02/06/2025
πππππππππ ππππππ
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah
πππππππ ππππ ππππ ππππ πππππ
ππππ ππππππ πππππππ ππππ ππ-πππππππ πππππ
ππππππ πππππππ
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 2 Jun 2025 Bersamaan 5 Zulhijjah 1446H
Sembah takzim daripada:
Vetri Johor
24/04/2025
Syukur Alhamdulillah. Tahniah pas**an Johor Darul Taβzim (JDT) kerana berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 menentang Sri Pahang pada Sabtu ini, 26 April 2025.
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Isnin, 28 April 2025, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor sebagai tanda sokongan padu dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pas**an JDT.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku atas visi, perancangan dan usaha luar biasa dalam menjadikan JDT sebuah kelab bola sepak berprestij, bukan sahaja di Malaysia, bahkan kini disegani di rantau Asia.
Dengan empat gelaran Piala Malaysia dalam tangan pada musim 2017, 2019, 2022 dan 2023, misi kejuaraan kelima kini di depan mata. Ayuh seluruh penyokong Harimau Selatan, kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk perlawanan ini. Semoga kemenangan milik pas**an JDT!
Dan jangan lupa, ayuh kita terus gegarkan Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad, 27 April 2025, jam 8.00 malam dalam satu sambutan penuh gilang-gemilang untuk "Chapter 2: The 11". Mari kita hadir beramai-ramai, kibarkan bendera biru merah, dan raikan pas**an kebanggaan kita, Johor Darul Ta'zim.
AYUH JOHOR! AYUH JOHOR! LUASKAN KUASAMU JOHOR!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
26/03/2025
KENYATAAN MEDIA
YAB DATOβ ONN HAFIZ GHAZI
MENTERI BESAR JOHOR
26 Mac 2025
23/03/2025
Celebrating my 7th year on Facebook. Thank you for your continuing support. We could never have made it without you. ππ€π
23/03/2025
ππππππ ππππππ!
Mengadap
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Ibrahim
Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Taβzim
Yang di-Pertuan Agong
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2025 Bersamaan 22 Ramadan 1446 Hijrah.
Dengan Segala Hormat dan Takzimnya
Yang Berdatang Sembah
Warga halaman media sosial
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
19/03/2025
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 21 Mac 2025 (Jumaat).
Amaran hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di daerah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Manakala amaran hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.
Diminta semua rakyat Johor untuk sentiasa peka dan jaga keselamatan diri dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan.
11/01/2025
AMARAN HUJAN BERTERUSAN π§οΈπ§οΈπ§οΈ
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Rompin) β’ Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Ahad, 12 Januari 2025.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Bera dan Pekan) β’ Johor (Tangkak, Segamat dan Muar) sehingga Ahad, 12 Januari 2025.
SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)
Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) β’ Pahang (Jerantut, Maran dan Kuantan) β’ Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) β’ Melaka β’ Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu sehingga Ahad, 12 Januari 2025.
Dikeluarkan pada: 11:35 pagi, 10 Januari 2025