Bin Jemangin
Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi
Tempat Kedua:
Dr. Muhammad Firdaus Bin Rahim
Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Daerah Mersing
Tempat Ketiga:
Puan Rosanne Pounsin
Juruteknologi Makmal Perubatan U5, Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Johor Bahru
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
02/05/2025
Pekerja Kesuma Bangsa! 💪🇲🇾
Tema Hari Pekerja tahun ini begitu bermakna. Ia mengingatkan kita bahawa pekerja adalah tulang belakang negara, yang bukan sahaja memacu ekonomi, tetapi juga membentuk jati diri bangsa.
Di KKM, kita komited untuk melahirkan tenaga kerja kesihatan yang berkualiti dan mencukupi, seiring dengan aspirasi Malaysia Madani. Mereka ini adalah wira dan wirawati yang berjuang di barisan hadapan, menjaga kesihatan rakyat Malaysia.
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua! Semoga dedikasi dan semangat anda terus menyumbang kepada kesejahteraan negara.
23/04/2025
PROGRAM OUTREACH WELLNESS ON WHEELS (WOW) HEPILI NEGERI JOHOR 2025 DI SK LKTP BUKIT PERMAI, KULAI.
22 April 2025, unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) telah turut serta dalam program WOW di sekolah. Bagi unit NCD, kami memberikan pendedahan awal tentang cara untuk menangani stress dikalangan pelajar dan kepentingan Kesihatan Mental.
15/03/2025
Kekal positif pada musim perayaan ini! 🌟 Urus emosi dengan penuh kesedaran, tetapkan sempadan yang sihat, amalkan penjagaan diri dan fokus pada rasa syukur. Semoga kesatuan ukuwah di musim perayaan ini membawa lebih banyak kegembiraan dan kedaimaian jiwa. 🎉
Talian bantuan psikososial HEAL KKM - 15555
15/03/2025
"Puasa dengan diabetes pada Ramadan ini? Kekal sihat dengan petua ini: Hidrat dengan baik, pilih makanan seimbang dan pantau gula dalam darah anda. 🌙
Ssemoga ramadhan kali ini membawa lebih banyak keberkatan dan tubuh badan lebih sihat.
10/03/2025
10 mac 2025
Selamat menyambut Hari Pembantu Perubatan bagi tahun 2025 dengan tema " Revolusi Digital: Evolusi Pembantu Perubatan Pintar.
Kami dari unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) di Jabatan Kesihatan Negeri Johor amat menghargai PPP dalam memastikan kesihatan masyarakat sentiasa berada di tahap terbaik. Peranan anda dalam mendidik, mencegah, dan memberi kesedaran tentang langkah-langkah penjagaan kesihatan adalah sangat penting. Terima kasih kerana menjadi benteng pertama dalam pencegahan penyakit serta memberikan inspirasi kepada kami untuk hidup lebih sihat. Teruskan usaha murni ini demi kesejahteraan semua!"
10/03/2025
Unit NCD telah mengadakan sesi CME pada Selasa, 4 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat, Klinik Kesihatan Skudai, melibatkan 40 Pegawai Perubatan yang berdaftar dalam Latihan Pra Kepakaran (Perubatan Kesihatan Awam) di bawah Program Mentor Mentee.
Sesi ini membincangkan topik Mental Health Literacy serta Pengurusan Aset dan Tatatertib, yang disampaikan oleh Dr. Mohd Zahiruddin dan Dr. Norzaher bin Ismail. Pelbagai aktiviti interaktif turut diadakan, termasuk pembentangan, pitching, dan latihan kepimpinan.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada para pegawai perubatan dan berharap mereka berjaya memasuki program Sarjana dan Doktor Kesihatan Awam.
10/03/2025
KONVENSYEN KESIHATAN MENTAL 2025 DI BANGI AVANUE CONVENTION CENTRE BERLANGSUNG DARI 19 FEBRUARI HINGGA 21 FEBRUARI 2025.
Dengan membawa tema Mental Health for All: Every Stage, Every Age, konvensyen kesihatan mental pada tahun ini menjadi satu platform yang menarik sebagai medium perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan perkhidmatan kesihatan mental di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pelbagai aktiviti dan segmen perkongsian ilmu dari pakar-pakar dalam pelbagai bidang telah di jalankan. Forum - forum menarik membincangkan isu kesihatan mental yang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini.
Wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohd Zahiruddin Bin Mohd Khairi telah membentangkan sesi pitching untuk amalan terbaik "Laman Minda Sihat". Sesi pembentangan ini melibatkan wakil-wakil dari setiap negeri membentangkan sudut /laman minda sihat di fasiliti kesihatan masing-masing.
Penglibatan peserta dari sektor kerajaan dan NGO luar dapat meningkatkan literasi masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental. Stigma dan diskriminasi yang masih menebal dalam kalangan masyarakat mendorong agar lebih banyak program seperti ini dijalankan.
05/03/2025
"Gula Berlebihan, Kesihatan Terancam!"
Setiap teguk minuman manis mungkin nampak biasa, tetapi kesannya boleh membawa padah. Kurangkan gula sebelum terlambat. Pilih air kosong atau minuman tanpa gula untuk kesihatan yang lebih baik.